Thursday 14 August 2014

Jatuh Cinta BAB 4 [PART2]



BAB 4
-PART 2-

 

“Dyaz tambah, jangan malu-malu. Mak lang masak banyak hari ini khas untuk Dyaz,” tersipu malu Dyaz. Malu dengan keluarga mak lang nya yang melayannya dengan baik sekali. Dan juga malu dengan… anak mak langnya kerana kejadian tempoh hari.
“Hai, rude girl,” sedikit berbisik Uwais bersuara, di sebelah Dyaz yang sedang membasuh tangan.
Sedikit pun tidak dia memandang wajah lelaki yang di gelar ‘apek’ itu. Malu, malu dengan dirinya sendiri yang tidak dapat mengawal amarah nya ketika itu, sehinggakan dirinya di gelarkan ‘rude girl’.
Habis jatuh saham aku, kalau lah mamat ‘apek’ ni cerita pada mak lang memang berkali ganda malu aku. Sekarang baru di kesal, betul kata pepatah ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’.
Mati lamunan Dyaz apabila suara pak lang menerjah masuk ke telinga.
“Lepas ini Dyaz nak ke mana?” tanya Pak lang.
“Tak kemana-mana pun, hantar ummi balik. Lepas itu balik ke rumah sewa,” balas Dyaz.
“Dyaz duduk rumah sewa. Duduk seorang sahaja ke?”
“Tak lah, duduk dengan kaw…” kata-kata Dyaz terhenti.
Dan…
“Oh mak kau terbalik!” lalu kakinya tertendang benda berbulu yang mengesel ke kakinya.
Haiwan yang paling digeruni.
 Kucing!
‘Meow!’ kucing yang menggesel badannya ke kaki Dyaz terpelanting ke diding.
“Astaghfirullah hal adzim, Temah…” Uwais yang tadi enak menjamu selera terus mengangkat punggung nya, dan berlari ke kucing kesayangannya yang bernama Temah. Klasik gitu nama kuncing si Uwais.
Puan Azizah yang sedang makan turut bangun dan melangkah ke kucing yang ditendang oleh Dyaz.
“Uwais, pergi basuh tangan dahulu. Kotor nanti bulu Temah,” arah Puan Azizah.
Lalu Uwais ke singki untuk membasuh tangan. Dyaz juga mengikuti Uwais untuk membasuh tangan. Ketika Dyaz ingin membasuh tangan, manakala Uwais ingin kembali ke kucingnya, dengan sengaja dia menggar bahu Dyaz tanda protes.
“Temah, Temah ok? Ada sakit dekat mana-mana?” tanya Uwais seakan-akan si Temah itu boleh bercakap. Uwais memeriksa dengan teliti tubuh badan si Temah, kut-kut ada kecederaan. Boleh dia menyaman Dyaz.
Ceh! Pasal kucing je kut nak saman-saman.
Dyaz yang berada di sisi mak langnya hanya memerhati. Dia tidak tahu ingin berbuat apa, ini semua salah kucing yang dipanggil Temah. Menggeselkan badannya ke kaki aku. Dah la aku takut kucing. Eh, pembetulan bukan kucing sahaja, malah apa sahaja yang bernama haiwan digeruni.
“Dyaz minta maaf, Dyaz tak sengaja.Tadi Dyaz terkejut itu yang tertendang,” akhirnya Dyaz membuka mulut untuk meminta maaf atas keterlanjurannya.
Puan Sumayyah yang berada di meja makan itu juga turut serta bersama mereka melihat keadaan Temah. Hafiz didukung. Encik Zakri, ayah kepada Uwais pula hanya melihat dari jauh.
“Temah ok ke? Kalau cedera bawa ke klinik,” tanya Encik Zakri.
“Tak ada apa-apa bang, elok sahaja. Mungkin Temah terkejut je,” balas Puan Azizah.
“Tak, adik nak bawa dia pergi klinik. Luaran memang ok, tapi dalaman dia mungkin cedera,” ujar Uwais tegas sambil di jeling ke Dyaz.
Ambil kau jeling maut tu Dyaz!
Glup!
“Dyaz ikut, biar Dyaz yang drive dan kos rawatan Dyaz akan tanggung,” balas Dyaz sebersalah.
“Tak payah, nanti ada pula yang maut. Hati orang, lain-lain. Kalau dah tak suka tu macam-macam boleh buat,” sungguh berbisa kata-kata Uwais.
Dyaz tidak faham akan kata-kata lelaki itu, “Apa maksud awak, saya tak faham. Awak nak melebalkan saya ini seorang yang jahat dan kejam hanya kerana kelakuan saya tempoh hari?” soal Dyaz sedikit berang. Sambungnya, “Ya memang saya mengaku, saya memang seorang perempuan sebagai mana awak gelarkan, ‘rude girl’. Tapi saya tak ada langsung perasaan jahat dan kejam terhadap manusia mahupun haiwan. Tentang hari itu, saya marah awak kerana saya malu. Malu kerana jatuh tersembam dihadapan khalayak ramai. Saya seorang perempuan yang mempunyai sifat malu yang lebih tinggi dari kaum lelaki, jadi itu adalah cara saya untuk menutup malu saya,” panjang lebar Dyaz melepaskan rasa tidak puas hatinya terhadap lelaki itu. Matanya sedikit berkaca.
‘Ish… Ini la masalah aku, cepat sangat emo.’ kata hati Dyaz
Uwais terkesima seketika. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Difikirkan sejenak apa yang dikatakan oleh perempuan yang berada dihadapannya itu. Setiap butir kata-kata perempuan itu membuatnya tersedar. Perempuan mempunyai sifat malu lebih dari kaum lelaki. Jatuh tersembam… di khalayak ramai… sudah tentu perempuan itu akan malu. Kalau di tanya perempuan di muka bumi ini, pasti mereka turut merasa benda yang sama. Cuma perbezaannya adalah tindak balas mahupun cara menutup malunya sahaja berlainan.
Dyaz melangkah keluar dari ruang makan, dia membawa dirinya ke kolam renang untuk menenangkan perasaannya.
Puan Azizah dan Encik Zakri yang menjadi pemerhati memandang antara satu sama lain. Kerana tidak faham akan situasi sebenar mereka.
‘Mereka pernah berjumpa ke sebelum ini?’ soalan itu menjadi tanda tanya kepada sepasang suami isteri.
“Kenapa ini Uwais?Apa yang terjadi sebenarnya?” soal Puan Sumayyah.
*****
Jam menunjukkan pukul lapan dua puluh minit malam, Dyaz yang baru selesai mengaji sementara menunggu tibanya waktu isya’ termenung di atas tikar sejadah. Dia teringat akan kejadian tengahari tadi, tiba-tiba hatinya merasa sebak.
‘Kalau Gaffar ada mesti dia jadi tempat luahkan perasaan. Tak akan nak call Syaza malam-malam ini, hanya kerana ingin melepaskan perasaan sedih dan marah. Nak cerita pada Adira? Mesti dia tengah penat sekarang ni.’ bisik hati kecil Dyaz.
Air matanya mula membasahi pipi. Tangannya sibuk menyeka air mata yang mengalir laju umpanya sungai yang mengalir. Dyaz yang sedang tenggelam dengan perasaan sedih tersentak dengan ketukan pintu bilik.
Tuk, tuk, tuk…
“Dyaz…” panggil Dira.
Air matanya diseka dengan cepat.
“Masuk lah,” suhut Dyaz dengan suara sedikit serak.
Pintu dibuka lalu Adira melangkah masuk ke dalam bilik Dyaz. Di labuhkan punggungnya depan Dyaz. Dilihat mata Dyaz sedikit merah dan pipinya sedikit basah. Gerak hatinya mengatakan temannya itu baru sahaja menangis. Sebab apa? Itu dia tidak pasti.
“Dyaz, aku ada benda nak cakap,” Adira memulakan perbualan. Persoalan di hatinya dibiarkan sahaja. Setiap orang ada masalah dan masalah itu kadang kala tidak dapat dikongsi.
“Apa dia? Macam suspen sahaja. Kau nak kahwin ke?” soal Dyaz sambil kening kanannya dinaikkan.
“Ish, kau ni. Tak ada lah, aku nak bagi tahu kau yang aku kena transfer ke Johor,” balas Adira dengan suara sayu. Berat mulutnya untuk dibuka.
Dyaz terkedu.
“Bila kau kena pergi?” tanya Dyaz tenang dan cuba menutup rasa sedih. Dah la rasa sedih tadi tak habis lagi, dapat pula berita yang menambah kesedihannya. Rasa mahu menangis guling-guling rasanya .
“Aku kena lapor diri di sana hari isnin. Jadi hari sabtu aku perlu bertolak, supaya hari ahad aku dapat berehat dan kemas sikit barang-barang yang aku bawa,”
“Maknanya dua hari lagi?” tanya Dyaz.
Adira mengganggukkan kepalanya.
“Lepas ni aku tinggal sorang sahaja la di rumah, tiada siapa yang temankan aku nanti. Kalau aku ada masalah tak ada siapa yang aku boleh lepas perasaan. Kalau hujung minggu kita tak dapat hang out sama-sama,” suara Dyaz sudah mula tersekat-sekat.
“Jangan la cakap macam itu, Syaza kan ada,” pujuk Adira lalu tangan kawannya dipegang agar dapat memberi semangat pada Dyaz. Pada mulanya dia ingin memberi tahu Dyaz apabila dia pulang, tetapi apabila melihat Dyaz yang bagai hilang mood. Di tangguh dahulu.
Air mata Dyaz mengalir kembali. Lalu Adira merapatkan tubuhnya dan memeluk Dyaz.
“Jangan la menangis, kalau kau ada masalah kita boleh buat vedio call di Wechat,” sambung Adira, “Dah, buruk la kau menangis, macam puntianak. Kalau lelaki tengok muka kau macam ni, terus tak jadi nak buat isteri,” seloroh Adira.
Dyaz meleraikan pelukan itu lalu memukul manja Adira, “Sampai hati gelar aku puntianak, dah la tadi ‘apek’ tu gelar aku ‘rude girl’ sekarang kau pula,” mucung mulut Dyaz, dah boleh sangkut penyidai baju. Ingat cantik la tu.
“Apek mana ni? Mari aku jumpa dia, amboi suka hati panggil sayang aku ‘rude girl’. Siapa apek cina tu?” bercekak pinggang Adira. Sayang juga Adira dengan dia.
“Ala… lelaki yang langgar aku sampai aku tersembam tempoh hari, dekat kenduri rumah aku hari itu.”
“Macam mana kau boleh jumpa dia?” soal Adira pelik.
“Dia tu anak mak lang aku dan juga merangkap sepupu tiri aku. Kenapa lah dalam banyak-banyak lelaki dekat dunia ni dia juga yang jadi sepupu tiri aku,” keluh Dyaz.
“Lah… ye ke. Ha! Itu lah aku selalu pesan jaga tingkah laku, marah macam mana sekali pun jangan jadi biadab,” nasihat Adira sebelum ini tidak didengari, sekarang nah terima padah nya.
“Siapa suruh pijak kain aku sampai tergolek macam nangka busuk dekat depan orang ramai. Lagi pun aku marah dia bukan apa, aku nak tutup rasa malu aku. Kau bayangkan, dah la depan khalayak orang ramai aku tergolek. Malu kau tahu, malu,”
“Kalau ye pun nak cover malu, jangan lah sampai macam itu. Elok-elok kau sorang yang dapat malu, dengan-dengan dia sekali jatuh rasa malu. Malu sebab apa, malu sebab kena marah dengan perempuan,” nasihat Adira, sambungnya lagi, “Lepas ini kalau marah cepat-cepat lari pergi tempat yang sunyi sikit, lepas itu lepaskan marah tu dekat dinding,”
Dyaz hanya memekak kan telinga sahaja.
“Ni dengar tak apa aku cakap?”
“Iye, dengar mak encik,” balas Dyaz sekan-akan memerli Adira.
“Aku cakap main-main. Tunggu lah satu masa nanti, kalau bakal suami kau tengok perangai kau macam ini terus cancel buat bini. Masa tu baru kau tahu, haru tak haru nya dunia ini. Lepas itu jadi lah kau ‘andartu’,” Adira menakut-nakut kan Dyaz, lalu di buat-buatnya ketawa seakan-akan ahli sihir dalam cerita Cinderella.
“Choi! Mulut kau, tak ada insuran langsung. Ya lah, ya lah… aku dah tak buat. Kalau aku marah lepas ini aku buat macam kau cakap. Lari ke tempat sunyi, lepas itu lepaskan marah tu dekat dindingg. Walaupun macam orang gila cara itu, aku akan tetap buat,” itu lah Dyaz seorang yang sengal.
*****
“Dah siap ke belum? Cepat sikit aku tunggu dekat bawah,”
“Ok, nanti aku turun,” kelang-kabut Adira dibuatnya, selepas balik dari kerja dia diajak keluar oleh Dyaz. Ke mana dia sendiri tidak tahu, bila ditanya jawapannya ‘adalah, kalau tak boleh teman tak apa aku pergi sorang.’ Mahu tak mahu dia turuti, tidak sampai hati pula melihat temannya keluar berseorangan malam-malam begini.
Dyaz yang sudah berada di kereta menyorokkan hadiah yang dibeli siang tadi di bonet kereta. Malam ini dia dan Syaza merancang untuk mengadakan sedikit party perpisahan. Eceh party hanya dihadiri tiga orang sahaja. Semalam sebelum tidur Dyaz menelefon Syaza untuk memberi tahu akan rancangannya untuk mengadakan surprise party buat Adira untuk kali terakhir.
Lima minit kemudian Adira tiba dan memasuki perut kereta.
“Dah, jom,” kata Adira sebaik sahaja masuk ke kereta. Tali pinggang keledar di pakai. Kereta mula bergerak.
Tiga puluh minit kemudian…
Kereta di parking.
“Kita nak pergi makan ke?” tanya Adira apabila melihat Dyaz memaking keretanya di hadapan Kafe D’Manggis. Iaitu stemboat makanan kegemarannya.
Soalan Adira tidak dijawab. Pintu kereta di buka lalu kaki nya melangkah keluar dari kereta. Bonet kereta dibuka lalu diambil beg biru yang berisi hadiah buat Adira.
Bonet ditutup kembali, “Dah, jom,” alarm kereta ditekan.
Klik!
Adira kelihatan blur apabila melihat Syaza berada di meja bulat. Kakinya laju melangkah ke arah Syaza.
“Eh! Kau pun ada?”tanya Adira.
“Lambatnya korang sampai. Dah cepat duduk boleh kita makan,”
“Hari ini ada hari special ke?”
“Lah… Dyaz tak bagi tahu ke? Dyaz kau nak buat ala-ala surprise party ye?” soal Syaza.
Dyaz hanya tersengih menanyang gigi yang tidak seberapa cantik itu.
Surprise party? Ouh… terharu nye aku,” kini baru Adira faham mereka mengadakan sedikit makan-makan untuk pemergiannya lusa.
Thanks friends,”
Most welcome dear,” balas Dyaz.
“Dah-dah jangan nak buat drama korea pula disini,” ujar Syaza.
Sedang enak mereka dijamu selera, meja sebelah yang tadi kosong kini dipenuhi oleh tiga orang lelaki. Adira mengukir senyum apabila bertembung mata dengan mereka.
Tiba-tiba…
“Eh Syaza cuba kau tengok, itu lelaki yang langgar Dyaz tempoh hari kan?” bisik Adira ke telinga Syaza.
Pandangan Syaza dikalih ke arah yang di katakan oleh temannya.
“A’ah lah… Dyaz, Dyaz…” di siku temanya. Dyaz kalau makan memang tidak akan perduli orang kiri kanan. Dia dengan dunia makanan dia sahaja.
“Dyaz…” Sedikit keras suara Syaza memanggil.
“Ape dia…” sahut Dyaz, tetapi matanya masih fokus kepada makanan yang di grill itu.
“Itu lelaki langgar kau,” ujar Syaza.
Dyaz mengambil sedikit kuah lalu di hirup.
“Wei, aku cakap ni. Lelaki dekat meja sebelah ni, lelaki yang pijak kain kau sampai tergolek tu,” bisik Syaza ke telinga Dyaz.
Tersedak Dyaz apabila mendengar ayat ‘tergolek’. Serta merta nama lelaki a.k.a sepupu tirinya terpampang di mindanya.
Uhuk! uhuk!
Semua mata memandang Dyaz. Tidak terkecuali lelaki itu.
*****
Uwais yang melabuhkan punggungnya di kerusi merah sedikit tergamam apabila melihat jiran meja sebelahnya adalah perempuan yang digelar ‘rude girl’ a.k.a sepupunya sendiri. Tiba-tiba dia teringat akan peristiwa kemarin. Matanya tidak lepas dari memandang sepupunya itu.
“Makan tak ingat dunia, padan muka tersedak,”bebel Uwais.
“Kau ni tak baik cakap macam itu, kalau perempuan tu dengar tak sia-sia dapat satu cop merah dekat pipi kau,” tegur Aiman apabila mendegar kata-kata Uwais.
“Jom Uwais ambil makanan,” celah Iman lalu tangan temannya di tarik.
Daging black paper, ketam, ayam perap, di letak ke dalam pinggan untuk dimasak gril. Manakala Aiman pula mengambil makanan untuk di jadikan steamboat. Setelah itu pinggan yang berisi makanan mentah diletakkan ke meja.
“Korang aku nak pergi tandas sekejap,” ujar Uwais.
*****
“Aku pergi toilet sekejap. Tekak aku rasa sakit la, nak muntah pun ada,” disebabkan terkejut Dyaz tersedak. Dah lah kuahnya pedas, apa lagi berapi la tekaknya. Rasa mual dan ingin muntah.
Kerusi di tolak ke belakang. Kakinya melangkah ke tandas. Sampai sahaja di tandas, segala isi perutnya dikeluarkan.
Uwek!
Tekaknya betul-betul loya. Setelah selesai, mulutnya dicuci. Ketika Dyaz ingin melangkah keluar dari tandas dia ditolak oleh seseorang.
“Aduh!” Dyaz jatuh terduduk.
“Minta maaf dik, mak cik tak sengaja. Adik ok?” Seorang perempuan dalam lingkungan empat puluhan yang melanggarnya cuba membantu dia untuk berdiri.
“Saya tak apa-apa,” balas Dyaz tenang.
“Dik mak cik masuk tandas dulu ye, dah tak tahan. Maaf nya,” tanpa sempat Dyaz membalas terus mak cik tersebut melangkah masuk ke tandas. Memang betul-betul nak lepas hajat nampaknya mak cik itu.
Niat Dyaz untuk berdiri terbantut, apabila kakinya ingin memijak lantai terasa sakit.
‘Aduh… satu-satu. Muntah, kena langgar, kaki terseliuh. Kenapa lah malang betul nasib aku,’ hati kecil Dyaz merungut.
‘Ni macam mana nak berjalan. Aduh dugaan betul malam ini’
*****
Uwais yang ingin ke tandas memandang Dyaz pelik.
“Apa pasal minah ni jalan terhinjut-hinjut,” matanya masih tidak terlepas melihat gerak geri Dyaz yang berjalan ke kerusi kayu yang di sediakan di luar tandas. Dyaz memicit-micit pergelangan kakinya.
“Kau dah kenapa?” tanya Uwais sebaik tiba di hadapan Dyaz. Sebenarnya dia berasa sebersalah dengan kejadian di rumahnya hari itu.
“Tak ada apa-apa. Kucing kau macam mana? Ok ke?” tanya Dyaz sebaik teringat kejadian dia tertendang kucing yang dipanggil Temah itu.
“Ouh, dokter kata tak ada cedera,” balas Uwais.
“Ok lah aku pergi dulu,” Dyaz kurang senang dengan kehadiran Uwais, lalu dia meminta diri untuk beredar. Sebaik sahaja dia berdiri…
“Auw…” dengan sponton lengan Uwais di pengang.
“Kau kenapa?” soal Uwais. Terperanjat dia dengan reaksi spontan Dyaz yang memengang lengannya, nasib berlapik.
“Kaki aku terseliuh,”
“Kau ni cuai sangat. Ini boleh jalan ke tidak?”
Dah nampak buat tak tahu pula. Kalau boleh jalan tak adanya aku tergedik-gedik macam ini. Kasi orang angin betul la mamat ni.
Dyaz hanya menggelengkan kepalanya.
“Kejap aku panggil kawan kau datang ambil kau,” lantas Uwais beredar untuk memanggil kawan-kawan Dyaz.
*****
Dyaz yang duduk di katil hanya melihat dari jauh Adira mengemas barang-barang untuk disimpan ke dalam kotak.
“Dira…”
“Em...”
“Dira…”
“Ye…”
“Dira…”
“Kau dah kenapa?Asyik menyeru nama aku je,” balas Dira geram.
“Sahaja nak sakat kau. Esok dah tak boleh nak sakat dah. Tinggal aku sorang je dekat rumah nak sakat siapa lagi?”
Adira memasukkan barangnya terakhir ke dalam kotak tersebut, kemudian di tolak ke tepi kotak tersebut. Kakinya melangkah ke katilnya, lalu dilabuhkan punggungnya di sebelah Dyaz.
“Kau ni jangan nak buat drama berbayar pula malam ni. Kalau dah duduk sorang-sorang balik la rumah, tolong ummi kau jaga Hafiz. Sekali boleh merapatkan hubungan korang anak beranak,” balas Dira
Dyaz hanya mengeluh.
“Ha, yang mengeluh tu kenapa? Kata nak berbaik sekarang dah tukar fikiran pula?” soal Adira pelik.
“Bukan lah. Memang aku nak berbaik pun dengan ummi aku. Tapi sampai nak pindah ke rumah tu… aku risau dia tak selesa. Maksud aku… ye lah kan selama ni dia biasa hidup dengan papa dan anak dia je. Sekarang ada pula orang asing dalam rumah tu. Lagi pun aku tak tahu, dia terima aku sebagai anak dia ke tidak. Selepas apa yang aku dah buat dekat dia,”
“Aku percaya yang dia dah terima kau, dari mula dia jadi ummi kau. Cuma kau je masa tu tak boleh terima dia. Aku yakin sangat,”
Dyaz hanya menundukkan pandangan dia.
“Dah sekarang ni aku nak bagi kata-kata nasihat pada kau sebelum aku pergi esok. Eceh dah macam wasiat pula. Hehehe…”
“Kau ni tak habis-habis dengan nasihat kau,”
“Ye lah, kau tu bukan boleh percaya sangat. Dengar ni wahai teman ku. Kurangkan sifat mudah marah kau itu. Lepas itu selalu balik ke rumah ummi dan papa kau, pergi melawat mereka. Cuba berbaik-baik dengan ummi kau tu, ambil hatinya semula lepas apa yang kau buat pada dia,” dah macam mak cik-macik sahaja Adira.
“Hei! Dengar ke tak ni apa yang aku cakap?”
“Ye, ye… dengar. Cara kau cakap ‘ambil hatinya semula lepas apa yang kau buat pada dia’ dah macam aku pernah mendera dia pula,” muncung mulut Dyaz, sebijik macam mulut itik.
“Memang kau tak dera dia. Tapi kau dera dari segi mental dia, kata-kata kau yang pedas meletup tu. Boleh meletup organ-organ badan tahu tak?”
“Ye la, ye la aku kalah,”
“Ha! Satu lagi, dengan sepupu kau tu. Cuba berbaik-baik sikit, tengok semalam siapa tolong kau kalau bukan dia. Lagi pun dia tu boleh tahan hensomenya, macam boleh buat calon suami,” ujar Dira sambil sengih gatal. Ulat bulu dah naik daun.
“Ish…tak ada kuasa aku nak jadikan calon suami,”
“Aku tak kata kau, aku maksudkan diri aku. Kalau boleh kau tolong ‘kenen’kan aku dengan dia,” tangan nya memintal-mintal hujung bantal empat segi. Merenyam sungguh minah ni.
“Lagi la aku tak ada kuasa nak buat. Kau tawarkan lah aku satu juta sekalipun, aku tetap tak akan buat,” jawab Dyaz tegas
“Musuh betul kau dengan dia. Ingat apa yang aku pesan.”
“Insyaallah, cuma yang pesanan terakhir kau tu yang aku tak pasti. Tengok lah macam mana nanti,”
******
Sudah setengah jam Uwais berada di atas katil. Jarum jam menunjukkan pukul sepuluh malam. Tetapi matanya masih lagi tidak mahu lelap. Kepalanya tiba-tiba teringat akan peristiwa dua hari lepas. Kata-kata Dyaz meresap ke dalam kepalanya. Rasa kesal dengan setiap perkataan yang di lemparkan ke gadis itu.Wajah Dyaz tiba-tiba muncul.
‘Ish aku ni dah kenapa, tiba-tiba teringatkan minah tu. Dah lupakan, sekarang masa untuk tidur.Lupakan segala-galanya,’ bisik hati Uwais.
Tuk, tuk…
Ketukan lembut itu memecahkan hayalan Uwais. Pintu bilik dibuka dari luar. Seorang wanita yang dihormati dan sanjungi lepas Allah dan Rasul, iaitu ibunya.
“Tak tidur lagi Uwais?” soal Puan Azizah lalu melabuhkan punggungnya di bibir katil anak bujangnya.
“Belum lagi ibu,” balas Uwais lalu bangun dan duduk bersila di hapan ibunya.
“Kenapa tak tidur lagi? Esok tak kerja ke?”
“Kerja, tapi tak boleh tidur. Ni kenapa tiba-tiba ibu datang bilik Uwais tengah-tengah malam?” soal Uwais. Dia pelik selalunya ibunya sudah tidur dalam waktu begini.
“Ibu nak tanya kamu ni,”
Sudah Uwais jangka dari awal.
“Tanya apa?”
“Kamu pergi ke perkahwinan Balqis?”
“Pergi, kenapa?”
“Bagus lah kalau macam itu. Benda yang lepas jangan di kenang. Lepaskan sahaja dia,” nasihat Puan Azizah.
Uwais hanya mendiamkan diri. Dia sendiri tidak tahu apa yang patut dia katakan.
 “Bunga bukan sekuntum Uwais, lain lah kumbang. Semakin pupus sekarang ni. Banyak lagi perempuan yang cantik dekat luar sana,”
Uwais hanya membisu, sedikit terdetik hatinya merasa rindu akan Balqis. Kepalanya ditundukkan sedikit, tangannya bermain dengan ibu jari kakinya.
“Percaya cakap ibu Uwais boleh dapat yang lebih baik dari yang sebelum ini. Lagi-lagi anak ibu ni kan  hensome,” tangan puan Azizah memengang muka nak bongsunya tu.
Pecah ketawa Uwais, sedikit kembang rasa hatinya dengan kata-kata Puan Azizah.
“Entah apa-apa je lah ibu ni,”
“Betul lah, kenapa ibu salah cakap ke?”
“Apa-apa lah ibu.”

*Setelah sekian lama tak update akhirnya... (perasaan lega). Hope korang enjoy baca nye, lepas baca boleh lah drop kan comment. Almaklum lah saya budak baru belajar dan budak baru dalam bidang penulisan mesti banyak kekurangan. Kita harap korang dapat bagi kita semangat dalam meneruskan bidang dalam penulisan ini. Sebab kita ni semangat kejap up kejap down hehehe :). And jangan lupe follow kite sama ada di blog ini atau add kite di facebook. Semoga enjoy ;)

No comments:

Post a Comment