Saturday 29 March 2014

Jatuh Cinta BAB 4 [PART1]

 


BAB 4
-PART 1-

Dyaz yang sedang enak menjamu selera mengalih pandangannya ke arah Puan Sumayyah, yang sedang asyik bermain dengan si kecil. Sungguh beruntung adik tirinya itu, mempunyai seorang ibu yang amat penyayang. Tapi bukan kah mamanya dulu pun begitu? Menyayangi dia dan arwah adiknya. Ah! Itu dulu, sekarang apabila sudah mempunyai keluarga yang baru dirinya sudah dilupakan. Bagai pasir ditiup angin, lenyap dengan sekali lalu sahaja.
“Dyaz ambilkan papa sotong masak merah tu,” minta Encik Syafii kepada anak sulongnya.
Mati lamunan Dyaz apabila suara papanya menyergah masuk ke telinganya. Diambil sotong masak merah lalu diberi kepada papanya.
“Hari ini tak kerja?” tanya Encik Syafii.
“Tak, cuma sebelum balik ke rumah nanti Dyaz singgah ke butik sekejap. Nak hantar barang sikit,” balas Dayaz lalu disuap nasi goreng kemulutnya.
“Barang apa?”
“Stok tudung, sekejap lagi pergi butik ibu Syaza dulu ambil stok selepas itu baru pergi ke butik.”
“Ni papa nak minta tolong Dyaz bawa ummi ke rumah mak lang boleh?”
“Ish abang ni. Dyaz kan sibuk tu, kalau abang tak boleh hantar tak apa, Su boleh pergi hari lain,” celah Puan Sumayyah, dia agak segan dengan anak tirinya. Lagi pun mereka baru sahaja berbaik takut pula anak tirinya berfikiran lain.
“Boleh, ummi nak pergi pukul berapa? Tapi sebelum itu kita pergi dulu butik Ibu Syaza,” bagi Dyaz ini lah masa yang sesuai untuk merapatkan hubungan antara dirinya dengan ibu tirinya. Dyaz tahu ibu tirinya sengan dan tidak biasa bersama dengannya, jadi ini peluang bagi Dyaz supaya ibu tirinya tidak kekok atau segan dengan dirinya. Sejujurnya Dyaz sudahpun menerima ibu tirinya dengan sepunuh hatinya.
“Eh tak apa, kan Dyaz sibuk. Ummi boleh pergi hari lain.”
“Tak ada sibuk la ummi. Ambil barang lepas itu hantar ke butik, itu je. Dyaz pun tak pernah pergi ke rumah mak lang, boleh Dyaz jalan-jalan melawat mak lang di rumah.”
“Ha, tengok Dyaz kata ok je. Apa awak nak segannya.”
Puan Sumayyah memberi isyarat mata kepada suaminya.
“Jadi ummi nak pergi pukul berapa?”
“Dyaz janji nak ambil barang pukul berapa? Kita pergi lepas Dyaz selesai kerja Dyaz lah.”
“Dyaz janji dalam pukul sebelas. Erm... kalau macam itu, dalam pukul satu kita pergi rumah mak lang. Nanti sekali la ye kita pergi ambil barang, boleh ummi tengok butik Dyaz,” senyuman yang lebar itu sudah cukup membuat Puan Sumayyah merasa senang dengan Dyaz. Dia dapat merasakan yang Dyaz sudah dapat menerimanya. Alhamdulillah lega rasa hatinya, akhirnya doanya dimakbulkan oleh Tuhan.
*****
“Ummi ini Kak Mila, dia lah yang banyak bantu Dyaz sepanjang Dyaz buka butik ni.” Dyaz memperkenalkan Kak Mila kepada Umminya. Puan Summayah kelihatan gembira sekali, apabila melihat butik yang dibuka oleh anak tirinya itu sungguh cantik. Dia juga sungguh berbangga dengan Dyaz kerana dengan seusia muda, Dyaz dapat membuka butik tanpa dorangan ahli keluarga.
“Apa khabar Puan, sihat?” tegur Kak mila ramah lalu tangan di hulur untuk bersalam.
“Sihat, Mila tak payah panggil akak Puan. Panggi kak Su je,” tangan Milah di tepuk-tepuk lembut.
Kak Mila hanya mengukirkan senyuman, ‘Cantik betul mak tiri si Dyaz ni,’ bisik hati kecil Mila.
“Anak ke? Siapa nama? Comel betul,” di cubit-cubit pipi tembam si Hazif yang putih dan gebu itu.
“A’ah anak, Hafiz namanya,”
“Wah Hafiz awan nano ke?”
Serentak mereka ketawa mendengar celoteh kak Mila.
“Eh Kak Su mari duduk dulu, Mila buatkan air,”
“Tak apa Mila tak payah susah-susah, akak ni sekejap je lepas ni akak nak pergi rumah kakak akak,” tolak Puan Summyah lembut. Segan pula dia dengan Mila yang baru dikenali tidak sampai sejam itu.
“Kak Mila, stok tu nanti esok mereka akan hantar. Tadi saya pergi masih tak ada lagi,”
“Lah… bukan Dyaz dah call ke, dorang kata ada?” tanya kak Mila pelik, semalam dia dah diberi tahu oleh Dyaz yang Dyaz baru menelefon Butik Syima untuk mengambil stok tudung.
“Itu la pasalnya kak, tadi saya nak marah juga. Tapi bila saya cool down dan fikir positif tak jadi nak marah. Katanya dia tersalah bagi stok yang kita oder dengan stok pembekal yang lain,”
“Cuai sungguh dorang ni,” geleng kepala kak Mila mendengarnya. Malah Puan Summayah pula, lebih senang mendengar dari membuka mulut.
“Tak apa la akak, dugaan saya la itu kut. Tuhan nak uji kesabaran saya hari ini. Lagi pun semua manusia buat salah kak, tak ada satu manusia yang sempurna.” dengan tenang Dyaz menjawab.
“Akak saya pergi dulu ye, ni nak bawak si tembam ni pergi rumah mak langnya.” Dyaz meminta diri untuk beredar sambil digomol-gomol pipi adik tirinya. Sejujurnya dia sudah mula menyukai adiknya. Perasaan sayang mula muncul, cuma dia masih tidak berani untuk mendukung mahupun mendekati adik tirinya itu. Dyaz takut akan ibu tirinya berfikir jika dirinya membuat sesutu kepada anaknya. Walaupun hatinya sedetikpun tidak terlintas untuk melakukannya, tetapi hati manusia siapa yang tahukan.
“Ok, jangan lupa ye Dyaz. Esok kita ada meeting,”
“Ok!” dikenyetkan mata kanannya.
*****
Uwais yang sudah bersiap mengenakan baju melayu biru laut, dipadankan pula dengan kain pelekat bercorak petak-petak yang dibeli oleh Aiman ketika melancong di Jakarta bulan lepas. Tidak lupa songkok yang berada diatas meja itu disarungkan ke kepala. Terselah kekacakkannya, mana-mana gadis yang melihat pasti cair punya macam ais kream mencair di bawah sinaran cahaya matahari. Eceh berfalsafah pula hari ini.
Satu-persatu kakinya melangkah turun anak tangga.
“Uwais nak pergi mana tu dengan pakai baju melayu bagai ni?” tegur Puan  Azizah, pelik melihat anak terunanya itu berpakaian begitu di tengah hari begini.
“Pergi mana lagi ibu, surau lah. Ikut ayah, tak akan la adik nak pergi main bola pula. Karang ada pula awek-awek tak boleh tidur, siap ngigau lagi. Abang Uwais, abang Uwais!” seloroh Uwais sambil membuat gaya perempuan yang tergila-gila memanggil namanya.
“Gatal sungguh kamu ni, dah pergi cepat nanti lepas habis solat balik cepat sikit. Mak Su nak datang boleh makan tengahari sama dengan  mak su sekali,”
“Lah, ye ke? Patut lah ibu masak banyak hari ni. Ok, ok nanti adik balik cepat,” tangan kanan Puan Azizah dicapai lalu dicium. Puan Azizah mengusap kepala anak bongsunya dan dicium kiri dan kanan pipi Uwais. Uwais sudah terbiasa dengan situasi begitu. Pada mulanya memang malu, lagi-lagi apabila berdepan dengan kawan-kawannya. Tetapi lama-kelamaan ianya sudah menjadi kebiasaan.
*****
Suasana didalam kereta hanya dicemari dengan suara Hafiz, manakala Puan Sumayyah pula melayan telatah anak bongsunya yang mengajaknya bersembang. Dyaz hanya menjadi pendengar dan sesekali apabila kereta berhenti di lampu isyarat Dyaz hanya menjadi pemerhati sahaja. Nak cuba masuk kealam anak-beranak itu, tidak tahu pula dia mahu mula dari mana.
“Erm… Esok Dyaz kerja?” tanya Puan Sumayyah.
“Kerja,” suasana kembali sepi.‘Apa yang aku nak tanya lagi ye? Macam mana aku nak rapat dengan ummi ye? Aduh ni la satu masalah aku, susah nak berkomunikasi dengan orang yang aku baru kenal. Eh, bukan aku dah lama kenal ke? Erm… dah lama kenal, tapi… tak pernah berbual mesra pun.’Dah macam ada dua orang pula dalam diri Dyaz ni siap berbalas kata lagi tu.
“Erm ummi anak keberapa ye?” peh! Apa punya soalan kau tanya Dyaz. Dah tak soalan lain ke? Dyaz, Dyaz macam-macam.
“Ummi anak ke empat yang pertama abang ummi yang duduk di Johor, yang ke dua abang ummi yang duduk di Melaka. Ketiga mak lang yang kita nak pergi rumah dia ni dan last ummi,” jawab Puan Sumyyah dengan suara yang ceria apabila bercerita tentang adik beradiknya. Baginya Dyaz sudah menunjukkan rasa ingin mengenali ahli keluarnganya. Sedikit demi sedikit dilihat perubahan anak tirinya yang cuba mengenalinya dengan lebih mendalam. Syukur kepada ilahi kerana memakbulkan setiap doanya.
“Kita nak masuk simpang mana ni ummi?” tanya Dyaz.
“Ouh, masuk kanan lepas itu Dyaz ambil lorong ketiga belah kiri. Rumah mak lang lort tepi, pagar warna coklat bercorak bunga-bunga,” terang Puan Sumayyah.
Di ikut arahan yang diberi oleh ibu tirinya.
“Yang hujung itu ye ummi?” tanya Dyaz meminta kepastian.
“Ye betul tu, itu lah rumahnya,”
Lalu diparking keretanya di luar rumah Puan Azizah.
‘Besar juga rumah mak lang ni, cantik.’ Dyaz agak terpegun dengan kecantikan rumah mak langnya.
‘Dyaz cover sikit itu semua duniawi.’ bisik suara hati Dyaz.
“Dyaz… kenapa termenung tu mari la masuk,” tegur Puan Sumayyah melihat anak tirinya berdiri tegak dikeretanya sambil melihat rumah kakaknya, macam kena pukau sahaja dilihat anak tirinya itu.
“Ouh jom,”
*****
“Mari duduk Dyaz, jangan segan-sengan,” lalu Dyaz mengambil tempat duduk di kerusi single yang berwarna coklat. Dilihat setiap sudut rumah itu.
‘Ermm kemas dan teratur. Setiap barang yang di jadikan perhiasan sangat teratur disusun. Mesti mak lang suka pinggan mangkuk, perhiasan dalam rumah kebanyakannya set pinggan mangkuk.’  Pandangan matanya beralih pula ke bingkai-bingkai gambar yang tergantung pada dinding kream itu. Tiba-tiba pandangannya terhenti di bingkai gambar berwarna coklat, ‘Eh macam kenal je mamat yang pakai baju t-shirt oren ni. Tapi… dekat mana ye?’ otak Dyaz ligat mengigat kembali wajah lelaki di lihat didalam gambar, yang disangkut didinding rumah itu.
“Dyaz? Dyaz?” panggil Puan Azizah, lalu Puan Azizah memberi isyarat mata kepada Puan Sumayyah yang menandakan kenapa dengan Dyaz.
“Ehem… Dyaz… Dyaz ok?” tanya Puan Sumayyah pelik. Dari tadi dilihat anaknya itu seperti berhayal dan boleh di kategorikan seperti orang yang terkena pukau.
Termati seketika khayalannya.
“Ye, ye…”
“Mak lang tanya Dyaz tentang butik,”
“Ouh… maaf mak lang, mak lang tanya pasal butik ye tadi?” ape kena lah dengan si Dyaz ni hari ni. Perangai dari dulu sampai sekarang kalau datang rumah orang mesti akan meneliti setiap sudut dan susun atur perabot dalam rumah. Tapi dia sendiri kalau bab mengemas memang out! Bukan sahaja mengemas, malah memasak pun… out! Itu la salah satu tabiat yang selalu di tegur teman-temannya dan juga…mamanya.
“Butik macam mana ok ke?” tanya Puan Azizah.
“Ouh, alhamdulilah setakat ni,”
“Butik kamu dekat mana? Teringin pula mak lang nak pergi sana, lagi pun dah lama mak lang tak beli tudung ni,”
“Datang la. Butik Dyaz dekat Shah Alam, dekat sahaja dari rumah mak lang. Ni kami dari butik tadi Dyaz, rasa dalam setengah jam dah sampai.”
“Boleh juga, nanti mak lang nak ajak Uwais bawa mak lang pergi sana. Sabtu atau ahad buka ke?”
“Buka, butik hanya cuti hari isnin sahaja,” kad bisnesnya di keluarkan dari beg tangan lalu kad bertuka tangan.
“Insyaallah nanti mak lang datang. Eh, Dyaz nak solat naik atas ye. Lepas solat kita boleh makan sama-sama.”
“Boleh juga. Bilik yang mana satu ye mak lang?”
“Mari mak lang tunjukkan, Su nak solat sekali ke?”
“Sekejap lagi lah, Su nak bagi Hafiz minum susu dulu. Dyaz boleh buka kereta ummi nak ambil susu Hafiz.”
“Tak apa Dyaz ambilkan,” kunci kereta yang berada didalam tas tangannya dibawa keluar, lalu kakinya melangkah ke kereta.
*****
Usai solat tudung bawal yang disangkut di atas katil disarung semula, telekung yang disangkut tadi diambil oleh Puan Sumayyah pula. Hafiz yang berada di toto ralit bermain dengan permainannya. Dyaz mengambil tempat duduknya di sebelah adiknya, sementara menunggu umminya selesai solat supaya adiknya tidak tinggal keseorangan.
Setelah selesai Puan Sumayyah melaksanakan seruan-Nya, kaki Dyaz melangkah keluar dari bilik tersebut. Satu per satu anak tangga dituruni, sambil melihat gambar-gambar yang di sangkut didinding. Kakinya berhenti seketika. Dilihat gambar tersebut dengan teliti. Lelaki yang dilihat di dalam gambar ketika dia di ruang tamu tadi.
Di tenung gambar tersebut buat seketika.‘Ya! Aku memang pernah jumpa mamat ni. Aku memang yakin aku pernah jumpa. Tapi…’  kepalanya ligat mengingat wajah lelaki tersebut. ‘Cuba ingat balik Dyaz, kau memang pernah jumpa mamat ni. Erm… aduh kenapa lah kau nikalau bab-bab mengimbas kembali ni lembab, banyak makan semut apa? Aduh cepat ingat balik.’ bisik hati Dyaz, dia merasakan tidak sedap hati. Apabila melihat gambar lelaki tersebut dadanya terasa sesak, sukar untuk bernafas. Dyaz cuba mengingati dimanakah dia pernah berjumpa dengan lelaki tersebut.
Kedua-dua belah tangannya diketukkan ke kepalanya.
Tiba-tiba…
“Ha! Apek… kenduri…”
“Dyaz buat apa dekat tangga, mari turun,” tegur puan Azizah apabila melihat Dyaz berdiri kegelisahan di anak tangga.
“Ha? Oh ye, ye jom,” balsas Dyaz sambil dalam keadaan terkejut.
‘Mampus aku! Mampus… apa aku nak buat ni? Kenapa la aku tak terpikir langsung yang si apek tu anak mak lang. Eh, jap, jap… mungkin pelanduk dua serupa kut. Mak lang tak ada rupa cina pun.’ Ditenung seketika wajah ibu saudaranya.
“Kenapa Dyaz?”
“Ha?”
“Kenapa Dyaz tenung muka mak lang? Ada yang tak kena ke dekat muka mak lang?” soal Puan Azizah pelik, apabila melihat telatah anak buahnya itu merenung wajahnya. Tangannya meraba-raba mukanya.
“Eh tak ada la…”
“Assalamualaikum…” suara garau yang memberi salam, menambahkan kegumuruhan Dyaz.
“Waalaikumusalam… Dyaz itu Pak lang dah balik.”
Dyaz mengikuti Puan Azizah dari belakang.
‘Fuh… Pak lang nasib… ingatkan mamat tu.’ Dyaz menundukkan sedikit kepalanya digantikan dengan salam. Mereka tiada apa-apa ikatan jadi hukumnya haram untuk bersalam.
“Bila sampai Dyaz?” tanya pak lang mesra.
“Baru juga sampai pak lang.”
“Mana ummi? Tak nampak pun?”
“Ouh, di atas solat. Sekejap lagi turun la tu.”
‘Pak lang! Ya! Pak lang ada rupa cina.’ Mata Dyaz tidak terlepas dari meneliti satu persatu raut wajah muka pak lang nya.
‘Maknanya apek tu… jadi betul la… Argh!!! Tolong! Apa yang aku nak buat ni mati aku, mati….Cop, cop Dyaz bertenang… bertenang. Tarik nafas… lepas, tarik lepas… Dyaz hari ini hari isnin jadi mesti la dia pergi kerja…’ sedikit sebanyak hatinya berasa lega.
Satu suara yang tiba-tiba menyergah didalam hatinya, lalau berkata, ‘Tapi kau jangan senang hati sangat, buatnya terserempak masa dia balik rumah nanti mahu haru jadinya. So untuk mengelak dari terserempak dengan dia sebelum pukul enam… Eh tak bukan enam tapi untuk keselamatan pukul lima kau mesti balik.’ Otak Dyaz ligat bergerak menunjukkan sel-sel otaknya sedang berkerja keras untuk mencarna setiap kata-kata yang didengari dari hatinya.
‘Ye sebelum pukul lima… pukul lima…’ hati kecil Dyaz menjawab.
“Ya pukul lima, pukul lima…” dengan nada perlahan Dyaz menyebut, malah mereka masih dapat mendengar dengan jelas apa yang di katakan oleh Dyaz.
“Apa yang pukul limanya Dyaz?” tanya pak lang.
“Oh… tak ada apa-apa. Mak lang tadi ada minta Dyaz tolong dekat dapurkan?”tanya Dyaz bagi menutup malunya.
“Eh bila pula mak lang minta tolong?” soal Puan Azizah pelik. Kenapa lah dengan anak buahnya seorang ni, gelisah semacam.
Dush! Terasa macam kena penumbuk berkali-kali.
“Ha? Erm… tak ada ye?”Dyaz menundukkan wajahnya.
Malu! Malu yang amat.
“Kenapa Dyaz kalut semacam ni?” tanya mak lang.
“Ha? Kalut? Ta…taka da lah mak lang. Ada apa yang Dyaz boleh tolong mak lang?”
“Nak tolong apa nya Dyaz, tak ada apa-apa yang Dyaz perlu tolong. Cuma Dyaz perlu tolong sediakan perut sahaja, mak lang dah masak banyak untuk Dyaz.” Di usap-usap bahu anak buahnya. Puan Azizah cukup senang dengan Dyaz, sudah banyak berubah. Sedikit lega hatinya melihat perubahan Dyaz, tidak perlu lah dia merasa risau akan perhubungan adiknya dengan Dyaz lagi.
“Oh, itu memang boleh sangat.” balas Dyaz bersama senyuman.
“Dah panggil ummi turun makan.” Arah Puan Azizah
“Ok!”
*****
“Ummi mari bagi Hafiz pada Dyaz, biar Dyaz dukung dia.” Dyaz mahu mencuba mendukung adiknya, dan dalam masa yang sama dia ingin menyakinkan umminya bahawa dia ingin hubungan dia dan adiknya bagaikan adik-beradik kandung. Dan yang pasti tiada lagi perkataan tiri dalam kamus hidupnya mulai sekarang! Tegas Dyaz.
Dyaz mengambil Hafiz dari umminya dengan berhati-hati. Buat kali pertamanya Dyaz mendukung adik tirinya.
Dicium pipi Hafiz. “Tatatata, hehehe…” Dyaz dan Puan Sumayyah berpandangan.
“Rasanya Hafiz sukakan Dyaz la,” kata Puan Sumayyah dengan gembira.
Dyaz berasa senang hati apabila melihat adik tirinya tidak sedikitpun menangis.
Puan Sumayyah melangkah turun satu persatu anak tangga, Dyaz mengikutinya dari belakang.
“Eh Uwais….” Puan Sumayyah bersuara.
“Mak lang….” balas lelaki bernama Uwais.
Dyaz yang sedang mengagagh adik tirinya sambil berjalan tanpa melihat orang sekeliling terus berhenti. Pandangannya dihala ke suara lelaki yang baru di ingatinya sebentar tadi.
Tanpa berfikir panjang Dyaz memaling kebelakang.
‘Apa aku nak buat ni? Apa aku nak buat ni? Somebody please help me!’


* Disebabkan masa yang sangat padat dengan dipenuhi dengan kelas dan study ( ye ke study? pikir sejenak.) menyekat diri untuk mengedit dan sekali gus mengpost bab-bab seterusnya.( banyak pula meng-meng nye. hehehe) Dan sorry juga kepada pembaca yang menunggu sambunggannya. So harap korang enjoy membaca, kalau ada salah silap tegur lah saya. Dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca e-novel yang tak seberapa novel ni ( eceh merendah diri pula ) dan doakan saya yang akan memduduki final exam tidak lama lagi. Ha! satu lagi doakan e-novel ni dapat disiapkan dengan jaya nya hehehe. :) Insyaallah. Sekian salam sayang dari saya Sabrina ~~~ (Maaf ayat macam bercelaru. hehehe)