Monday 30 September 2013

Jatuh Cinta BAB 2 [ PART 4 ]






BAB 2
[ PART 4 ]

‘Belajar dari kesalahan membuatkan kamu menjadi dewasa dan belajar dari pengalaman orang lain membuatkan kamu menjadi bijaksana .’

Selesai sahaja membersihkan diri terus Dyaz melaksanakan seruan ilahi . Setelah memberi salam pintu biliknya diketuk lalu pintu itu terkuak .

“ Baru habis solat . Lepas ini turun makan malam sekali . Papa tunggu dekat bawah dah .” Dyaz menganggukkan kepalanya .

Selepas berdoa Dyaz melipat telekungnya . Dibetulkan rambutnya yang sedikit berserabai itu . Lalu kakinya melangkah keluar dari bilik . Sampai sahaja di meja makan dia terus mengambil tempat duduknya . Pinggan di hulur oleh Puan Sumayyah kepada Dyaz . Tangannya menyenduk nasi lalu diletak ke dalam pinggannya . Di ambil pula seketul ayam masak merah , telur jepun goreng dan sayur asparagus sedikit . Hanya bunyi television sahaja yang kedengaran .

Tidak lama kemudian ...

“ Minggu depan hari ahad papa ada buat kenduri aqiqah untuk Hafiz . Jadi jangan balik rumah sewa kamu hari ahad tu . Balik hari isnin .” 

“ Dyaz ada hal hari ahad .” Jawab Dyaz tanpa melihat papanya .

“ Hal apa ?”

“ Dyaz ada pergi holiday dengan kawan hari ahad sampai selasa .” Jawab Dyaz selamba . Dia tahu pasti papanya akan mengamuk sakan .

“ Dyaz tak ada bincang dengan papa pun Dyaz nak pergi bercuti .” Encik Syafii cuba mengawal kemarahannya .

“ Lupa .” 

“ Cancel kan holiday itu . Lagipun bukan hal penting pun . Nak pergi holiday bila-bila masa boleh pergi .”

“ Tak boleh , dah booking bilik dah .” Kali ini memang sahaja Dyaz mencabar kemarahan papanya .

“ Apa yang penting sangat dengan holiday tu . Cuba cakap dengan papa ! Holiday tu bila-bila masa boleh pergi . Ini kenduri untuk adik kamu juga , bukan adik orang lain !” Kali ini Kesabaran Encik Syafii memang tidak dapat dikawal lagi.

“ Adik tiri . Dyaz hanya ada seorang sahaja adik , dan nama adik Dyaz bukan Muhammad Hafiz tetapi Ghaffar Jahran .” 

Berubah sedikit muka Puan Sumayyah . Hatinya sedikit sedih dengan percakapan anak tirinya itu .

Prannkkk!!!

Encik Syafii menghentak tangannya ke meja makan lalu terpelanting sudu-susu yang berada di atas meja itu .

“ DYAZ!!! Siapa ajar kamu biadap macam ini ?! Minta maaf dengan Ummi sekarang !” Kemarahan papanya sudah sampai ke kemuncak .

“ Kenapa pula nak kena minta maaf ? Apa yang Dyaz dah buat dengan isteri muda papa ? Puan Sumayyah saya ada pukul puan ke ? Ke saya ada tengking puan ? Kenapa Suami puan suruh saya minta maaf dengan puannya ? Apa salah saya ?” Hafiz yang berada di dalam kereta sorongnya itu menangis apabila papanya meninggikan suara . Terkejut gamaknya .

Dyaz mengangkat pinggannya lalu di bawa ke dapur untuk di basuh .

Encik Syafii bergerak ke arah Dyaz . Lalu di tarik tangan anak sulungnya itu dan di heret ke isterinya . 

“ Minta maaf sekarang . Minta maaf cepat !” Dyaz yang terduduk setelah di heret ke ibu tirinya cuba bangun . Di pandang wajah ibu tirinya dengan muka yang amat marah sekali . Muka Dyaz sudah bertukar merah . Kebencian sudah membara di hati Dyaz . Di angkat kakinya untuk beredar dari situ . Belum sampai selangkah , baru sahaja di pusingkan badannya lengannya di sentap sekali lagi . 

“ Nak pergi mana ?! Papa cakap minta maaf dengan ummi sekarang !”

“ Dyaz tak buat salah kenapa nak kena minta maaf pula ! Lagi satu perempuan ni bukan mama Dyaz . Mama Dyaz dah lama mati !”

Pang!!!

Satu tamparan hinggap di kepala Dyaz . Terduduk Dyaz apabila ditampar .

“ Abang dah , dah tu bang !” Tahan Puan Sumayyah sambil mendukung anaknya Hafiz yang lagi kuat menangis itu .

“ Dyaz dah bangun masuk bilik sekarang . Bangun cepat .” Di bantu anak tirinya itu untuk berdiri .

“ Jangan sentuh . Jangan sentuh !!!” Terkedu Puan Sumayyah apabila Dyaz menengkingnya . Tidak pernah anak tirinya meninggikan suara dengannya walaupun sedikit . Dia tahu anak tirinya tidak menyukai nya tetapi tidak pernah anak tirinya itu meninggikan suara .
Dyaz berlari naik ke biliknya . 

Bang!!!

Pintu biliknya di hempas. 

Di labuhkan punggungnya ke atas katil . Setitik demi setitik air matanya gugur . Tidak lama kemudian dia menyarung tudung dan mengemas barang yang dibawa tadi . Kunci motor yang diletak di atas meja belajar di ambil . Pintu bilik di buka dengan kasar sekali . Kakinya menapak keluar dari rumah itu .

“ Dyaz nak pergi mana tu . Dah malam ni , bahaya .” Puan Sumayyah sedikit risau akan anak tirinya yang ingin beredar keluar itu . 

Dyaz tidak mengendahkan ibu tirinya itu .

Ibu tirinya berlari ke biliknya 

“ Bang Dyaz , dia nak pergi mana tu . Dah malam ni bang . Pergi la pujuk dia bang .” Rayu puan Sumayyah .

Encik Syafii hanya membatukan dirinya sahaja .

******************************************************************************************

Mana dorang ni kata lepas isya’ Ni dah pukul Sembilan tak sampai-sampai lagi.

Tidak lama kemudian bahunya di tepuk dari belakang .

“ Sorry  we late .” Iman dan Aiman tersengih bagaikan kerang busuk .

“ Ajak orang bukan main lagi . Tengok-tengok aku yang sampai dulu .” Marah Uwais .

“ Sorry la , ni ha Aiman lama sangat bermake up .” 

“ Eh aku pula .”

“ Mana yang lain ?” Tanya Uwais.

“ Jap lagi la tu . Cuba bawa bersabar sikit .” Ujar Aiman .

“ Yang kau macam stress semacam je apa cita ?” Tanya Iman melihat muka Uwais ketat semacam .

“ Tak ada mood la .” 

“ Ait kau perempuan ke ada musim salji , musim panas , and musim luruh ? Aku ingat perempuan je yang ada musim-musim itu .” Di beri satu jelingan maut kepada Iman .

Ketika Iman dan Aiman membuat pesanan tiba la dua makhluk tuhan yang tak seberapa nak seksi itu .

“ Sorry . Tadi aku tolong mak aku .” Ujar mat tempang .

“ Ha yang kau pula apa alasan lambat ?” Tanya  Uwais kepada Apek .

“ Aku sakit perut lepas itu aku pergi ambik si mat ni . Tu yang lambat .”

“ Sorang bermake up sorang sakit perut sorang tolong emak . Macam-macam korang ni .”
“ Chill la . Hah! Asal kau tak datang runion ari tu ?”

“ Sibuk sikit la .” Ye ke sibuk bukan nak lari dari jumpa Balqis ke ? Uwais-Uwais.

“ Kau tahu Balqis nak bertunang bulan depan .” Aish ni aku malas ni , kan si Apek ni dah buka cita pasal Balqis . Tak apa buat cool Uwais , cool . Wat lek sudah.

“ Tahu .”

“ Ait macam mana kau tahu ?” Tanya Mat pelik .

“ Aku bagi tahu .” Jawan Iman mencelah . Eceh penyelamat keadaan . 

Iman dan Aiman saling berpandangan . Dah macam orang bercinta pula . Eiii gay . Hahahaha.

Malam itu bermacam-macam cerita mereka sembangkan . Dah lama tak jumpa tu yang jadi banyak benda nak bercakap . 

*****************************************************************************************

Sampai sahaja dirumah sewanya itu Dyaz terus melabuhkan punggungnya di sofa. Telefon dikeluar lalu nama Adira dicari .

“ Dira .” Suara Dyaz begitu lemah sekali.

“ Ha kau dah kenapa ?”
 
“ Kau tidur rumah aku malam ni boleh tak ? Temankan aku .”

“ Ait bila masa kau jadi penakut ?” Tanya Dira pelik .

“ Boleh ke tak ? Kalau tak boleh tak apa la . Ok  bey , assalamualaikum .” 

Tudung expres di buka lalu di campak ke lantai . Dyaz menyandarkan badannya . Matanya makin layu akhirnya Dyaz tertidur di sofa .

********************************************************************************

‘ Sedih dengan sikap mama dan papanya . Tak serasi . Hah , tak serasi boleh pula kahwin . Tak serasi boleh pula dapat dua ekor anak . Huh lawak betul dorang ni . Nak bagi alasan langsung tak logik . Ingat aku budak-budak lagi ke .’ Hari ini sudah sudah masuk seminggu sejak mama dan papanya bercerai . Marah Dyaz semakin membara . Tidak dapat dia dan adiknya menerima keadaan yang papa dan mamanya bercerai . Dan lagi membuat Dyaz sakit hati , tidak lama lagi adiknya akan mengikuti mamanya . Dyaz tahu adiknya sangat marah tetapi tidak ditunjuk . Semuanya dipendam didalam hatinya . Sejak mama dan papanya memberitahu hendak bercerai adiknya tidak melepaskan amarahnya terhadap papa dan mamanya seperti Dyaz , malah di simpan dalam-dalam di hatinya itu . Dan semalam buat kali pertamanya Dyaz ternampak adiknya menangis di dalam biliknya . Ketika itu Dyaz mahu mengajak adiknya menemanya keluar .

Di lihat sekeliling bilik adiknya yang baru di masuk . Kelibat adiknya dicari .

‘ Tak ada . Pergi mana pula budak ini . Orang nak bincang dengan dia , boleh pula dia keluar .’ 

Telefon bimbitnya di keluarkan dari poket seluar .

“ Kau dekat mana ?”
 
“ Dekat luar kenapa ?”

“ Balik aku ada benda nak bincang dengan kau .”

“ Malam nanti la . Sekarang tak ada mood nak bincang-bincang .”

“ Kau dekat mana ? Biar aku pergi sana .”

“ Tempat biasa la .”

“ Ok , sekejap lagi aku sampai .”

Dyaz terus bersiap-siap untuk pergi berjumpa dengan adiknya .

Sampai sahaja di gerai buger kawan adiknya itu . Di ambil tempat duduk di hadapan adiknya .

“ Kenapa cari aku ?”

“ Bagi la aku oder dulu .” 

“ Kau nak air apa ?” 

“ Teh ais kurang manis .”

“ Syafiq teh ais kuarang manis satu !” Jerit Gaffar kepada kawannya itu .

Selepas itu masing-masing menyepi . Tidak lama kemudin air yang di pesan tiba .Dyaz menyedut sedikit air teh ais itu.
 
“ Kau nak ikut siapa ?” Tanya Dyaz selepas ditelan air yang di sedut tadi .

“ Kau ?” Tanya Gaffar balik .

“ Tah la . Aku tak tahu , dah la tahun ini aku SPM . Kalau aku ada duit dah lama aku duduk sendiri je .” 

Gaffar hanya membisu . Kepalanya sudah sarat dengan pelbagai masalah .

“ Macam ini kita ikut sahaja cakap dorang . Kau duduk dengan mama , aku dengan papa . Lepas sahaja habis SPM . Aku buka bisnes online . Aku ada duit sikit kita cari rumah yang murah untuk sementara. Spm lagi sebulan je .” Dyaz memberi cadangan .

“ Kau nak buka bisnes online apa ? Lagi pun kau mana cukup umur nak buat pinjaman untuk buat modal .”

“ Aku nak buka bisnes online jual tudung . Tudung tu aku ambik dari ibu Syaza . Ibu Syaz tak ada buat pun lagi jualan secara online tudung dia tu . Jadi aku cadang aku nak buat jualan secara online tudung-tudung dia . Maknanya tudung yang di jual secara online aku yang handel . Dan modal untuk beli tu tak perlu la . Sebab aku hanya perlu ambik gambar tudung tu  dan paparkan ke internet seperti blog dan facebook . Orang oder baru aku pergi ambik dekat butik . Macam mana ?” Terang Dyaz kepada adiknya .

“ Mmm . Tapi kalau ibu Syaza tak nak macam mana ?” Tanya Gaffar ragu-ragu.

“ Jangan risau aku akan yakinkan ibu dia . Kau doakan semuanya berjalan lancar.”

“ Aku harap planning ini menjadi . Aku tak suka duduk berasingan dengan kau . Kau janji dengan aku , kau akan ambik aku dan kita duduk sama-sama.” 

Dyaz mengangguk kan kepalanya . Sememangnya Dyaz dan Gaffar sangat rapat . Mereka jarang berpisah , kalau berpisahpun hanya disebabkan pergi kem sekolah . Kemana-mana mesti mereka akan lakukan bersama .

Hari saling berganti hari , di rasa begitu cepat masa berlalu . Masa begitu pantas bergerak . SPM lagi seminggu . Dyaz begitu bersungguh-sungguh belajar . Tidak lupa juga dengan janji dia dan adiknya itu . 

Sedang asyik dia mentelaah , tiba-tiba satu panggilan masuk ke telefonnya .

Tanpa melihat siapa memanggil itu , dia mengakat . Tangan kanannya masih ralit menekan kakulator .

“ Assalamualaikum . Siapa ni ?”

“ Dyaz cepat siap . Sekejap lagi papa sampai kita terus pergi .” 

“ Pergi mana ?” Pen yang di pegang untung menulis jawapan yang tetera di kakulator yang di tekan tadi itu di letak .

“ Siap sekarang papa dah nak sampai.” Talian di matikan . Suara papanya sungguh cemas .

Sepuluh minit kemudian bunyi hon kedengaran di luar rumahnya . Dengan pantas Dyaz mengunci pintu rumah .

Apabila masuk sahaja ke dalam kereta bermaca-macam soalan di tanya kepada papanya .

“ Kita nak pergi mana ? Kenapa kelang-kabut ni ?” Soalan Dyaz tidak di jawab.

Dua puluh minit kemudian tempat yang dibawa oleh papanya itu tiba juga .

“ Kenapa pergi hospital ?” Tanya Dyaz pelik .

“ Cepat keluar .” Dyaz keluar dari kereta dan mengikut papanya .

Dyaz tidak sedap hati . 

“ Kenapa kita datang sini ?” Sekali lagi soalan yang sama ditanya kepada papanya . 

Ting !!!

Pintu lif terbuka.

Papanya berlari-lari anak keluar dari lif . Dyaz terpaksa mempercepatkan langkahnya . Di lihat mamanya berdiri tidak jauh dari tampatnya keluar dari lif .

“ Macam mana ?”

“ Masih dekat dalam lagi .” Dyaz pelik kenapa mamanya ada di sini dan lagi membuatkan dirinya pelik kenapa mamanya menangis ?

“ Papa kenapa ni ?”

“ Adik , adik , kemalangan .” Dyaz rasa bagai satu batu menghempap dirinya .
Di pandang mamanya . Kepala mamanya berdarah begitu juga dengan tangannya . Baju mamanya tidak terurus ,ada sedikit terkoyak di bahagian lengan .

“ Macam mana boleh ...”

“ Mama yang cuai , mama yang cuai . Mama salah tak drive hati-hati  , mama yang salah  , mama yang salah .” Kali ini mamanya menangis lagi kuat. 

Tiba-tiba sampai seorang lelaki datang ke arah mamanya . Lalu mamanya memeluk lelaki itu . Lelaki yang di peluk itu adalah suami baru dikahwin mamanya dua hari lepas.

Dyaz bagaikan membeku . 

‘ Adik , adik .... kau kena kuat . Jangan tinggalkan aku sorang . Aku tak ada siapa-siapa lagi , aku ada kau sahaja . Ya Allah panjangkan umur adik aku , beri lah dia peluang untuk terus hidup di atas muka bumi Mu ini . Ya Allah , bantu la hamba mu ini .’  Dyaz berdoa didalam hati .

No comments:

Post a Comment