-PART 1-
‘ Kekecewaan
mengajar kita erti kehidupan , teruskan perjuangan walaupun terpaksa menghadapi
ringtangan demi ringtangan dalam hidup .’
Terpancar kegembiraan
diraut wajah Uwais . Puan Azizah merasa senang hati apabila melihat anaknya
begitu gembira .
“ Ibu ayah Uwais
hantar Qis dulu ye , dah petang ni .”
“ Eh dah petang dah .
Ya Allah tak perasan pulak ayah . Hantar la Balqis cepat mesti ibu dan ayahnya
risau tu .” Risau pula Encik Zakri , apa pula kata ibu dan ayah Balqis apabila
anak nya menghantar Balqis lewat petang .
Balqis mengapai
tangan Puan Azizah lalu di ciumnya .
“ Terima kasih datang
ya Balqis , kirim salam dengan ibu dan ayah . Jemput ibu dan ayah datang ke
mari sebelum balik Pahang , teringin pula nak berjumpa dengan orang tua Balqis.”
Puan azizah begitu teringin mahu berjumpa dengan orang tua Balqis . Mesti Ibu
dan ayahnya juga seorang yg lembut dan peramah , jika tidak mana pula Balqis
mewarisi sikap lemah lembut dan peramah itu .
“ Uwais bawak kereta
tu hati-hati jangan bawa laju-laju . Hantar terus Balqis ke rumah jangan
melencong tempat lain dah petang dah nanti ibu dengan ayah Balqis risau .” Ujar
Puan Azizah .
“ Ye.” Lalu Balqis
dan Uwais menyarung kasutnya .
Kereta Myvi berwarna
hijau keluar diri perkarangan rumah Puan Azizah dan Encik Zakri.
“ Sejuk hati saya
tengok dorang tu abang . Sesuai betul dorang tu Zah tengok . Abang rasa dorang
tu sesuai tak ?”
“ Tah la kalau
dua-dua ok sesuai la , kalau sorang ok sorang lagi K.O tak sesuai la.” Ujar
Encik Zakri lalu kaki nya melangkah masuk ke dalam rumah .
“ Eh kenapa pulak
abang cakap macam itu ?” Puan Azizah kelihatan pelik dengan jawapan suaminya.
“ Abang tak rasa yang
Balqis tu suka dekat anak kita . Tak tahu la mungkin perasaan abang je kut .”
**********************************************************************************************
Uwais memerhati Balqis dari side mirror , raut wajah Balqis kelihatan tegang sekali seolah-olah sedang menahan marah . Suasana didalam kereta kelihatan begitu sunyi sekali walaupun radio sudah dihidupkan.
“ Qis you ok ?” Soal
Uwais.
Balqis hanya membisu
. Uwais kelihatan risau adakah dia telah membuat salah.
“ Kenapa you tak bagi
tahu I yang you nak bawak I jumpa parent you ?”
“ Saja nak buat
surprise .”
“Surprise you cakap ?
Memang I surprise gila ni . Hahahaha.” Ujar Balqis sambil ketawa yang
dibuat-buat.
“ You tahu kalau
Firdaus tahu ni mati I .” Sambung Balqis.
“ Apa kena mengena
dengan Firdaus pulak ni ?” Uwais hairan mengapa perlu dikaitkan dengan Firdaus seniornya.
“ You tahu tak , I
dengan Firdaus nak bertunang bulan depan . I dengan dia cadang nak bagi tahu minggu
depan masa hari reunion nanti . Tapi I tak sangka you nak bawa I jumpa parent
you hari ini . ”
Uwais kelihatan
terkejut . keretanya di perlahankan dan diberhenti dibahu jalan.
“ Apa you cakap ni ?
Bila masa you dengan Firdaus bercinta I tak pernah nampak pun .”
“ Perlu ke I tunjuk
dekat semua orang yang I bercinta dengan Firdaus ? I dah bagi tahu you
awal-awal yang kita ni kawan sahaja kan tak lebih dari itu . Macam- macam hint
I bagi dekat you tapi you masih tak
faham .”
“ Kenapa you tak berterus
terang dengan I ?” Uwais sedikit berang dengan Balqis .
“ I tak nak kecil kan
hati you , kita kawan dah lama I ta…”
“ You ingat dengan
cara macam tu I tak rasa sakit hati ? I rasa dengan hint You tu lagi buat I
rasa sakit hati dan betul-betul terasa hina You tahu !” Suara Uwais sedikit
meninggi .
“ Sorry I … I …I
ingat dengan ca… cara ni I t..tak sa…sakitkan hati you .” Balqis terkejut
dengan suara Uwais yang meninggi itu
sehingga membuatkan balqis mengigil .
Uwais melihat Balqis
sedikit mengigil , dia merasa sedikit menyesal kerana meninggikan suaranya sehingga membuat Balqis ketakutan .
“ Huh , I minta maaf
tinggikan suara I tak ada niat nak tengking you .”
Balqis hanya menundukkan
wajahnya.
Uwais memulakan
perjalanannya apabila melihat Balqis hanya menundukkan wajahnya.
Sepanjang perjalanan
hanya telatah DJ radio Era sahaja yang memacahkan kesunyian didalam kereta itu
.
Kereta Myvi milik
Uwais berhenti dihadapan pintu pagar bewarna biru muda .
“ Uwais I tahu I
salah , I sepatutnya berterus terang dengan you . I minta maaf .”
“ Dah la anggab sahaja
benda ni semua tak pernah terjadi .” Begitu berat Uwais mengeluarkan
kata-katanya. Hatinya merasa begitu pedih bagaikan dihiris-hiris dengan pisau
yang baru diasah. Begini la rasanya orang putus cinta , baru dirinya tahu bertapa sakitnya bila
ditinggalkan orang tersayang .
“ I betul-betul minta
maaf .” Balqis begitu sebersalah.
“ Dah lewat ni masuk
la , nanti ibu dan ayah you risau pula. I nak kena balik dah nak maghrib ni.”
Uwais tidak memandang sedikit pun wajah wanita yang disayangnya itu.
***************************************************************************************
Dyaz yang sedang lena tidur terganggu dengan bunyi ketukan yang bertalu-talu dari pintu biliknya. Dyaz cuba membuka matanya , dia merasa begitu berat untuk membuka matanya.
Pintu sekli lagi
diketuk .
“ Dyaz bangun mari
turun minum petang .”
Dyaz lalu bangun dan
melihat jam di henfonnya , yang menunjukan pukul lima empat puluh lima petang .
Di gagahkan dirinya bangun untuk menunaikan solat asar .
Dua puluh minit
kemudian selesai menyelesaikan solat asar Dyaz turun kebawah .
Baru kakinya
melangkah turun dari anak tangga yang terakhir terdengar suara papanya .
“ Mana Dyaz tak
turun-turun lagi ? Membuta je kerja nya bukannya reti nak turun tolong jaga
adiknya ini , dah la masak pun tak , jaga adik pun tak mahu . Apa nak jadi umur dah
dua puluh tiga .”
“ Dia kan baru dari
butik tadi , pagi pula ada kelas mesti la penat . Itu yang tertidur tu.” Puan
Sumayyah pula bersuara.
Dyaz haya mendengar
sahaja perbualan papanya dan ibu tirinya.
“ Orang suruh belajar
tak nak , sibuk nak buka butik . Bila dah buka sibuk pula nak belajar .”
“ Bagus la macam tu ,
itu maksudnya dia nak berdikari .” Puan Sumayyah menyebelah Dyaz.
“ Bagus memang la
bagus tapi terkejar-kejar la . Ingat belajar ni senang ke dengan nak uruskan
bisnes lagi . Jangan belajar ke mana bisnes pula kemana sudah , entah-entah
mahu lingkup jadinya .”
“ Abang tak elok
cakap macam tu dengar Dyaz mahu kecil hati dia . Sepatutnya abang sebagai papa
kena beri sokongan dekat dia bukan cakap macam tu.” Puan Sumayyah menegur sikap
suaminya.
Dyaz sedikit pun
tidak berkecil hati , kerana memang itu la yang dia mahu sakitkan hati papanya.
********************************************************************************************
“ Mama ada benda nak cakap ni .” Puan Suraya dan Encik Syafii kelihatan begitu serius.
“ Apa yang mama dan
papa nak cakap ni , mama nak Dyaz dengan Ghaffar terima. Kami buat semua ni
untuk kebaikan kita semua.”
“ Apa dia ? Mama ni
buat adik takut je la .” Gahaffar mula bersuara.
Mama memandang papa .
“ Papa dengan mama
nak bercerai .”
Ghaffar kelihatan
terkejut.
“ Kenapa ?” Dyaz
membetulkan kedudukannya.
“ Kami dah tidak
serasi . Jadi jalan terbaik ialah berpisah .”
“ Apa mama cakap ni ,
lepas tu kami ni macam mana?” Ghaffar mula panik dengan situasi yang tidak pernah
dia laluinya.
“ Adik duduk dengan
mama , kakak duduk dengan papa .” Balas Puan Suraya
“ Bagi alasan kenapa
kami kena duduk berasingan dan apa yang membuatkan papa dan mama rasa dah tak
serasi ?” Dyaz mula terasa panas dengan suasana ini.
“ Dyaz mama kamu tak
mampu nak jaga kamu dengan adik , jadi kami buat keputusan adik dengan mama
kamu dengan papa .”
“ Kalau dah tak mampu
kenapa nak bercerai ?!”
“ Kan mama dah cakap
tadi kami dah tak serasi .”
“ Tak serasi mama
cakap ? Ini Dyaz dengan adik ni apa ? Kalau tak serasi kenapa kahwin dan macam
mana boleh dapat Dyaz dengan adik ?!” Dyaz meninggikan suaranya . Tahap
kesabarannya sudah tidak dapat dikawal lagi . Dia sudah menyangka kerana
beberapa hari yang lepas sikap mama dan papanya yang terlalu sibukkan hal
masing-masing sehingga Dyaz tidak pernah melihat mama dan papanya berbual ,
tetapi dia tidak mampu mengatakan mama dan papanya bergaduh kerana tidak pernah
dia melihat mama dan papanya bertengkar atau bermasam muka .
“ Dyaz papa tak
pernah ajar anak papa meninggikan suara .” Encik Syafii kelihatan terkejut
dengan suara anaknya yang tiba-tiba meninggi.
“ Memang papa tak
pernah ajar tapi situasi yang ajar Dyaz jadi macam ni. Bagi Dyaz alasan yang
munasabah kenapa nak kena bercerai tak boleh berbincang baik-baik ke ? Tak
kesian dekat kami ke ?” Dyaz mula merasa sebak .
“ Dyaz cara ni cara
terbaik , kami tak nak menanggung dosa antara satu sama lain . Dyaz mama dengan
papa sayangkan kamu . Kamu jangan risau kami tak akan abaikan kamu berdua
.” Puan Suraya cuba menenangkan Dyaz
yang sudah kelihatan bagaikan singa mengamuk.
“ Kalau sayang mama
tak akan buat keputusan macam ni .” Gaffar kelihatan menggigil menahan marah .
“ Baik la kalau itu
keputusan mama dengan papa , buat la ikut suka hati mama dengan papa tapi ingat
jangan sesekali pisahkan Dyaz dengan adik Dyaz
, adik Dyaz nyawa Dyaz mulai hari ini . Kononnya jalan terbaik , ok
bercerai la pergi bercerai !” Dyaz membuka langkahnya ke bilik , dihempas pintu
biliknya bergegar satu rumah.
***************************************************************************************
Dyaz mengangkat
kakinya melangkah naik ke biliknya semula . Moodnya untuk minum petang sudah
mati . Pintu bilik ditutup lalu dihenyak punggungnya ke atas kerusi yang di
sediakan di meja belajar. Tanggannya meraba ke bawah meja lalu ditarik kunci
yang terlekat di bawah meja itu . Kunci itu ditenung lama. Kunci yang di pegang
itu di masuk ke lubang laci untuk membuka laci yang sudah sekian lama tidak
dibuka .
Tangannya menarik
sedikit demi sedikit laci meja yang berkunci itu tadi . Laci yang sudah terbuka
luas itu di lihat, lalu tangannya mengambil satu demi satu barang-barang yang
paling berharga itu . Album gambar dilihat satu persatu dengan penuh teliti .
Dyaz tersenyum apabila melihat gambar-gambar yang mengingatkan peristiwa yang
lucu itu . Sehingga gambar terakhir Dyaz melihat dengan penuh teliti . Album
itu di tutup dan di simpan kembali ke dalam laci . Diambil pula henfon yang
berwarna kuning air itu lalu dihidupkannya dan membuka video yang dirakam oleh
Ghaffar ketika berada di pantai ketika bersama dia , mama dan papa . Setitik
demi setitik air matanya membasahi pipinya . Bertapa rindunya Dyaz akan
kenangan itu dan bertapa rindunya Dyaz mendengar suara Gaffar . Vedio-vedio
yang di rakam oleh arwah adiknya menjadi pengubat rindunya. Jika boleh
diputarkan masa Dyaz mahu menghentikan masa , Dyaz tidak mahu mengharungi masa
yang membuatkan hidupnya hampir hancur .
No comments:
Post a Comment