BAB 4
-PART 2-
“Dyaz
tambah, jangan malu-malu. Mak lang masak banyak hari ini khas untuk Dyaz,”
tersipu malu Dyaz. Malu dengan keluarga mak lang nya yang melayannya dengan
baik sekali. Dan juga malu dengan… anak mak langnya kerana kejadian tempoh
hari.
“Hai,
rude girl,” sedikit berbisik Uwais bersuara, di sebelah Dyaz yang sedang
membasuh tangan.
Sedikit
pun tidak dia memandang wajah lelaki yang di gelar ‘apek’ itu. Malu, malu
dengan dirinya sendiri yang tidak dapat mengawal amarah nya ketika itu,
sehinggakan dirinya di gelarkan ‘rude girl’.
Habis
jatuh saham aku, kalau lah mamat ‘apek’ ni cerita pada mak lang memang berkali
ganda malu aku. Sekarang baru di kesal, betul kata pepatah ‘terlajak perahu
boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’.
Mati
lamunan Dyaz apabila suara pak lang menerjah masuk ke telinga.
“Lepas
ini Dyaz nak ke mana?” tanya Pak lang.
“Tak
kemana-mana pun, hantar ummi balik. Lepas itu balik ke rumah sewa,” balas Dyaz.
“Dyaz
duduk rumah sewa. Duduk seorang sahaja ke?”
“Tak
lah, duduk dengan kaw…” kata-kata Dyaz terhenti.
Dan…
“Oh
mak kau terbalik!” lalu kakinya tertendang benda berbulu yang mengesel ke
kakinya.
Haiwan
yang paling digeruni.
Kucing!
‘Meow!’
kucing yang menggesel badannya ke kaki Dyaz terpelanting ke diding.
“Astaghfirullah
hal adzim, Temah…” Uwais yang tadi enak menjamu selera terus mengangkat
punggung nya, dan berlari ke kucing kesayangannya yang bernama Temah. Klasik gitu
nama kuncing si Uwais.
Puan
Azizah yang sedang makan turut bangun dan melangkah ke kucing yang ditendang
oleh Dyaz.
“Uwais,
pergi basuh tangan dahulu. Kotor nanti bulu Temah,” arah Puan Azizah.
Lalu
Uwais ke singki untuk membasuh tangan. Dyaz juga mengikuti Uwais untuk membasuh
tangan. Ketika Dyaz ingin membasuh tangan, manakala Uwais ingin kembali ke kucingnya,
dengan sengaja dia menggar bahu Dyaz tanda protes.
“Temah,
Temah ok? Ada sakit dekat mana-mana?” tanya Uwais seakan-akan si Temah itu
boleh bercakap. Uwais memeriksa dengan teliti tubuh badan si Temah, kut-kut
ada kecederaan. Boleh dia menyaman Dyaz.
Ceh!
Pasal kucing je kut nak saman-saman.
Dyaz
yang berada di sisi mak langnya hanya memerhati. Dia tidak tahu ingin berbuat
apa, ini semua salah kucing yang dipanggil Temah. Menggeselkan badannya ke kaki
aku. Dah la aku takut kucing. Eh, pembetulan bukan kucing sahaja, malah apa
sahaja yang bernama haiwan digeruni.
“Dyaz
minta maaf, Dyaz tak sengaja.Tadi Dyaz terkejut itu yang tertendang,” akhirnya
Dyaz membuka mulut untuk meminta maaf atas keterlanjurannya.
Puan
Sumayyah yang berada di meja makan itu juga turut serta bersama mereka melihat
keadaan Temah. Hafiz didukung. Encik Zakri, ayah kepada Uwais pula hanya
melihat dari jauh.
“Temah
ok ke? Kalau cedera bawa ke klinik,” tanya Encik Zakri.
“Tak
ada apa-apa bang, elok sahaja. Mungkin Temah terkejut je,” balas Puan Azizah.
“Tak,
adik nak bawa dia pergi klinik. Luaran memang ok, tapi dalaman dia mungkin
cedera,” ujar Uwais tegas sambil di jeling ke Dyaz.
Ambil
kau jeling maut tu Dyaz!
Glup!
“Dyaz
ikut, biar Dyaz yang drive dan kos rawatan Dyaz akan tanggung,” balas
Dyaz sebersalah.
“Tak
payah, nanti ada pula yang maut. Hati orang, lain-lain. Kalau dah tak suka tu
macam-macam boleh buat,” sungguh berbisa kata-kata Uwais.
Dyaz
tidak faham akan kata-kata lelaki itu, “Apa maksud awak, saya tak faham. Awak
nak melebalkan saya ini seorang yang jahat dan kejam hanya kerana kelakuan saya
tempoh hari?” soal Dyaz sedikit berang. Sambungnya, “Ya memang saya mengaku,
saya memang seorang perempuan sebagai mana awak gelarkan, ‘rude girl’. Tapi
saya tak ada langsung perasaan jahat dan kejam terhadap manusia mahupun haiwan.
Tentang hari itu, saya marah awak kerana saya malu. Malu kerana jatuh tersembam
dihadapan khalayak ramai. Saya seorang perempuan yang mempunyai sifat malu yang
lebih tinggi dari kaum lelaki, jadi itu adalah cara saya untuk menutup malu
saya,” panjang lebar Dyaz melepaskan rasa tidak puas hatinya terhadap lelaki
itu. Matanya sedikit berkaca.
‘Ish…
Ini la masalah aku, cepat sangat emo.’ kata hati Dyaz
Uwais
terkesima seketika. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Difikirkan sejenak apa
yang dikatakan oleh perempuan yang berada dihadapannya itu. Setiap butir
kata-kata perempuan itu membuatnya tersedar. Perempuan mempunyai sifat malu
lebih dari kaum lelaki. Jatuh tersembam… di khalayak ramai… sudah tentu
perempuan itu akan malu. Kalau di tanya perempuan di muka bumi ini, pasti
mereka turut merasa benda yang sama. Cuma perbezaannya adalah tindak balas
mahupun cara menutup malunya sahaja berlainan.
Dyaz
melangkah keluar dari ruang makan, dia membawa dirinya ke kolam renang untuk
menenangkan perasaannya.
Puan
Azizah dan Encik Zakri yang menjadi pemerhati memandang antara satu sama lain.
Kerana tidak faham akan situasi sebenar mereka.
‘Mereka
pernah berjumpa ke sebelum ini?’ soalan itu menjadi tanda tanya kepada sepasang
suami isteri.
“Kenapa
ini Uwais?Apa yang terjadi sebenarnya?” soal Puan Sumayyah.
*****
Jam
menunjukkan pukul lapan dua puluh minit malam, Dyaz yang baru selesai mengaji
sementara menunggu tibanya waktu isya’ termenung di atas tikar sejadah. Dia
teringat akan kejadian tengahari tadi, tiba-tiba hatinya merasa sebak.
‘Kalau
Gaffar ada mesti dia jadi tempat luahkan perasaan. Tak akan nak call Syaza
malam-malam ini, hanya kerana ingin melepaskan perasaan sedih dan marah. Nak
cerita pada Adira? Mesti dia tengah penat sekarang ni.’ bisik
hati kecil Dyaz.
Air
matanya mula membasahi pipi. Tangannya sibuk menyeka air mata yang mengalir
laju umpanya sungai yang mengalir. Dyaz yang sedang tenggelam dengan perasaan
sedih tersentak dengan ketukan pintu bilik.
Tuk,
tuk, tuk…
“Dyaz…”
panggil Dira.
Air
matanya diseka dengan cepat.
“Masuk
lah,” suhut Dyaz dengan suara sedikit serak.
Pintu
dibuka lalu Adira melangkah masuk ke dalam bilik Dyaz. Di labuhkan punggungnya
depan Dyaz. Dilihat mata Dyaz sedikit merah dan pipinya sedikit basah. Gerak
hatinya mengatakan temannya itu baru sahaja menangis. Sebab apa? Itu dia tidak
pasti.
“Dyaz,
aku ada benda nak cakap,” Adira memulakan perbualan. Persoalan di hatinya
dibiarkan sahaja. Setiap orang ada masalah dan masalah itu kadang kala tidak
dapat dikongsi.
“Apa
dia? Macam suspen sahaja. Kau nak kahwin ke?” soal Dyaz sambil kening kanannya
dinaikkan.
“Ish,
kau ni. Tak ada lah, aku nak bagi tahu kau yang aku kena transfer ke
Johor,” balas Adira dengan suara sayu. Berat mulutnya untuk dibuka.
Dyaz
terkedu.
“Bila
kau kena pergi?” tanya Dyaz tenang dan cuba menutup rasa sedih. Dah la rasa
sedih tadi tak habis lagi, dapat pula berita yang menambah kesedihannya. Rasa
mahu menangis guling-guling rasanya .
“Aku
kena lapor diri di sana hari isnin. Jadi hari sabtu aku perlu bertolak, supaya
hari ahad aku dapat berehat dan kemas sikit barang-barang yang aku bawa,”
“Maknanya
dua hari lagi?” tanya Dyaz.
Adira
mengganggukkan kepalanya.
“Lepas
ni aku tinggal sorang sahaja la di rumah, tiada siapa yang temankan aku nanti. Kalau
aku ada masalah tak ada siapa yang aku boleh lepas perasaan. Kalau hujung
minggu kita tak dapat hang out sama-sama,” suara Dyaz sudah mula
tersekat-sekat.
“Jangan
la cakap macam itu, Syaza kan ada,” pujuk Adira lalu tangan kawannya dipegang
agar dapat memberi semangat pada Dyaz. Pada mulanya dia ingin memberi tahu Dyaz
apabila dia pulang, tetapi apabila melihat Dyaz yang bagai hilang mood. Di
tangguh dahulu.
Air
mata Dyaz mengalir kembali. Lalu Adira merapatkan tubuhnya dan memeluk Dyaz.
“Jangan
la menangis, kalau kau ada masalah kita boleh buat vedio call di Wechat,”
sambung Adira, “Dah, buruk la kau menangis, macam puntianak. Kalau lelaki
tengok muka kau macam ni, terus tak jadi nak buat isteri,” seloroh Adira.
Dyaz
meleraikan pelukan itu lalu memukul manja Adira, “Sampai hati gelar aku
puntianak, dah la tadi ‘apek’ tu gelar aku ‘rude girl’ sekarang kau
pula,” mucung mulut Dyaz, dah boleh sangkut penyidai baju. Ingat cantik la tu.
“Apek
mana ni? Mari aku jumpa dia, amboi suka hati panggil sayang aku ‘rude girl’.
Siapa apek cina tu?” bercekak pinggang Adira. Sayang juga Adira dengan dia.
“Ala…
lelaki yang langgar aku sampai aku tersembam tempoh hari, dekat kenduri rumah
aku hari itu.”
“Macam
mana kau boleh jumpa dia?” soal Adira pelik.
“Dia
tu anak mak lang aku dan juga merangkap sepupu tiri aku. Kenapa lah dalam
banyak-banyak lelaki dekat dunia ni dia juga yang jadi sepupu tiri aku,” keluh
Dyaz.
“Lah…
ye ke. Ha! Itu lah aku selalu pesan jaga tingkah laku, marah macam mana sekali
pun jangan jadi biadab,” nasihat Adira sebelum ini tidak didengari, sekarang nah
terima padah nya.
“Siapa
suruh pijak kain aku sampai tergolek macam nangka busuk dekat depan orang
ramai. Lagi pun aku marah dia bukan apa, aku nak tutup rasa malu aku. Kau
bayangkan, dah la depan khalayak orang ramai aku tergolek. Malu kau tahu,
malu,”
“Kalau
ye pun nak cover malu, jangan lah sampai macam itu. Elok-elok kau sorang
yang dapat malu, dengan-dengan dia sekali jatuh rasa malu. Malu sebab apa, malu
sebab kena marah dengan perempuan,” nasihat Adira, sambungnya lagi, “Lepas ini
kalau marah cepat-cepat lari pergi tempat yang sunyi sikit, lepas itu lepaskan
marah tu dekat dinding,”
Dyaz
hanya memekak kan telinga sahaja.
“Ni
dengar tak apa aku cakap?”
“Iye,
dengar mak encik,” balas Dyaz sekan-akan memerli Adira.
“Aku
cakap main-main. Tunggu lah satu masa nanti, kalau bakal suami kau tengok perangai
kau macam ini terus cancel buat bini. Masa tu baru kau tahu, haru tak
haru nya dunia ini. Lepas itu jadi lah kau ‘andartu’,” Adira menakut-nakut kan
Dyaz, lalu di buat-buatnya ketawa seakan-akan ahli sihir dalam cerita Cinderella.
“Choi!
Mulut kau, tak ada insuran langsung. Ya lah, ya lah… aku dah tak buat. Kalau
aku marah lepas ini aku buat macam kau cakap. Lari ke tempat sunyi, lepas itu
lepaskan marah tu dekat dindingg. Walaupun macam orang gila cara itu, aku akan
tetap buat,” itu lah Dyaz seorang yang sengal.
*****
“Dah
siap ke belum? Cepat sikit aku tunggu dekat bawah,”
“Ok,
nanti aku turun,” kelang-kabut Adira dibuatnya, selepas balik dari kerja dia
diajak keluar oleh Dyaz. Ke mana dia sendiri tidak tahu, bila ditanya
jawapannya ‘adalah, kalau tak boleh teman tak apa aku pergi sorang.’ Mahu tak
mahu dia turuti, tidak sampai hati pula melihat temannya keluar berseorangan
malam-malam begini.
Dyaz
yang sudah berada di kereta menyorokkan hadiah yang dibeli siang tadi di bonet
kereta. Malam ini dia dan Syaza merancang untuk mengadakan sedikit party
perpisahan. Eceh party hanya dihadiri tiga orang sahaja. Semalam sebelum
tidur Dyaz menelefon Syaza untuk memberi tahu akan rancangannya untuk
mengadakan surprise party buat Adira untuk kali terakhir.
Lima
minit kemudian Adira tiba dan memasuki perut kereta.
“Dah,
jom,” kata Adira sebaik sahaja masuk ke kereta. Tali pinggang keledar di pakai.
Kereta mula bergerak.
Tiga
puluh minit kemudian…
Kereta
di parking.
“Kita
nak pergi makan ke?” tanya Adira apabila melihat Dyaz memaking keretanya di
hadapan Kafe D’Manggis. Iaitu stemboat makanan kegemarannya.
Soalan
Adira tidak dijawab. Pintu kereta di buka lalu kaki nya melangkah keluar dari
kereta. Bonet kereta dibuka lalu diambil beg biru yang berisi hadiah buat
Adira.
Bonet
ditutup kembali, “Dah, jom,” alarm kereta ditekan.
Klik!
Adira
kelihatan blur apabila melihat Syaza berada di meja bulat. Kakinya laju
melangkah ke arah Syaza.
“Eh!
Kau pun ada?”tanya Adira.
“Lambatnya
korang sampai. Dah cepat duduk boleh kita makan,”
“Hari
ini ada hari special ke?”
“Lah…
Dyaz tak bagi tahu ke? Dyaz kau nak buat ala-ala surprise party ye?”
soal Syaza.
Dyaz
hanya tersengih menanyang gigi yang tidak seberapa cantik itu.
“Surprise
party? Ouh… terharu nye aku,” kini baru Adira faham mereka mengadakan
sedikit makan-makan untuk pemergiannya lusa.
“Thanks
friends,”
“Most
welcome dear,” balas Dyaz.
“Dah-dah
jangan nak buat drama korea pula disini,” ujar Syaza.
Sedang
enak mereka dijamu selera, meja sebelah yang tadi kosong kini dipenuhi oleh tiga
orang lelaki. Adira mengukir senyum apabila bertembung mata dengan mereka.
Tiba-tiba…
“Eh
Syaza cuba kau tengok, itu lelaki yang langgar Dyaz tempoh hari kan?” bisik
Adira ke telinga Syaza.
Pandangan
Syaza dikalih ke arah yang di katakan oleh temannya.
“A’ah
lah… Dyaz, Dyaz…” di siku temanya. Dyaz kalau makan memang tidak akan perduli
orang kiri kanan. Dia dengan dunia makanan dia sahaja.
“Dyaz…”
Sedikit keras suara Syaza memanggil.
“Ape
dia…” sahut Dyaz, tetapi matanya masih fokus kepada makanan yang di grill itu.
“Itu
lelaki langgar kau,” ujar Syaza.
Dyaz
mengambil sedikit kuah lalu di hirup.
“Wei,
aku cakap ni. Lelaki dekat meja sebelah ni, lelaki yang pijak kain kau sampai
tergolek tu,” bisik Syaza ke telinga Dyaz.
Tersedak
Dyaz apabila mendengar ayat ‘tergolek’. Serta merta nama lelaki a.k.a sepupu
tirinya terpampang di mindanya.
Uhuk!
uhuk!
Semua
mata memandang Dyaz. Tidak terkecuali lelaki itu.
*****
Uwais
yang melabuhkan punggungnya di kerusi merah sedikit tergamam apabila melihat
jiran meja sebelahnya adalah perempuan yang digelar ‘rude girl’ a.k.a
sepupunya sendiri. Tiba-tiba dia teringat akan peristiwa kemarin. Matanya tidak
lepas dari memandang sepupunya itu.
“Makan
tak ingat dunia, padan muka tersedak,”bebel Uwais.
“Kau
ni tak baik cakap macam itu, kalau perempuan tu dengar tak sia-sia dapat satu
cop merah dekat pipi kau,” tegur Aiman apabila mendegar kata-kata Uwais.
“Jom
Uwais ambil makanan,” celah Iman lalu tangan temannya di tarik.
Daging
black paper, ketam, ayam perap, di letak ke dalam pinggan untuk dimasak gril.
Manakala Aiman pula mengambil makanan untuk di jadikan steamboat. Setelah itu
pinggan yang berisi makanan mentah diletakkan ke meja.
“Korang
aku nak pergi tandas sekejap,” ujar Uwais.
*****
“Aku
pergi toilet sekejap. Tekak aku rasa sakit la, nak muntah pun ada,” disebabkan
terkejut Dyaz tersedak. Dah lah kuahnya pedas, apa lagi berapi la tekaknya.
Rasa mual dan ingin muntah.
Kerusi
di tolak ke belakang. Kakinya melangkah ke tandas. Sampai sahaja di tandas,
segala isi perutnya dikeluarkan.
Uwek!
Tekaknya
betul-betul loya. Setelah selesai, mulutnya dicuci. Ketika Dyaz ingin melangkah
keluar dari tandas dia ditolak oleh seseorang.
“Aduh!”
Dyaz jatuh terduduk.
“Minta
maaf dik, mak cik tak sengaja. Adik ok?” Seorang perempuan dalam lingkungan
empat puluhan yang melanggarnya cuba membantu dia untuk berdiri.
“Saya
tak apa-apa,” balas Dyaz tenang.
“Dik
mak cik masuk tandas dulu ye, dah tak tahan. Maaf nya,” tanpa sempat Dyaz
membalas terus mak cik tersebut melangkah masuk ke tandas. Memang betul-betul
nak lepas hajat nampaknya mak cik itu.
Niat
Dyaz untuk berdiri terbantut, apabila kakinya ingin memijak lantai terasa
sakit.
‘Aduh…
satu-satu. Muntah, kena langgar, kaki terseliuh. Kenapa lah malang betul nasib
aku,’ hati kecil Dyaz merungut.
‘Ni
macam mana nak berjalan. Aduh dugaan betul malam ini’
*****
Uwais
yang ingin ke tandas memandang Dyaz pelik.
“Apa
pasal minah ni jalan terhinjut-hinjut,” matanya masih tidak terlepas melihat
gerak geri Dyaz yang berjalan ke kerusi kayu yang di sediakan di luar tandas. Dyaz
memicit-micit pergelangan kakinya.
“Kau
dah kenapa?” tanya Uwais sebaik tiba di hadapan Dyaz. Sebenarnya dia berasa
sebersalah dengan kejadian di rumahnya hari itu.
“Tak
ada apa-apa. Kucing kau macam mana? Ok ke?” tanya Dyaz sebaik teringat kejadian
dia tertendang kucing yang dipanggil Temah itu.
“Ouh,
dokter kata tak ada cedera,” balas Uwais.
“Ok
lah aku pergi dulu,” Dyaz kurang senang dengan kehadiran Uwais, lalu dia
meminta diri untuk beredar. Sebaik sahaja dia berdiri…
“Auw…”
dengan sponton lengan Uwais di pengang.
“Kau
kenapa?” soal Uwais. Terperanjat dia dengan reaksi spontan Dyaz yang memengang
lengannya, nasib berlapik.
“Kaki
aku terseliuh,”
“Kau
ni cuai sangat. Ini boleh jalan ke tidak?”
Dah
nampak buat tak tahu pula. Kalau boleh jalan tak adanya aku tergedik-gedik
macam ini. Kasi orang angin betul la mamat ni.
Dyaz
hanya menggelengkan kepalanya.
“Kejap
aku panggil kawan kau datang ambil kau,” lantas Uwais beredar untuk memanggil kawan-kawan
Dyaz.
*****
Dyaz
yang duduk di katil hanya melihat dari jauh Adira mengemas barang-barang untuk
disimpan ke dalam kotak.
“Dira…”
“Em...”
“Dira…”
“Ye…”
“Dira…”
“Kau
dah kenapa?Asyik menyeru nama aku je,” balas Dira geram.
“Sahaja
nak sakat kau. Esok dah tak boleh nak sakat dah. Tinggal aku sorang je dekat
rumah nak sakat siapa lagi?”
Adira
memasukkan barangnya terakhir ke dalam kotak tersebut, kemudian di tolak ke
tepi kotak tersebut. Kakinya melangkah ke katilnya, lalu dilabuhkan punggungnya
di sebelah Dyaz.
“Kau
ni jangan nak buat drama berbayar pula malam ni. Kalau dah duduk sorang-sorang
balik la rumah, tolong ummi kau jaga Hafiz. Sekali boleh merapatkan hubungan
korang anak beranak,” balas Dira
Dyaz
hanya mengeluh.
“Ha,
yang mengeluh tu kenapa? Kata nak berbaik sekarang dah tukar fikiran pula?”
soal Adira pelik.
“Bukan
lah. Memang aku nak berbaik pun dengan ummi aku. Tapi sampai nak pindah ke
rumah tu… aku risau dia tak selesa. Maksud aku… ye lah kan selama ni dia biasa
hidup dengan papa dan anak dia je. Sekarang ada pula orang asing dalam rumah
tu. Lagi pun aku tak tahu, dia terima aku sebagai anak dia ke tidak. Selepas
apa yang aku dah buat dekat dia,”
“Aku
percaya yang dia dah terima kau, dari mula dia jadi ummi kau. Cuma kau je masa
tu tak boleh terima dia. Aku yakin sangat,”
Dyaz
hanya menundukkan pandangan dia.
“Dah
sekarang ni aku nak bagi kata-kata nasihat pada kau sebelum aku pergi esok. Eceh
dah macam wasiat pula. Hehehe…”
“Kau
ni tak habis-habis dengan nasihat kau,”
“Ye
lah, kau tu bukan boleh percaya sangat. Dengar ni wahai teman ku. Kurangkan
sifat mudah marah kau itu. Lepas itu selalu balik ke rumah ummi dan papa kau,
pergi melawat mereka. Cuba berbaik-baik dengan ummi kau tu, ambil hatinya
semula lepas apa yang kau buat pada dia,” dah macam mak cik-macik sahaja Adira.
“Hei!
Dengar ke tak ni apa yang aku cakap?”
“Ye,
ye… dengar. Cara kau cakap ‘ambil hatinya semula lepas apa yang kau buat pada
dia’ dah macam aku pernah mendera dia pula,” muncung mulut Dyaz, sebijik macam
mulut itik.
“Memang
kau tak dera dia. Tapi kau dera dari segi mental dia, kata-kata kau yang pedas
meletup tu. Boleh meletup organ-organ badan tahu tak?”
“Ye
la, ye la aku kalah,”
“Ha!
Satu lagi, dengan sepupu kau tu. Cuba berbaik-baik sikit, tengok semalam siapa
tolong kau kalau bukan dia. Lagi pun dia tu boleh tahan hensomenya,
macam boleh buat calon suami,” ujar Dira sambil sengih gatal. Ulat bulu dah
naik daun.
“Ish…tak
ada kuasa aku nak jadikan calon suami,”
“Aku
tak kata kau, aku maksudkan diri aku. Kalau boleh kau tolong ‘kenen’kan
aku dengan dia,” tangan nya memintal-mintal hujung bantal empat segi. Merenyam
sungguh minah ni.
“Lagi
la aku tak ada kuasa nak buat. Kau tawarkan lah aku satu juta sekalipun, aku
tetap tak akan buat,” jawab Dyaz tegas
“Musuh
betul kau dengan dia. Ingat apa yang aku pesan.”
“Insyaallah,
cuma yang pesanan terakhir kau tu yang aku tak pasti. Tengok lah macam mana
nanti,”
******
Sudah
setengah jam Uwais berada di atas katil. Jarum jam menunjukkan pukul sepuluh
malam. Tetapi matanya masih lagi tidak mahu lelap. Kepalanya tiba-tiba teringat
akan peristiwa dua hari lepas. Kata-kata Dyaz meresap ke dalam kepalanya. Rasa
kesal dengan setiap perkataan yang di lemparkan ke gadis itu.Wajah Dyaz
tiba-tiba muncul.
‘Ish
aku ni dah kenapa, tiba-tiba teringatkan minah tu. Dah lupakan, sekarang masa
untuk tidur.Lupakan segala-galanya,’ bisik hati Uwais.
Tuk,
tuk…
Ketukan
lembut itu memecahkan hayalan Uwais. Pintu bilik dibuka dari luar. Seorang
wanita yang dihormati dan sanjungi lepas Allah dan Rasul, iaitu ibunya.
“Tak
tidur lagi Uwais?” soal Puan Azizah lalu melabuhkan punggungnya di bibir katil
anak bujangnya.
“Belum
lagi ibu,” balas Uwais lalu bangun dan duduk bersila di hapan ibunya.
“Kenapa
tak tidur lagi? Esok tak kerja ke?”
“Kerja,
tapi tak boleh tidur. Ni kenapa tiba-tiba ibu datang bilik Uwais tengah-tengah
malam?” soal Uwais. Dia pelik selalunya ibunya sudah tidur dalam waktu begini.
“Ibu
nak tanya kamu ni,”
Sudah
Uwais jangka dari awal.
“Tanya
apa?”
“Kamu
pergi ke perkahwinan Balqis?”
“Pergi,
kenapa?”
“Bagus
lah kalau macam itu. Benda yang lepas jangan di kenang. Lepaskan sahaja dia,”
nasihat Puan Azizah.
Uwais
hanya mendiamkan diri. Dia sendiri tidak tahu apa yang patut dia katakan.
“Bunga bukan sekuntum Uwais, lain lah kumbang.
Semakin pupus sekarang ni. Banyak lagi perempuan yang cantik dekat luar sana,”
Uwais
hanya membisu, sedikit terdetik hatinya merasa rindu akan Balqis. Kepalanya
ditundukkan sedikit, tangannya bermain dengan ibu jari kakinya.
“Percaya
cakap ibu Uwais boleh dapat yang lebih baik dari yang sebelum ini. Lagi-lagi
anak ibu ni kan hensome,” tangan
puan Azizah memengang muka nak bongsunya tu.
Pecah
ketawa Uwais, sedikit kembang rasa hatinya dengan kata-kata Puan Azizah.
“Entah
apa-apa je lah ibu ni,”
“Betul
lah, kenapa ibu salah cakap ke?”
“Apa-apa
lah ibu.”
*Setelah sekian lama tak update akhirnya... (perasaan lega). Hope korang enjoy baca nye, lepas baca boleh lah drop kan comment. Almaklum lah saya budak baru belajar dan budak baru dalam bidang penulisan mesti banyak kekurangan. Kita harap korang dapat bagi kita semangat dalam meneruskan bidang dalam penulisan ini. Sebab kita ni semangat kejap up kejap down hehehe :). And jangan lupe follow kite sama ada di blog ini atau add kite di facebook. Semoga enjoy ;)