BAB 4
-PART 1-
Dyaz yang sedang enak menjamu selera
mengalih pandangannya ke arah Puan Sumayyah, yang sedang asyik bermain dengan
si kecil. Sungguh beruntung adik tirinya itu, mempunyai seorang ibu yang amat
penyayang. Tapi bukan kah mamanya dulu pun begitu? Menyayangi dia dan arwah
adiknya. Ah! Itu dulu, sekarang apabila sudah mempunyai keluarga yang baru
dirinya sudah dilupakan. Bagai pasir ditiup angin, lenyap dengan sekali lalu
sahaja.
“Dyaz ambilkan papa sotong masak merah
tu,” minta Encik Syafii kepada anak sulongnya.
Mati lamunan Dyaz apabila suara papanya
menyergah masuk ke telinganya. Diambil sotong masak merah lalu diberi kepada
papanya.
“Hari ini tak kerja?” tanya Encik
Syafii.
“Tak, cuma sebelum balik ke rumah nanti
Dyaz singgah ke butik sekejap. Nak hantar barang sikit,” balas Dayaz lalu
disuap nasi goreng kemulutnya.
“Barang apa?”
“Stok tudung, sekejap lagi pergi butik
ibu Syaza dulu ambil stok selepas itu baru pergi ke butik.”
“Ni papa nak minta tolong Dyaz bawa ummi
ke rumah mak lang boleh?”
“Ish abang ni. Dyaz kan sibuk tu, kalau
abang tak boleh hantar tak apa, Su boleh pergi hari lain,” celah Puan Sumayyah,
dia agak segan dengan anak tirinya. Lagi pun mereka baru sahaja berbaik takut
pula anak tirinya berfikiran lain.
“Boleh, ummi nak pergi pukul berapa? Tapi
sebelum itu kita pergi dulu butik Ibu Syaza,” bagi Dyaz ini lah masa yang
sesuai untuk merapatkan hubungan antara dirinya dengan ibu tirinya. Dyaz tahu
ibu tirinya sengan dan tidak biasa bersama dengannya, jadi ini peluang bagi Dyaz
supaya ibu tirinya tidak kekok atau segan dengan dirinya. Sejujurnya Dyaz
sudahpun menerima ibu tirinya dengan sepunuh hatinya.
“Eh tak apa, kan Dyaz sibuk. Ummi boleh
pergi hari lain.”
“Tak ada sibuk la ummi. Ambil barang
lepas itu hantar ke butik, itu je. Dyaz pun tak pernah pergi ke rumah mak lang,
boleh Dyaz jalan-jalan melawat mak lang di rumah.”
“Ha, tengok Dyaz kata ok je. Apa awak
nak segannya.”
Puan Sumayyah memberi isyarat mata
kepada suaminya.
“Jadi ummi nak pergi pukul berapa?”
“Dyaz janji nak ambil barang pukul
berapa? Kita pergi lepas Dyaz selesai kerja Dyaz lah.”
“Dyaz janji dalam pukul sebelas. Erm... kalau
macam itu, dalam pukul satu kita pergi rumah mak lang. Nanti sekali la ye kita
pergi ambil barang, boleh ummi tengok butik Dyaz,” senyuman yang lebar itu
sudah cukup membuat Puan Sumayyah merasa senang dengan Dyaz. Dia dapat
merasakan yang Dyaz sudah dapat menerimanya. Alhamdulillah lega rasa hatinya,
akhirnya doanya dimakbulkan oleh Tuhan.
*****
“Ummi ini Kak Mila, dia lah yang banyak bantu
Dyaz sepanjang Dyaz buka butik ni.” Dyaz memperkenalkan Kak Mila kepada
Umminya. Puan Summayah kelihatan gembira sekali, apabila melihat butik yang
dibuka oleh anak tirinya itu sungguh cantik. Dia juga sungguh berbangga dengan
Dyaz kerana dengan seusia muda, Dyaz dapat membuka butik tanpa dorangan ahli
keluarga.
“Apa khabar Puan, sihat?” tegur Kak mila
ramah lalu tangan di hulur untuk bersalam.
“Sihat, Mila tak payah panggil akak
Puan. Panggi kak Su je,” tangan Milah di tepuk-tepuk lembut.
Kak Mila hanya mengukirkan senyuman, ‘Cantik
betul mak tiri si Dyaz ni,’ bisik hati kecil Mila.
“Anak ke? Siapa nama? Comel betul,” di
cubit-cubit pipi tembam si Hazif yang putih dan gebu itu.
“A’ah anak, Hafiz namanya,”
“Wah Hafiz awan nano ke?”
Serentak mereka ketawa mendengar celoteh
kak Mila.
“Eh Kak Su mari duduk dulu, Mila buatkan
air,”
“Tak apa Mila tak payah susah-susah,
akak ni sekejap je lepas ni akak nak pergi rumah kakak akak,” tolak Puan
Summyah lembut. Segan pula dia dengan Mila yang baru dikenali tidak sampai
sejam itu.
“Kak Mila, stok tu nanti esok mereka
akan hantar. Tadi saya pergi masih tak ada lagi,”
“Lah… bukan Dyaz dah call ke,
dorang kata ada?” tanya kak Mila pelik, semalam dia dah diberi tahu oleh Dyaz
yang Dyaz baru menelefon Butik Syima untuk mengambil stok tudung.
“Itu la pasalnya kak, tadi saya nak
marah juga. Tapi bila saya cool down dan fikir positif tak jadi nak
marah. Katanya dia tersalah bagi stok yang kita oder dengan stok pembekal yang
lain,”
“Cuai sungguh dorang ni,” geleng kepala
kak Mila mendengarnya. Malah Puan Summayah pula, lebih senang mendengar dari
membuka mulut.
“Tak apa la akak, dugaan saya la itu kut.
Tuhan nak uji kesabaran saya hari ini. Lagi pun semua manusia buat salah kak,
tak ada satu manusia yang sempurna.” dengan tenang Dyaz menjawab.
“Akak saya pergi dulu ye, ni nak bawak
si tembam ni pergi rumah mak langnya.” Dyaz meminta diri untuk beredar sambil
digomol-gomol pipi adik tirinya. Sejujurnya dia sudah mula menyukai adiknya. Perasaan
sayang mula muncul, cuma dia masih tidak berani untuk mendukung mahupun
mendekati adik tirinya itu. Dyaz takut akan ibu tirinya berfikir jika dirinya
membuat sesutu kepada anaknya. Walaupun hatinya sedetikpun tidak terlintas
untuk melakukannya, tetapi hati manusia siapa yang tahukan.
“Ok, jangan lupa ye Dyaz. Esok kita ada meeting,”
“Ok!” dikenyetkan mata kanannya.
*****
Uwais yang sudah bersiap mengenakan baju
melayu biru laut, dipadankan pula dengan kain pelekat bercorak petak-petak yang
dibeli oleh Aiman ketika melancong di Jakarta bulan lepas. Tidak lupa songkok yang
berada diatas meja itu disarungkan ke kepala. Terselah kekacakkannya, mana-mana
gadis yang melihat pasti cair punya macam ais kream mencair di bawah sinaran
cahaya matahari. Eceh berfalsafah pula hari ini.
Satu-persatu kakinya melangkah turun
anak tangga.
“Uwais nak pergi mana tu dengan pakai
baju melayu bagai ni?” tegur Puan
Azizah, pelik melihat anak terunanya itu berpakaian begitu di tengah
hari begini.
“Pergi mana lagi ibu, surau lah. Ikut
ayah, tak akan la adik nak pergi main bola pula. Karang ada pula awek-awek tak boleh
tidur, siap ngigau lagi. Abang Uwais, abang Uwais!” seloroh Uwais sambil
membuat gaya perempuan yang tergila-gila memanggil namanya.
“Gatal sungguh kamu ni, dah pergi cepat
nanti lepas habis solat balik cepat sikit. Mak Su nak datang boleh makan
tengahari sama dengan mak su sekali,”
“Lah, ye ke? Patut lah ibu masak banyak
hari ni. Ok, ok nanti adik balik cepat,” tangan kanan Puan Azizah dicapai lalu
dicium. Puan Azizah mengusap kepala anak bongsunya dan dicium kiri dan kanan
pipi Uwais. Uwais sudah terbiasa dengan situasi begitu. Pada mulanya memang
malu, lagi-lagi apabila berdepan dengan kawan-kawannya. Tetapi lama-kelamaan
ianya sudah menjadi kebiasaan.
*****
Suasana didalam kereta hanya dicemari
dengan suara Hafiz, manakala Puan Sumayyah pula melayan telatah anak bongsunya
yang mengajaknya bersembang. Dyaz hanya menjadi pendengar dan sesekali apabila
kereta berhenti di lampu isyarat Dyaz hanya menjadi pemerhati sahaja. Nak cuba
masuk kealam anak-beranak itu, tidak tahu pula dia mahu mula dari mana.
“Erm… Esok Dyaz kerja?” tanya Puan
Sumayyah.
“Kerja,” suasana kembali sepi.‘Apa
yang aku nak tanya lagi ye? Macam mana aku nak rapat dengan ummi ye? Aduh ni la
satu masalah aku, susah nak berkomunikasi dengan orang yang aku baru kenal. Eh,
bukan aku dah lama kenal ke? Erm… dah lama kenal, tapi… tak pernah berbual
mesra pun.’Dah macam ada dua orang pula dalam diri Dyaz ni siap berbalas
kata lagi tu.
“Erm ummi anak keberapa ye?” peh! Apa
punya soalan kau tanya Dyaz. Dah tak soalan lain ke? Dyaz, Dyaz macam-macam.
“Ummi anak ke empat yang pertama abang
ummi yang duduk di Johor, yang ke dua abang ummi yang duduk di Melaka. Ketiga
mak lang yang kita nak pergi rumah dia ni dan last ummi,” jawab Puan
Sumyyah dengan suara yang ceria apabila bercerita tentang adik beradiknya.
Baginya Dyaz sudah menunjukkan rasa ingin mengenali ahli keluarnganya. Sedikit
demi sedikit dilihat perubahan anak tirinya yang cuba mengenalinya dengan lebih
mendalam. Syukur kepada ilahi kerana memakbulkan setiap doanya.
“Kita nak masuk simpang mana ni ummi?” tanya
Dyaz.
“Ouh, masuk kanan lepas itu Dyaz ambil
lorong ketiga belah kiri. Rumah mak lang lort tepi, pagar warna coklat
bercorak bunga-bunga,” terang Puan Sumayyah.
Di ikut arahan yang diberi oleh ibu
tirinya.
“Yang hujung itu ye ummi?” tanya Dyaz
meminta kepastian.
“Ye betul tu, itu lah rumahnya,”
Lalu diparking keretanya di luar
rumah Puan Azizah.
‘Besar juga rumah mak lang ni, cantik.’ Dyaz
agak terpegun dengan kecantikan rumah mak langnya.
‘Dyaz cover sikit itu semua duniawi.’ bisik
suara hati Dyaz.
“Dyaz… kenapa termenung tu mari la
masuk,” tegur Puan Sumayyah melihat anak tirinya berdiri tegak dikeretanya
sambil melihat rumah kakaknya, macam kena pukau sahaja dilihat anak tirinya
itu.
“Ouh jom,”
*****
“Mari duduk Dyaz, jangan segan-sengan,”
lalu Dyaz mengambil tempat duduk di kerusi single yang berwarna coklat.
Dilihat setiap sudut rumah itu.
‘Ermm kemas dan teratur. Setiap barang
yang di jadikan perhiasan sangat teratur disusun. Mesti mak lang suka pinggan
mangkuk, perhiasan dalam rumah kebanyakannya set pinggan mangkuk.’ Pandangan matanya
beralih pula ke bingkai-bingkai gambar yang tergantung pada dinding kream itu.
Tiba-tiba pandangannya terhenti di bingkai gambar berwarna coklat, ‘Eh macam
kenal je mamat yang pakai baju t-shirt oren ni. Tapi… dekat mana ye?’ otak
Dyaz ligat mengigat kembali wajah lelaki di lihat didalam gambar, yang disangkut
didinding rumah itu.
“Dyaz? Dyaz?” panggil Puan Azizah, lalu
Puan Azizah memberi isyarat mata kepada Puan Sumayyah yang menandakan kenapa
dengan Dyaz.
“Ehem… Dyaz… Dyaz ok?” tanya Puan
Sumayyah pelik. Dari tadi dilihat anaknya itu seperti berhayal dan boleh di
kategorikan seperti orang yang terkena pukau.
Termati seketika khayalannya.
“Ye, ye…”
“Mak lang tanya Dyaz tentang butik,”
“Ouh… maaf mak lang, mak lang tanya
pasal butik ye tadi?” ape kena lah dengan si Dyaz ni hari ni. Perangai dari
dulu sampai sekarang kalau datang rumah orang mesti akan meneliti setiap sudut
dan susun atur perabot dalam rumah. Tapi dia sendiri kalau bab mengemas memang out!
Bukan sahaja mengemas, malah memasak pun… out! Itu la salah satu tabiat
yang selalu di tegur teman-temannya dan juga…mamanya.
“Butik macam mana ok ke?” tanya Puan
Azizah.
“Ouh, alhamdulilah setakat ni,”
“Butik kamu dekat mana? Teringin pula
mak lang nak pergi sana, lagi pun dah lama mak lang tak beli tudung ni,”
“Datang la. Butik Dyaz dekat Shah Alam,
dekat sahaja dari rumah mak lang. Ni kami dari butik tadi Dyaz, rasa dalam
setengah jam dah sampai.”
“Boleh juga, nanti mak lang nak ajak
Uwais bawa mak lang pergi sana. Sabtu atau ahad buka ke?”
“Buka, butik hanya cuti hari isnin
sahaja,” kad bisnesnya di keluarkan dari beg tangan lalu kad bertuka tangan.
“Insyaallah nanti mak lang datang. Eh,
Dyaz nak solat naik atas ye. Lepas solat kita boleh makan sama-sama.”
“Boleh juga. Bilik yang mana satu ye mak
lang?”
“Mari mak lang tunjukkan, Su nak solat
sekali ke?”
“Sekejap lagi lah, Su nak bagi Hafiz minum
susu dulu. Dyaz boleh buka kereta ummi nak ambil susu Hafiz.”
“Tak apa Dyaz ambilkan,” kunci kereta
yang berada didalam tas tangannya dibawa keluar, lalu kakinya melangkah ke
kereta.
*****
Usai solat tudung bawal yang disangkut
di atas katil disarung semula, telekung yang disangkut tadi diambil oleh Puan
Sumayyah pula. Hafiz yang berada di toto ralit bermain dengan permainannya. Dyaz
mengambil tempat duduknya di sebelah adiknya, sementara menunggu umminya selesai
solat supaya adiknya tidak tinggal keseorangan.
Setelah selesai Puan Sumayyah melaksanakan
seruan-Nya, kaki Dyaz melangkah keluar dari bilik tersebut. Satu per satu anak
tangga dituruni, sambil melihat gambar-gambar yang di sangkut didinding. Kakinya
berhenti seketika. Dilihat gambar tersebut dengan teliti. Lelaki yang dilihat
di dalam gambar ketika dia di ruang tamu tadi.
Di tenung gambar tersebut buat seketika.‘Ya!
Aku memang pernah jumpa mamat ni. Aku memang yakin aku pernah jumpa. Tapi…’ kepalanya ligat mengingat wajah lelaki
tersebut. ‘Cuba ingat balik Dyaz, kau memang pernah jumpa mamat ni. Erm…
aduh kenapa lah kau nikalau bab-bab mengimbas kembali ni lembab, banyak makan
semut apa? Aduh cepat ingat balik.’ bisik hati Dyaz, dia merasakan tidak sedap
hati. Apabila melihat gambar lelaki tersebut dadanya terasa sesak, sukar untuk
bernafas. Dyaz cuba mengingati dimanakah dia pernah berjumpa dengan lelaki
tersebut.
Kedua-dua belah tangannya diketukkan ke
kepalanya.
Tiba-tiba…
“Ha! Apek… kenduri…”
“Dyaz buat apa dekat tangga, mari turun,”
tegur puan Azizah apabila melihat Dyaz berdiri kegelisahan di anak tangga.
“Ha? Oh ye, ye jom,” balsas Dyaz sambil
dalam keadaan terkejut.
‘Mampus aku! Mampus… apa aku nak buat
ni? Kenapa la aku tak terpikir langsung yang si apek tu anak mak lang. Eh, jap,
jap… mungkin pelanduk dua serupa kut. Mak lang tak ada rupa cina pun.’ Ditenung
seketika wajah ibu saudaranya.
“Kenapa Dyaz?”
“Ha?”
“Kenapa Dyaz tenung muka mak lang? Ada
yang tak kena ke dekat muka mak lang?” soal Puan Azizah pelik, apabila melihat
telatah anak buahnya itu merenung wajahnya. Tangannya meraba-raba mukanya.
“Eh tak ada la…”
“Assalamualaikum…” suara garau yang
memberi salam, menambahkan kegumuruhan Dyaz.
“Waalaikumusalam… Dyaz itu Pak lang dah
balik.”
Dyaz mengikuti Puan Azizah dari
belakang.
‘Fuh… Pak lang nasib… ingatkan mamat
tu.’ Dyaz menundukkan sedikit kepalanya digantikan dengan
salam. Mereka tiada apa-apa ikatan jadi hukumnya haram untuk bersalam.
“Bila sampai Dyaz?” tanya pak lang
mesra.
“Baru juga sampai pak lang.”
“Mana ummi? Tak nampak pun?”
“Ouh, di atas solat. Sekejap lagi turun
la tu.”
‘Pak lang! Ya! Pak lang ada rupa cina.’ Mata
Dyaz tidak terlepas dari meneliti satu persatu raut wajah muka pak lang nya.
‘Maknanya apek tu… jadi betul la…
Argh!!! Tolong! Apa yang aku nak buat ni mati aku, mati….Cop, cop Dyaz
bertenang… bertenang. Tarik nafas… lepas, tarik lepas… Dyaz hari ini hari isnin
jadi mesti la dia pergi kerja…’ sedikit sebanyak
hatinya berasa lega.
Satu suara yang tiba-tiba menyergah
didalam hatinya, lalau berkata, ‘Tapi kau jangan senang hati sangat, buatnya
terserempak masa dia balik rumah nanti mahu haru jadinya. So untuk mengelak
dari terserempak dengan dia sebelum pukul enam… Eh tak bukan enam tapi untuk
keselamatan pukul lima kau mesti balik.’ Otak Dyaz ligat bergerak
menunjukkan sel-sel otaknya sedang berkerja keras untuk mencarna setiap
kata-kata yang didengari dari hatinya.
‘Ye sebelum pukul lima… pukul lima…’ hati
kecil Dyaz menjawab.
“Ya pukul lima, pukul lima…” dengan nada
perlahan Dyaz menyebut, malah mereka masih dapat mendengar dengan jelas apa
yang di katakan oleh Dyaz.
“Apa yang pukul limanya Dyaz?” tanya pak
lang.
“Oh… tak ada apa-apa. Mak lang tadi ada
minta Dyaz tolong dekat dapurkan?”tanya Dyaz bagi menutup malunya.
“Eh bila pula mak lang minta tolong?”
soal Puan Azizah pelik. Kenapa lah dengan anak buahnya seorang ni, gelisah
semacam.
Dush! Terasa macam kena penumbuk
berkali-kali.
“Ha? Erm… tak ada ye?”Dyaz menundukkan
wajahnya.
Malu! Malu yang amat.
“Kenapa Dyaz kalut semacam ni?” tanya
mak lang.
“Ha? Kalut? Ta…taka da lah mak lang. Ada
apa yang Dyaz boleh tolong mak lang?”
“Nak tolong apa nya Dyaz, tak ada
apa-apa yang Dyaz perlu tolong. Cuma Dyaz perlu tolong sediakan perut sahaja,
mak lang dah masak banyak untuk Dyaz.” Di usap-usap bahu anak buahnya. Puan
Azizah cukup senang dengan Dyaz, sudah banyak berubah. Sedikit lega hatinya
melihat perubahan Dyaz, tidak perlu lah dia merasa risau akan perhubungan
adiknya dengan Dyaz lagi.
“Oh, itu memang boleh sangat.” balas
Dyaz bersama senyuman.
“Dah panggil ummi turun makan.” Arah Puan
Azizah
“Ok!”
*****
“Ummi mari bagi Hafiz pada Dyaz, biar
Dyaz dukung dia.” Dyaz mahu mencuba mendukung adiknya, dan dalam masa yang sama
dia ingin menyakinkan umminya bahawa dia ingin hubungan dia dan adiknya
bagaikan adik-beradik kandung. Dan yang pasti tiada lagi perkataan tiri dalam
kamus hidupnya mulai sekarang! Tegas Dyaz.
Dyaz mengambil Hafiz dari umminya dengan
berhati-hati. Buat kali pertamanya Dyaz mendukung adik tirinya.
Dicium pipi Hafiz. “Tatatata, hehehe…”
Dyaz dan Puan Sumayyah berpandangan.
“Rasanya Hafiz sukakan Dyaz la,” kata
Puan Sumayyah dengan gembira.
Dyaz berasa senang hati apabila melihat
adik tirinya tidak sedikitpun menangis.
Puan Sumayyah melangkah turun satu
persatu anak tangga, Dyaz mengikutinya dari belakang.
“Eh Uwais….” Puan Sumayyah bersuara.
“Mak lang….” balas lelaki bernama Uwais.
Dyaz yang sedang mengagagh adik tirinya
sambil berjalan tanpa melihat orang sekeliling terus berhenti. Pandangannya
dihala ke suara lelaki yang baru di ingatinya sebentar tadi.
Tanpa berfikir panjang Dyaz memaling
kebelakang.
‘Apa aku nak buat ni? Apa aku nak buat
ni? Somebody please help me!’
* Disebabkan masa yang sangat padat dengan dipenuhi dengan kelas dan study ( ye ke study? pikir sejenak.) menyekat diri untuk mengedit dan sekali gus mengpost bab-bab seterusnya.( banyak pula meng-meng nye. hehehe) Dan sorry juga kepada pembaca yang menunggu sambunggannya. So harap korang enjoy membaca, kalau ada salah silap tegur lah saya. Dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca e-novel yang tak seberapa novel ni ( eceh merendah diri pula ) dan doakan saya yang akan memduduki final exam tidak lama lagi. Ha! satu lagi doakan e-novel ni dapat disiapkan dengan jaya nya hehehe. :) Insyaallah. Sekian salam sayang dari saya Sabrina ~~~ (Maaf ayat macam bercelaru. hehehe)
No comments:
Post a Comment