Saturday 16 August 2014

Anugerah Bab 1



BAB 1
Permulaan anugerah
2008
Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba, kunjungan sepupuku Noor sekeluarga bertandang ke rumah aku. Aku Salina sememangnya amat rapat sekali dengan Noor, mungkin jarak umur kami  yang hanya setahun membuatkan hubungan sepupu itu lebih akrab. Dan yang tua itu semestinya lah Noor. Hahaha… Jangan marah nya Noor.
“Wei Noor jom makan, mak aku masak sedap-sedap hari ni tau. Khas untuk kau,” ujar ku. Panggilan aku dan kau sudah sebati dibibir walaupun Noor tua setahun dari aku, tiada bahasa kakak di hadapan. Bagi kami… ala setahun je tak payah nak berkakak-kakak sangat lah.
“Ni yang best ni, patut la perut aku ni dekat rumah tak mahu makan rupa-rupanya perut ni nak di isi dengan makanan dekat sini,” walaupun umur Noor baru mejangau ke angka empat belas dia petah berkata-kata. Itu lah Noor.
Kaki aku membawa Noor ke meja makan yang sudah terhidang dengan belbagai jenis aneka makanan yang di sediakan oleh ibu. Pak long dan ayah rancak berbual di ruang tamu, isu yang di sembang semestinya bisnes. Sememangnya ayah dan abang iparnya meminati akan bidang bisnes, kadang kala aku pernah terfikir kenapa pak long dan ayah tidak mahu membuka bisnes. Tidak perlu makan gaji dengan orang, tidak perlu rasa stress apabila ditekan oleh orang atas. Tapi masa itu aku baru berumur tiga belas tahun yang tidak tahu menahu akan selok-belok bisnes dan jatuh naik bisnes, sememangnya bukan senang untuk membuka satu perniagaan. Malah untuk membuka perniagaan pisang goreng pun bukan semudah yang difikirkan. Pusingan modal perlu betul jika tidak, tak sampai tiga bulan tutup lah gerai.
“Ini macam mana masuk sekolah menengah? Best?” soal mak long yang sedang menuang air sirap selasih yang masih sejuk itu ke dalam gelas.
“Boleh, la. Macam biasa je cuma subjek tu je rasa janggal sikit. Ye lah dulu tak ada pun subjek geografi, sejarah, kemahiran hidup,” balas aku.
Selesai makan aku dan Noor masuk ke bilik untuk bergosip. Sebenarnya tak ada lah gossip mana pun. Cuma bercerita tentang benda ‘itu’ je. Oh, aku lupa nak cerita pasal benda ‘itu’. Mesti korang tertanya-tanya bende ‘itu’ tu apa kan. Ok macam ini, Noor ni ada satu kelebihan untuk melihat benda yang hanya orang tertentu sahaja yang boleh nampak. Korang rasa-rasa apa dia? Mesti dah tahu kan. Hantu. Bukan boleh nampak sahaja malah dia boleh merasa, berinteraksi dan mengubat. Tapi bab mengubat itu dia kurang sikit. Kurang kenapa? Itu jangan tanya, aku sendri pun tak berapa faham sebenarnya dan yang paling tepat malas nak ambil port. Sebab masalah benda-benda halus ni complicated sikit.
Setiap kali kita orang berjumpa mesti soalan yang aku tanya adalah ‘dekat sini ada tak?’. Soalan itu dah klise didengar oleh sepasang telinga capang Noor.
“Dekat sini ada tak?” soal ku sambil anak mata memilau melihat keadaan sekeliling ruang bilik aku yang tidak berapa besar itu.
“Ada, tu dekat hujung katil,” balas Noor sambil menunjuk ke arah bucu katil sebelah kiri yang rapat dengan dinding dengan jari hantu nya.
Meremang bula roma, mata aku melihat kearah yang di tunjuk oleh Noor. Tak nampak apa-apa pun. Kadang-kadang terdetik hati untuk memiliki kelebihan seperti Noor. Rasa bangga menerpa ke hati seketika apabila membayangkan diri dapat melihat makhluk halus atau bahasa kasarnya hantu. Tapi tidak sampai seminit angan-angan itu mati apabila memikirkan wajah yang buruk akan ditatap oleh sepasanga mata ini. Terus perasaan bangga bertuka rasa bersyukur kerana Tuhan tidak memberi keistimewaan itu.
“Aku nak bagi tahu kau satu benda ni,” raut wajah Noor kelihatan serius.
Serba sedikit perasaan gemuruh tiba-tiba hinggap ke hati. Jarang sekali Noor dalam keadaan serius
“Pe dia?” jawab ku tenang.
“Tak lama lagi kau pun dapat macam aku,” tutur Noor seakan-akan berbisik. Tidak mahu orang lain dengar, benda ini memang berat nak diterima tapi masanya sudah tiba. Nak tak nak kena terima dan hadapi juga.
Aku yang mendengar tergamam.
Glup!
“Haha…haha…” ketawa ku menjadi tersangkut-sangkut. Takut? Gembira? Belbagai persoalan dibenak fikiran aku. Sejujurnya otak aku jadi hang dan blank bila butir-butir yang keluar dari bibir sepupuku menerjah masuk ke dalam telinga ku lalu sampai ke otak dan memproseskanya.
“Kau ni kalau nak bergurau sekali pun tak payah lah melibatkan hal-hal macam ini. Dah lah jom pergi kedai kita beli ais kream, tekak aku rasa nak makan ais kream pula,” sebenarnya aku masih terkejut dengan apa yang dikata oleh Noor, kalau ikut kan nak bangun pun tak mampu rasa kejang satu badan.
“Aku tak bergurau aku serius. Lagi pun kau selalu mengadu dekat aku yang kau macam nampak kelibat-kelibat kan? Sebenarnya itu tanda-tanda dia,” jelas Noor, dia melihat air muka aku sedikit ketakutan. Sememangnya sebelum ini nak kata kerap tak juga, tapi ada lah sesekali aku memang nampak kelibat-kelibat tu.
“Tapi kenapa kau bagi tahu aku sekarang? Bukan sebelum ni masa aku bagi tahu kau?”
“Aku takut kau jadi takut dengan kelibat atau bayang-bayang tu. Lagi pun aku tak berapa pasti sangat masa itu. Jadi aku ambil keputusan untuk tengok dulu benda tu apa sebenarnya. Tapi dari mula lagi aku dah dapat rasa yang kau akan dapat. Tapi perasaan tu tak kuat sangat, sebab aku dulu masa nak dapat bukan macam itu.  Rupa-rupanya itu adalah first hint tuk kau dapat benda tu semua.
“Ish kau ni mengarut je. Tu mungkin firasat kau je, lagi pun aku tak nak benda-benda ni. Aku bukan kuat macam kau, aku seorang penakut. Dah lah jom kita pergi kedai aku nak ais kream,” Salina cuba untuk tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh sepupunya.
“Terpulang pada kau sama ada kau nak percaya atau tidak. Tapi aku betul-betul serius dalam bab-bab macam ni. Aku berani buka mulut sekarang ni pun sebab aku rasa dah sampai masa nya untuk kau tahu. Soal kau takut tu, itu mula-mula je. Nanti bila kau dah biasa nampak kau tak akan rasa perasaan takut tu lagi bila kau berdepan dengan ‘bende’ tu,”
Dup dap dup dap…
Jantung bergerak laju, peluh-peluh sejuk mula membasahi dahi licin Salina.
‘Gila! Aku tak bersedia lagi lah, aku takut dengan benda-benda halus ni. Tapi… betul kea pa yang Noor cakap? Noor tak pernah tipu dalam hal-hal macam ini. Kalau betul apa yang aku patut buat?’ bisik hati kecil Salina.
*****
Aku menghempas badan di atas katil di tingkat bawah. Katil aku yang sebenar adalah di atas, akan tetapi kakak aku Melur berada diasrama jadi katilnya menjadi katil aku untuk sementara dia tiada dirumah. Senan untuk bangun ke tandas tengah malam tidak perlu untuk memijak tangga untuk turun kebawah.
Kedua-dua belah tangan diletak kebelakang kepala, secara automatik kata-kata Noor bermain di kotak minda. Hati mula risau dengan kata-kata Noor. Hatinya mula ingin percaya dengan kata-kata Noor. Tapi…
Krikkk…
Tiba-tiba katil yang didiami oleh aku bergoyang.
“Gempa bumi ke?” soal aku sendiri, lalu aku bangun dari pembaringan.
TIdak pula rasa lantai rumah bergoyang.
‘Ish perasaan aku je kut,’ aku kembali baring.
Dikerling jam loceng di atas meja belajar, sepuluh setengah malam. Baik aku tidur, esok lambat pula bangun nak solat subuh. Lalu mata ditutup rapat.
TIdak sampai lima minit…
Krikkk…Krikkk…
Katil bergoyang lagi! Malah lagi kuat dari tadi. Hati mula tidak tentu arah, nak bangun tengok siapa diatas katil, tidak pula aku berani. Nak bangun lari? Kaki rasa macam tak ada kekuatan, nak bangun pun rasa tak larat dah ni.
‘Bertenang Salina, bertenang. Sekarang kau tutup mata rapat-rapat dan cuba tidur. Buat tak tahu dengan katil bergoyang tu, anggap kau tidur dekat dalam buaiyan baby. Dan jangan lupa zikir,’ hati kecil aku mula menenang kan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment