Wednesday 8 May 2013

Jatuh Cinta BAB 1 [ PART 2 ]


BAB 1

-PART2-

Encik Zakri yang baru balik dari berjoging merasa penat . Lalu Encik Zakri menghenyak punggungnya ke sofa yang hempuk itu . Di kerling seketika anak terunanya dan mengalih pula pandangannya ke television , tidak pula dia merasa lawak movie yang ditayangkan itu. Timbul perasaan curiga terhadap anaknya yang kelihatan pelik dengan tingkah lakunya yang aneh sekali. Senyuman Uwais tidak lekang dari bibir walaupun sesaat. 

“ Baru balik abang ?” Sapa Puan Azizah yang baru turun dari anak tangga , mungkin baru lepas menunaikan  solat fardhu asar. Lalu di capai tangan suaminya dan dicium.

 “ Mmm.” Mata Encik Zakri masih tidak lepas dari melihat tingkah laku anak terunanya.

Puan Azizah berlalu ke dapur , dengan pantas Encik Zakri menghayun kakinya melangkah mengikut langkah isterinya. 

“ Ayang kenapa dengan anak ayang tu asyik senyum je ?”

Puan Azizah menoleh kebelakang seperti yang di jangka suara itu ialah milik suaminya.

“ Allah budak tu senyum pun tak boleh ke?” Balas Puan Azizah .

“ Tak ada la bukan tak boleh tapi dah macam orang tak betul sahaja abang tengok , takut abang nak duduk lama-lama tengok television dengan dia. Dah macam kena sampuk dengan hantu je. Nak kata movie yang di tengok itu kelakar tak pulak , sedih ada la.” Puan Azizah melihat Encik Zakri bagaikan mak jemah yang menantikan jawapan dari gossip terhangat dari Malaya . Malaya katanya. Hahaha

“ Kena sampuk dengan hantu cinta la tu.” Jawab si isteri lalu ditutup pintu peti sejuk yang di buka untuk mengambil bancuhan cucur udang yang telah di buat tengah hari  tadi. Puan Azizah kelihatan terharu dan gembira kerana jarang sekali suaminya menggambil berat tentang hal remeh anak-anaknya.

“ Ha? Hantu cinta?” 

“Mmm.”

Encik zakri terpaksa mengambil masa bagi mencernakan kata-kata isterinya.

“ Dia dah ada girlfriend ke?”

“ Esok dia nak bawak perempuan tu datang jumpa kita.”

“ Siapa perempuan tu ayang kenal ke?” Eceh Encik Zakri memang sudah betul-betul bertukar menjadi mak jemah dah boleh jadi partner johan ni.

“ Tah la tapi Uwais ada kata masa raya tahun lepas perempuan tu ada datang beraya dekat rumah kita , tapi saya tak perasan pulak mana satu perempuan itu . Sebab perempuan itu datang dengan kawan-kawan Uwais yang lain. Ramaikan kawan-kawan Uwais masa itu jadi ayang rasa tak la kut .”

“ Mmm.” Encik Zakri menganggukkan kepalanya.

“ Tapi kan abang ,ayang rasa tak sedap hati la . Ayang dapat rasa ada benda tidak baik akan terjadi pada anak kita tu .” Selepas Uwais memberi tahu tentang perempuan yang mencuit hati anaknya itu , hati Puan Azizah merasa tidak sedap .

“ Ish ayang ni tak baik fikir yang bukan-bukan . Itu semua hasutan dan permainan syaitan je. Mari sini abang  halau syaitan itu.” Lalu Encik Zakri merapatkan dirinya dengan si isteri , lalu di letakkan tangan kanannya ke atas kepala Puan Azizah lalu dibacakannya surah Al-Baqarah.

“ Ish apa abang ni ayang bukannya kene ganggu dengan hantu pun .” Lalu ditepis tangan suaminya

 “ Tak semestinya bila kene ganggu hantu je baru boleh baca .” Encik Zakri mengusik isterinya. Surah Al-Baqarah adalah surah yang paling digemari oleh Encik Zakri , sehinggakan dia hampir menghafal separuh dari keseluruhan surah itu , kerana terdapat banyak fadhilat dari surah itu. Abu Mas’ud r.a berkata bahawa Nabi Muhammas s.a.w bersabda ;

“Barangsiapa membaca dua ayat dari surah Al-Baqarah , maka cukuplah baginya (dari  hal-hal yang membencikan . Dan menurut sebahagian pendapat sama dengan bersembahyang malam)”
                                                                             (Riwayat Bukhari & Muslim)

Puan Azizah kelihatan sedikit marah.

“ Ayang jangan marah-marah nanti muka jadi macam Squidward , pipi menggelebeh , dahi berkedut . Nak? ” Ait bile masa pulak Encik Zakri tahu pasal Squidward ni ? Mesti pengaruh si Uwais ni , mana taknya hampir seluruh barang si anak terunanya di bilik bergambar watak-watak kartun di dalam cerita Spongebob .

“ Ish abang ni , malam karang ada yang tidur dekat luar karang.”

“Ala-ala abang gurau je ayang , tak akan ambik serius kut. Nak joke sikit dengan isteri sendiri pun tak boleh ke .”

“ Dah pergi mandi badan bau busuk , lepas mandi turun kita minum petang sama-sama.”

“ Ok .” Lalu di kucup pipi isterinya sebelum melangkah ke bilik mandi.

******************************************************************************************

Uwais melihat jam di skrin laptopnya , waktu sudah menunjukkan angka 8 AM. Uwais tidak sabar untuk menunggu tibanya hari esok. Dalam  tenggelam melayan perasaan Uwais tersedar bahawa dia belum mengingatkan Balqis tentang hari yang dinanti-nantikan esok. Lalu di capai telefon bimbitnya dan mencari nama Balqis , setelah berjaya mencari lalu uwais menekan skrin yang berwarna hijau.

Tidak sampai seminit …

 “ Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam.”

“ Qis jangan lupa esok I ambil you pukul 11 pagi tau .” Suara Uwais kelihatan teruja sekali.

“You ni nak bawa I pergi mana ?” Balqis berasa tidak selesa dengan panggilan Uwais .

“Adalah . You pakai cantik-cantik tau.”

“I tak tahu lagi la esok I boleh pergi ke tidak.” Balqis seakan-akan cuba mencari seribu alasan.

“ Kenapa you ada hal dengan family you ke?”

“ Emm… aaa… ye ye ada hal dengan family I.” 

“ Kalau macam itu pukul berapa you free?” Uwais masih mencuba dan tidak berputus asa . Baginya ini la masa yang sesuai.

‘ Tak apa la qis esok kau jumpa dia kau terus terang dengan dia. Nak tunggu minggu depan lambat sangat , lagi pun kau kena jelaskan dekat dia supaya dia tidak mengharap apa-apa dari kau lagi .’

“ Hemmm ok , esok you ambik I pukul 12 tengahari.” 

“ Ok.” Uwais kelihatan sangat gembira .

Selepas tamat perbualan Uwais bersama Balqis Uwais membuka facebook , tidak lama kemudian satu message dari Aiman.

Nick_Aiman : hoi3…

SaifullahUwais : hoi3 back…

Nick_Aiman : Apa cerita bro? 
                           Esok jom lepak ?


SaifullahUwais : Cerita ? Hahahah…
Ade la sikit .
Esok sorry la bro aku ada hal Negara.

Nick_Aiman : Hal Negara ?
 Gempak sial…
Negara apa?
Ce cite , ce cite

SaifullahUwais : Esok aku nak bawak qis jumpa parents aku…

Nick_Aiman : Kau biar betul???

SaifullahUwais : Betul la tak akan aku main-main pulak.

Nick_Aiman : Wei …  mmmm … macam  mana aku nak cakap ni ye …

SaifullahUwais : Cakap je la apa pasal tiba-tiba tak boleh nak bercakap pulak , dah bisu???

Nick_Aiman : Aku rasa balqis tu tak anggap kau lebih dari kawan la… 

Uwais agak terkejut dengan kenyataan dari teman baiknya.

SaifullahUwais : Apa yang kau merepek pula malam-malam ni ???

Nick_Aiman : Firstly aku nak minta maaf kat kau awal-awal , tapi aku tak rasa yang dia ada feeling kat kau . Cuba kau ingat balik dia pernah cakapkan yang dia anggap kita semua ni kawan , tak lebih dari itu . 

SaifullahUwais : ???

Nick_Aiman : Masa tukan qaisarah ada tanya ‘korang ni ada apa-apa ke ?’ tapi qis just jawab ‘ semua lelaki yang ada depan aku ni boyfriend aku.’ Lepas tu ingat tak kita ada pergi PD dgn syafiq , saiful , qaisarah , mat tempang , daffa , syuhada and syima . Kan masa game true or dare ingat tak soalan yang mat tempang tanya??? 

Uwais hanya membeku.

Nick_Aiman : Kan tempang tanya ‘ boyfriend duduk mana .‘ Qis jawab jb kan . Kau duduk jb ke??? Tak kan??? And aku tengok qis tu dah banyak kali bagi hint dekat kau , cuma kau je yang tak faham .

SaifullahUwais : Ala kau ni dia cakp kat jb supaya orang tak dapat teka siapa lelaki tu. Ala perempuan macam qis itu kan pemalu. Kau ni cuba fikir positive sikit…

Nick_Aiman : Aku cuma cakap je kalau kau tak dapat terima , aku tak boleh nak nak cakap apa . Aku cuma tak nak nanti kau merana pula.

saifullahUwais : Insyaallah tak ada apa-apa la . Ok la aku out dulu nak tidur esok aku nak kena bangun awal…

Nick_Aiman : Ok . Assalamualaikum…

SaifullahUwais : Waalaikumussalam…

Selesai solat isyak uwais merebahkan badannya keatas katil 
.
Disaat Uwais cuba melelapkan matanya , kata-kata teman baiknya berlegar-legar didalam kepalanya. 

‘Aish tak mungkin la , aku pasti qis juga ada perasaan yang sama macam aku. Dah-dah mata tidur cepat .’

No comments:

Post a Comment