Hidayah
duduk termenung di buaian yang dibuat oleh arwah ayahnya. Kepalanya memikirkan
kenangan bersama arwah ayah, sungguh indah sekali. Senyum terukir di bibir
bersama lindangan air mata. Arwah ayahnya amat menyayangi dirinya, sehinggakan
apa yang diinginkan pasti dituruti dengan apa cara sekali pun. Dia sangat kesal
dengan dirinya, kerana tidak pernah menghargai masa sebaik mungkin yang diberi
oleh sang pencipta bersama arwah ayahnya. Dia juga menyesal kerana terlampau
mengikutkan hawa nafsu sehingga mengorbankan nyawa ayahnya sendiri. Jika boleh
diputarkan masa, dia berjanji akan lebih menghargai dan lebih menyayangi
ayahnya. Tetapi itu semua sudah terlambat, masa tidak boleh diputar dan dia
perlu menerima segalanya dengan hati yang terbuka. Masa lalu itu akan dijadikan
pengajaran buat dirinya.
*****
Siti
Nur Hidayah Bt. Mohammad Firdaus nama diberi oleh kedua ibu dan ayahnya. Anak
tunggal Encik Firdaus dan juga Puan Hikmatul. Hidayah mempunyai seorang ayah
yang amat penyayang. Bagi Encik Firdaus, Hidayah adalah segala-gala buatnya.
Segala kemahuan anaknya pasti dituruti. Puan Hikmatul selalu berpesan kepada
suaminya agar tidak terlalu mengikuti kehendak Hidayah, ianya membuatkan anak
tunggalnya itu tidak pandai berdikari dan terlalu manja.
Kringgg....
Loceng
sekolah berbunyi, ia menunjukkan waktu persekolahan sudah pun berakhir. Hidayah
dan teman rapatnya Kira dan Syafatin bagai lipas kudung mengemas alat tulis dan
buku-buku yang bersepah di atas meja yang berwarna peach itu. Bukan
mereka sahaja berkelakuan seperti itu, malah hampir satu kelas turut
berkelakuan yang sama. Di mata mereka sudah terbayang pintu pagar sekolah yang
sudah siap terbentang luas untuk mereka melangkah keluar dari kawasan sekolah.
Selesai mengemas, mereka bertiga berjalan keluar dari kelas tingkatan dua Arif.
Terpancar riak wajah yang gembira dimuka setiap pelajar, kerana sudah
bermulanya cuti sekolah. Hari yang amat dinanti-nantikan oleh setiap pelajar,
terutama pelajar berbangsa Cina yang akan menyambut hari perayaan Tahun Baharu
Cina.
“Wei
korang esok jom pergi tengok wayang,” tanya Syafatin kepada dua sahabatnya itu.
“Ok,
set! Pukul berapa?” tanya Kira.
“Kita
keluar pukul sepuluh pagi,” balas Syafatin
“Ermmm...
Ok.”
“Kau
tak nak ikut kita orang ke?” tanya Syafatin.
“Mestilah
nak,” jawab Hidayah.
*****
Hidayah
yang baru selesai melaksakan solat maghrib duduk di kerusi meja belajarnya.
Kepalanya ligat berfikir cara untuk dia keluar bersama teman-temannya pada esok
hari. Kalau ditanya ibu, mesti jawapannya ‘tidak’ sama sekali. Duit poketnya
pula sudah kehabisan, kepalanya pusing memikirkan bagaimana cara dia ingin
memperoleh duit dan minta kebenaran keluar dari orang tuanya itu. Dalam dia
ralit memikirkan cara menyelesaikan masalah pintu biliknya diketuk.
Tuk,
tuk, tuk...
Pintu
bilik dibuka dari luar. Orang yang mengetuk pintu biliknya adalah Encik Firdaus,
ayahnya.
“Buat
apa tu? Kerja sekolah dah siap?” tanya ayahnya lalu diduduk di sisi katil
bujang anak perempuannya.
“Baru
lepas solat, kejap lagi baru Dayah buat,” jawab Dayah dengan raut wajah yang sarat
memikirkan sesuatu.
“Kenapa
muka tu berkerut je?” tanya Encik Firdaus.
‘Nak
tanya ke tak nak ye, nanti kalau ibu tahu mesti marah punya,’
bisik Dayah dalam hati.
“Ermmm...
Dayah... Dayah... nak keluar esok dengan Fatin dan Kira esok boleh tak?” tanya
Dayah seakan berbisik, takut di dengari ibunya.
“Nak
keluar pergi mana?” tanya Encik Firdaus kepada anak tunggalnya itu.
“Nak
keluar tengok wayang.”
“Pergi
la.”
“Tapi...
Dayah tak ada duit,” jawab Dayah takut-takut.
“Minggu
lepaskan ayah baru bagi duit,” berkerut dahi Encik Firdaus. Minggu lepas baru
dia memberi duit kepada anaknya. Bukan dia tidak boleh beri duit kepada anaknya
tetapi semenjak dua menjak ini perniagaan dia tidak berapa baik.
Dayah
menundukkan kepalanya.
“Tak
apalah, tak jadi pergi la esok,” suara Dayah kedengaran sayu.
Tidak
sanggup pula melihat anaknya bersedih. Di keluarkan beg duit di poket
belakangnya. Beg duit berwarna hijau daun dibuka, hanya ada sekeping not lima
puluh ringgit, duit itu untuk di guna mengisi minyak kereta esok. Tanpa
berfikir panjang dihulur not lima puluh ringgit itu kepada anaknya. Tidak
sampai hati melihat anaknya bermuka muram.
“Nah,
ambil duit ini,” duit lima puluh ringgit yang dibawa keluar oleh Encik Firdaus
tadi sudah bertukar tangan.
Dayah
mula mengukir senyuman di wajahnya.
“Terima
kasih ayah.”
“Mmm,
dah pergi siapkan kerja sekolah, jangan nak pening-pening fikir lagi.” Encik
Firdaus mengangkat punggungnya dan melangkah keluar dari bilik anaknya. Sebelum
itu sempat dicium kepala anak kesayangannya itu. Sungguh dalamnya kasih sayang
seorang ayah terhadap anaknya.
*****
Ting!
Pintu
lif terbuka, lalu Fatin, Kira dan Dayah melangkah masuk. Lif bergerak laju naik
ke tingkat tiga.
Ting!
Sekali
lagi lif itu berbunyi serta pintunya terbuka. Laju kaki mereka melangkah keluar
dan menuju ke kaunter untuk membeli tiket.
“Nak
tengok cerita apa ni?” tanya Kira.
“The
conjuring!” jawab Fatin dan Dayah serentak.
“Ok,
sebelum tu keluarkan duit siap-siap bagi dekat aku, karang senang nak bayar,” masing-masing
sibuk keluarkan duit yang berjumlah dua belas ringgit lalu diberi ke Kira.
“Aku
pergi beli tiket jap.”
Dayah
dan fatin duduk di kerusi kayu yang berada di tepi dinding sementara menunggu
Kira membeli tiket. Fatin mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya.
“Wei,
tada!” tunjuk Fatin kepada Dayah.
“Wah!
I-Pad! Bila masa kau beli?” tanya Dayah.
“Semalam
ayah aku baru beli untuk aku,” balas Fatin bangga.
“
Bestnya, aku dari dulu nak sangat I-Pad tau, alih-alih kau yang dapat
dulu,” sememangnya sudah lama Dayah menyimpan hasrat untuk memiliki I-Pad.
Dayah Kelihatan cemburu dengan apa yang Fatin miliki itu.
“Ala
kau mintalah ayah kau apa susah. Kau kan anak bapak. Apa yang kau nak mesti
ayah kau bagi,” terdiam seketika Hidayah memikirkan apa yang dikatakan oleh
teman baiknya itu. “Ha ah kan kenapa aku tak terfikir dari dulu lagi.”
*****
Jam
menunjukkan pukul satu pagi. Dayah masih tidak berganjak dari sofa, matanya
masih melekat di television. Kalau ikutkan hati mahu sahaja Dayah masuk ke
bilik dan tidur, tetapi apabila mengenangkan inilah masa yang sesuai untuk
bercakap secara bersendirian tanpa adanya kewujudan ibunya, digagahkan juga
matanya menahan kantuk. Tidak lama kemudian, dia terdengar bunyi kereta
memasuki perkarangan rumahnya.
‘Yes!
ayah dah balik!’ terukir senyuman di wajah Dayah.
Pintu
rumahnya dibuka dari luar, Dayah berpura-pura khusyuk menonton television.
Setelah mengunci pintu Encik Firdaus melangkah ke sofa lalu dilabuhkan
punggungnya.
“Tak
tidur lagi, kenapa? Dah lewat ni,” tanya Encik Firdaus lalu diusap kepala anak
bongsunya.
“Tak
mengantuk lagi,” balas Dayah.
Suasana
menjadi sepi, hanya television yang bersuara, tidak lama kemudian, “Ayah mmm...
boleh...mmm...boleh tak ayah belikan Dayah I-Pad?”
“I-Pad?
Dayah nak buat apa? Laptop kan ada.”
“Ala
laptop tu lain, I-Pad tu lain. Kawan Dayah dah ada I-Pad, Dayah yang dari dulu
nak tak dapat alih-alih dia pula yang dapat dulu,” mulut anak bongsunya sudah
kelihatan muncung.
“Siapa
kawan Dayah itu?” tanya Encik Firdaus.
“Fatin,”
balas Dayah, di dalam hatinya berdoa agar hajatnya akan termakbul.
“I-Pad
tu lebih kurang macam laptop juga, buat apa nak membazir beli I-Pad,” tutur
Encik Firdaus lembut.
“Lainlah
ayah, I-Pad tu mudah nak bawak ke mana-mana beza dengan laptop. Lagi pun zaman
dah canggihlah ayah.” Hidayah masih berkeras mahukan I-Pad yang di idamkan dari
dulu itu.
“Guna jelah apa yang ada dulu ye, sekarang ni ayah
tengah tak ada duit.” Encik Firdaus cuba memujuk anaknya itu, sememangnya dia
tidak mempunyai duit. Di dalam beg duitnya sekarang hanya mempunyai lima ratus
ringgit sahaja, itu pun untuk membeli barang berniaganya esok.
Muka
Dayah sudah mencuka. Lalu kakinya terus diangkat dan melangkah masuk
kebiliknya. Pintu biliknya di hempas tanda protes.
*****
“Dayah
mana, kenapa tak makan sekali?” tanya Encik Firdaus.
“Tah
la katanya kenyang lagi,” balas Puan Hikmatul yang menyenduk nasi kepinggan
suaminya, dia tahu anaknya merajuk dengan suaminya tetapi tidak tahu pula apa
punca anaknya merajuk dengan suaminya, malas dia ingin mengambil tahu, tidak
lama lagi baik la itu.
Sudah
tiga hari anaknya tidak makan bersama dengannya, hanya memerap di biliknya
sahaja, pintu bilik dikunci pula. Rindu sungguh dia dengan anak bongsunya.
“Abang lepas solat zohor kita pergi hospitalnya.”
“Buat
apa? Abang sakit sikit je,” sudah tiga hari Encik Firdaus tidak pergi bekerja,
perniagaannya diserahkan kepada pembantunya, ini kerana kaki Encik Firdaus terhempap
khemah ketika mengemas gerainya.
“Sakit
sikit sampai tak boleh tidur malam? Apa yang nak ditakutkan bang pergi hospital
itu. Nanti lepas zohor kita pergi,” pujuk Puan Hikmatul.
“Abang
nak pergi kedai lepas ni, dah lama tinggalkan dekat Hisyam kesian pula dia kena
uruskan semuanya sedangkan perniagaan tu abang yang punya. Nak cuti nanti gaji
tak ada pula,” balas Encik Firdaus.
“Abang
hari ini usah la pergi dulu kaki abang tu tak baik lagi, macam mana nak drive.”
“Ish
awak ni, bukan teruk sangat kaki abang ni, berjalan boleh lagi nak memandu apa
tah lagi bolehnya. Dah lepas ni tolong sapukan minyak angin dekat kaki abang.”
“Abang....”
“Dah
dah makan cepat.”
*****
“Tengok
cerita apa tu?” tanya Encik Firdaus yang baru lepas melaksanakan solat isya’
duduk di sebelah anak bongsunya.
Dibiarkan
sahaja soalan ayahnya tanpa dijawab. Merajuk tak habis lagi la tu.
“Dayah nak bila?” tanya Encik Firdaus.
Dayah
mengalih pandangannya yang tadinya melekat di television ke Encik Firdaus, kening
kanannya terangkat sedikit keatas.
“Ayah
betul ke nak belikan?” tanya Dayah meminta kepastian.
Encik
Firdaus menganggukkan kepalanya.
“Esok
boleh tak?” senyuman sudah terukir indah di wajah anak kesayangannya.
“Cepatnya,
ok la esok kita pergi belinya,” balas Encik Firdaus sambil di cubit pipi anaknya,
terasa sedikit lega hatinya apabila melihat anaknya tersenyum.
“Terima
kasih ayah. Sayang ayah,” lalu di peluk ayahnya seerat-eratnya.
“Nanti
belajar rajin-rajin tahu.”
“Yes
bos!”
*****
Jam
menunjukkan pukul sepuluh pagi, baju untuk keluar membeli gajet sudah digosok.
Lantas kakinya melangkah ke dapur untuk mengisi perut.
“Ayah kita nak pergi pukul berapa?” tanya
Dayah yang baru melangkah masuk ke dapur.
“Pergi
mana?” tanya Puan Hikmatul.
“Pergi
Selayang Mall,” balas Dayah. Encik Firdaus yang sedang menikmati sarapan
bersama isterinya senang hati melihat anaknya gembira.
“Nak
buat apa pergi sana? Kaki ayah dah membekak tu, ibu nak bawa ayah pergi
hospital kejap lagi,” kelihatan tegang suara Puan Hikmatul, marah gamaknya
dengan sikap anaknya yang tidak mengambil berat tentang kaki ayahnya yang sudah
sedikit membengkak itu.
Hidayah
memandang ayahnya meminta penjelasan.
“Tak
payah la matul, kan abang dah cakap lagi dua tiga hari nanti baik la.”
“Abang
kaki abang tu matul tengok lagi teruk, mari la kita pergi hospital. Nak ‘bershoping’
pun tunggu la kaki tu sihat, jangan ikutkan sangat kehendak budak bertuah ini,”
jeling Puan Hikmatul kepada anak daranya.
“Ayah...”
“Ye
ye dah cepat makan, lepas makan kita pergi.”
“Abang
dengar la cakap matul kita pergi hospital ye. Dayah nak pergi Selayang Mall
biar Matul yang bawa.”
“Ok
macam ini lepas abang pergi Selayang Mall dengan Dayah, balik je kita terus
pergi hospitalnya. Abang pergi sekejap sahaja, lepas beli abang terus balik.”
“Abang
nak beli apa sebenarnya? Sampai tolak ke tepi pasal kesihatan abang.”
“Adalah...”
“Dayah
apa yang kamu nak beli? Pergi dengan ibu je kaki ayah sakit tu,” berang pula
Puan Hikmatul melihat sikap anaknya, ini lah terlampau di manjakan. Sudah kerap
kali dipesan kepada suaminya, jangan diikutkan sangat kehendak anaknya itu.
“Tak
mahu, nak pergi dengan ayah juga lagi pun duit pada ayah.” Dayah berkeras mahu
pergi bersama ayahnya. Dia yakin jika ibunya tahu yang dia ingin membeli I-Pad
pasti ibunya membangkang.
“Abang
bagi duit pada saya, biar saya pergi dengan Dayah.”
“Ayah...”
“Dah
jom kita pergi sekarang nanti balik ayah nak pergi hospital dengan ibu kamu,” dengan
payah Encik Firdaus mengangkat punggungnya untuk berlalu keluar, Encik Firdaus
sudah fikir masak-masak akan membelikan anaknya I-Pad, kalau diikutkan
sememangnya dia tidak mempunyai wang, tetapi apabila teringat akan duit
simpanannya yang hanya akan digunakan apabila waktu kecemasan, terus sahaja
dikeluarkan duit itu separuh untuk membelikan I-Pad untuk anak kesayangannya.
*****
I-Pad
yang baru di beli itu tadi dipeluk kemas.
“Ayah
terima kasih,” lalu kakinya melangkah ke tangga bergerak bersama ayahnya.
“Sama-sama,
ingat belajar rajin-rajin.”
“Dayah
janji akan belajar rajin-raj....” ayat Hidayah termati di situ apabila
terdengar suara perempuan menjerit, “Tolong! Beg saya...”
Seorang
lelaki berpakaian biru tua dengan memakai topi, meragut beg seorang wanita muda
yang berada di tangga bergerak yang sama landasan dengan mereka, lelaki itu
merempuh orang yang berada di hadapannya tidak terkecuali Hidayah dan ayahnya
yang berada di tangga bergerak itu sehinggalah
peragut itu menolak ayahnya yang tidak sempat untuk mengelak sehinggakan Encik
Firdaus hilang keseimbangan lalu menggelongsor jatuh ke bawah. Betapa
terkejutnya Hidayah melihat ayahnya berguling jatuh dari tangga bergerak,
begitu pantas ianya terjadi.
“Ayah!” orang ramai mula mengelilingi Encik
Firdaus yang sudah terbaring di lantai. Hidayah berlari mendapatkan ayahnya.
“Ayah,
ayah... Ayah bangun,” di tepuk-tepuk pipi ayahnya, Hidayah mula panik.
“Ayah...
ayah... bangun dengar tak suara Dayah. Bangun Ayah...” matanya mula berkaca.
“Tolong,
tolong ayah saya!” Hidayah meminta bantuan orang sekeliling yang mengerumi
ayahnya.
Dipangku
kepala ayahnya ke riba. Dia merasa sedikit basah di belakang kepala ayahnya,
lalu di kalih tanganya dari memegang kepala ayahnya itu.
Darah!
Mengeletar Hidayah melihat darah yang mengalir dari kepala ayahnya.
*****
“Dayah
masuk dah nak masuk maghrib ni,” jerit Puan Hikmatul di jendela.
Dayah
tersentak dengan suara ibunya, diseka air matanya yang mengalir di pipinya.
Tergelam sebentar dia dengan kenangan yang tidak akan dilupakan buat
selama-lamanya. Selepas kejadian tersebut dia tidak pernah lagi menaiki tangga
bergerak, yang membawa dia ke hari yang paling digerunni, ayahnya mengalami
kecerderaan kepala yang teruk akibat hentakkan yang kuat di bucu tangga
bergerak yang gerigi itu sehinggakan membawa maut.
Kini
dia tidak lagi mempunyai seorang ayah yang penyayang dan mengambil berat
tentangnya lagi. Baru sekarang dia tahu ayahnya adalah insan yang penting dalam
hidupnya.
‘Ayah
Dayah minta maaf, Dayah tak pernah menghargai ayah. Dayah tahu Dayah anak yang
teruk , Dayah menyesal. Kalau kita tak pergi beli....’
Air matanya mengalir deras, ‘Dayah janji Dayah akan jadi anak yang baik dan
mendengar kata. Maafkan segala kesalahan Dayah ayah. Ayah adalah seorang ayah yang
paling sempurna buat Dayah. Dayah sayang ayah!’
-TAMAT-
* Cerpen ini telah dihasilkan tahun lepas, tetapi masih mempunyai kekurangan dan tidak mempunyai keyakinan untuk 'mengpost' kerana ini adalah cerpen pertama yang dibuat oleh saya. Beberapa hari ini saya membuka kembali fail cerpen ini dan membaikinya. Dengan sedikit keyakinan yang ada dalam diri saya berbanding dengan sebelum ini saya tekat untuk 'mengpost'. Jadi sekiranya mempunyai kesalahan didalam cerpen ini tegur lah saya. Sekian... ^_^ V
* Cerpen ini telah dihasilkan tahun lepas, tetapi masih mempunyai kekurangan dan tidak mempunyai keyakinan untuk 'mengpost' kerana ini adalah cerpen pertama yang dibuat oleh saya. Beberapa hari ini saya membuka kembali fail cerpen ini dan membaikinya. Dengan sedikit keyakinan yang ada dalam diri saya berbanding dengan sebelum ini saya tekat untuk 'mengpost'. Jadi sekiranya mempunyai kesalahan didalam cerpen ini tegur lah saya. Sekian... ^_^ V