BAB
3
-PART
2-
Uwais
yang
berpakaian kemas sudah bersiap untuk pergi ke pejabat. Kakinya melangkah turun
satu persatu anak tangga dan menuju ke dapur. Bau aroma nasi lemak yang dimasak
ibunya sudah dapat dicium dari mulanya kakinya melangkah turun dari anak
tangga.
“Sedapnya
bau, nasi lemaknya ibu?” tanya Uwais yang baru sahaja menjejak masuk ke perkarangan
dapur. Lalu dirapatkan dirinya dengan ibu ke sayanggannya dan dicium pipi
ibunya. Sudah menjadi kebiasaan Uwais apabila bangun pagi mencium ibunya, ia mengeratkan
lagi hubungan ibu dengan anak.
“Ye,
ayah kamu semalam teringin nak makan nasi lemak, itu yang ibu masak pagi ini.”
Uwais
hanya menganggukkan kepalanya. Pinggan diambil, sesenduk nasi lemak diletak ke
dalam pingganya. Sambal ikan bilis dan telur rebus diletak di hujung
pinggannya. Baru sahaja Uwais ingin menyuap nasi lemak dia teringat akan
sesuatu.
Tangan tidak dibasuh lagi!
Diangkat punggungnya lalu pergi ke singki
untuk mencuci tangan. Sudah menjadi kebiasaan bagi Uwais menggunakan tangan,
walaupun bihun atau mee dia tetap menggunakan tangannya. Baginya lebih sedap sesuatu
makanan itu apabila tangan yang menyuap ke mulut daripada sudu dan garfu.
“Macam
mana sedap?” tanya Puan Azizah apabila melihat suapan pertama anaknya itu.
Dengan
mulut yang penuh dengan nasi lemak, Uwais menjawab, “Terbaik dari ladang!”
sambil riaksi muka yang menunjukkan betapa sedapnya masakan Puan Azizah.
“Habiskan
makanan dalam mulut tu dulu baru jawab,” terhibur hati Puan Azizah melihat
telatah anak bongsunya itu.
“Adik
jangan lupa ahad ni mak su ada buat kenduri aqiqah untuk Hafiz, jangan tak
datang tau. Kecik hati mak su nanti.” Puan Azizah mengingatkan anaknya tentang
kenduri yang akan adiknya adakan.
“Insyaallah
datang, mak su punya pasal on time adik datang.” Uwais adalah anak buah yang
paling di sayanggi oleh Puan Sumayyah. Masih segar di ingatan Uwais ketika
berumur lima tahun dahulu, dia amat suka bertandang ke rumah Puan Sumayyah,
tapi bersebab. Datang hanya ingin makan kek yang dibuat oleh mak cik kesayangannya
itu. Sememangnya Puan Sumayyah amat mahir dalam bidang membuat pastry.
Sehinggakan Uwais dapat membezakan kek yang dibuat oleh ibunya dengan mak cik
saudaranya. Disebabkan itu juga la setiap hujung minggu, pasti Puan Sumayyah
akan datang ke rumah kakaknya untuk menghantar kek kepada anak buahnya itu.
Ianya sudah menjadi satu aktiviti bagi Puan Sumayyah setiap hujung minggu. Cuma
apabila dia sudah berkahwin, sudah jarang dia menjalankan rutin mingguannya
itu. Apabila ada masa lapang barulah dia membuat kek dan menghantarnya.
“Petang
nanti along balik, kamu jangan nak bergaduh pulak dengan si Wan itu.”
“Ala
bukannya orang yang mulakan dulu dia yang cari gaduh dulu,” ngadu Uwais kepada
ibunya. Sememangnya dia tidak ‘ngam’ dengan anak buahnya itu. Kalau
berjumpa memang ada je benda yang nak digaduhkan. Bergaduh pula dengan budak
umur lima tahun, memang tak cerdik sungguh si Uwais ni ish ish ish.
“Kamu
tu yang mulakan dulu, suka sangat sakat budak tu. Elok-elok budak tu duduk diam
baca buku kamu pergi kacau dia buat apa. Satu lagi jangan panggil Wan ‘nert’
panggil nama betul-betul nanti lagi budak tu mengamuk,” marah Puan Azizah,
geram melihat perangai anaknya yang suka menyakat cucunya. Depan mata Puan
Azizah anak bongsunya mengusik cucunya. Sedang elok cucunya membaca buku ada ke
dicucuk-cucuk pinggang budak kecil itu. Mahu tak mengamuk budak itu. Bila dah
nampak budak tu marah lagi ditambahnya api dengan menggelarkan anak buahnya itu
sendiri ‘nert’ hanya kerana cucunya itu amat gemar akan buku. Apa lagi
berapi-rapi la cucunya.
“Orang
sahaja je nak bergurau dengan dia, tapi dia tu ambik serius sangat. Asyik
dengan buku cerita dia je, adik ajak main game pun tak mahu. Nak je adik ambik
buku tu, adik bakar.”
“Ha!
Kamu jangan nak buat hal pergi rampas buku budak tu nak bakar, nanti kamu yang ibu bakar,” geleng kepala Puan Azizah dengan
sikap anaknya.
“Insyaallah
adik tak kacau Wan, nanti adik duduk jauh-jauh dari cucu kesayangan ibu tu.
Tapi adik tak janji tau. Hehehe.” Ya Allah Uwais memang dah hobi agaknya.
Dia
sendiri tidak tahu mengapa dia amat gemar mengusik anak buahnya, dan lagi
membuat dia rasa bertambah-tambah-tambah gemar apabila melihat anak buahnya
marah dan menangis, nampak lagi comel. Ya Allah Uwais berani la kau buat, nanti
mahu satu budak kecik pun tak sukakan kau.
*****
Tuk,
tuk, tuk...
Pintu
bilik pejabatnya diketuk. Dengan berdidindingkan cermin membolehkan Dyaz
melihat apa sahaja yang berlaku di luar. Dan orang yang mengetuk pintu bilik
pejabatnya adalah Kak Mila. Kak mila adalah pembantu Dyaz apabila dia tiada di
butik. Kak Mila banyak membantu sepanjang Dyaz menjadi pelajar. Sekarang tugas Dyaz
dahulu telahpun di ambilnya kembali setelah berjaya menamatkan pelajaran beberapa
bulan yang lepas.
Dyaz
menyunjuk isyarat tangan yang menandakan masuk.
“Ini
senarai stok tudung, akak rasa kita dah boleh tambah kuantiti tudung,” teruja
sungguh Kak mila memberi tahu bosnya itu.
“Ye ke? Alhamdulillah,” jawabnya sambil
membuka fail dengan rakus sekali.
Setelah
meneliti fail yang diberi oleh pekerjanya itu, tidak putus-putus Dyaz mengucap
alhamdulilah dalam hatinya.
“Terima
kasih kak Mila, terima kasih banyak-banyak. Akak banyak bantu saya.”
“Ish
kamu ni akak tolong sikit-sikit je. Ini semua atas usaha kamu sendiri, promosi
sana-sini. Akak hanya jalankan tugas akak je, tapi akak perasan orang sekarang
ni lebih suka bershopping di internet je. Beli online.” Kak Mila adalah
pekerja yang dihantar oleh Puan Syima iaitu Ibu Syaza ke butiknya.
Sebelum
ini Kak Mila berkerja di butik Puan Syima. Satu hari Dyaz mengatakan hasratnya
ingin membuka jualan tudung yang diambil dari butik Puan Syima secara online.
Pada mulanya ibu kawannya itu sedikit ragu dengan hasrat yang dikemukakan oleh
Dyaz, namun selepas Dyaz menyakinkan ibu temannya itu, Puan Syima menyejutui
dan dia memberi cadangan untuk membuka butik di cawangan Kepong. Rancangan asal
Dyaz hanya ingin mengadakan jualan secara online, setelah berbincang dengan
lebih mendalam dengan ibu temannya itu akhirnya Dyaz terima cadangan itu.
Sebaik
sahaja butik dibuka, Puan Syima menghantar seorang pekerja yang di percayai
kepada Dyaz iaitu Kak Mila. Dari situ lah mulanya Dyaz mengenali Kak Mila.
Turun naik perniagaannya dia harungi bersama Kak Mila. Bukan mudah bagi seorang
perempuan yang berumur lapan belas tahun menggendali perniagaan tanpa sokongan
dan dorongan dari ahli keluarganya.
*****
“Assalamualaikum....”
“Waalaikumussalam,
oh kau long aku ingatkan kau tak jadi datang.” Uwais yang leka menonton
television menjawab salam abang sulungnya.
“Tadi
balik kerja singgah rumah dulu, tu yang lambat datang sini,” balas Saiful abang
kepada Uwais.
Saiful
yang baru melangkah masuk ke dalam rumah bersama isteri dan anaknya mencari
kelibat ibunya.
“Mana
ibu?” Tanya Saiful.
“Dekat
dalam bilik tengah mengaji kut,” balas Uwais. Lalu terus kaki abangnya menapak naik
ke bilik ibunya.
Izzati
isteri abangnya yang sedang mendukung Syifa’ melabuhkan punggungnya ke sofa, penat
gamaknya mendukung anak bongsunya. Wan anak sulungnya mengambil tempat di
sebelah mummynya.
“Kina
tak balik ke?” tanya izzati kepada adik iparnya.
“Tak
pasti la, esok kut kalau dia balik,” balas Uwais.
“Tak
nak salam pak su ke?” tanya Uwais sambil digoyang-goyangkan tangan kanannya,
nak cari gaduh la tu.
“Abang
pergi salam pak su,” arah mummynya. Nak tak nak si kecil itu dengan muncung
sedepa menyalam pak sunya.
Tangan
si kecil itu tidak dilepas, malah disuakan pula pipinya ke anak buahnya
menunjukkan supaya si kecil itu mencium pipinya.
“No,
we not love each other,” jawab si kecil itu sambil cuba melepaskan tangannya
yang digenggam oleh Uwais.
“Wow,
who said?” Uwais masih tidak melepaskan genggaman tersebut.
“Me,
we alway....”
“Wan
mummy pesan apa?” tegur Puan Izzati apabila mendengar anaknya bertutur dalam Bahasa Inggeris. Bukan dia tidak suka akan anaknya
bertutur bahasa itu, malah dia amat bangga dengan seusia lima tahun anak
lelakinya itu sudah fasih dengan bahasa tersebut yang menjadi bahasa terpenting
pada zaman sekarang. Puan Izzati mula risau apabila dia mula perasan akan ‘slanga’
Bahasa Malayu anaknya sudah tidak lancar. Daripada situlah mulanya dia
mengenakan peraturan baru itu.
“Opps...”
lantas tangan kecil itu menekup bibir yang kemerah-merahan itu, sambung Wan “Maaf
mummy, Wan upa,” dengan pelat si kecil itu menjawab apabila teringat akan peraturan
yang baru mummynya tetapkan.
“Pak
su epas la angan ita.”
“Kiss
dulu, baru pak su lepas,” gatal sungguh Uwais ni, budak tu baru sahaja sampai
tak sampai sepuluh minit lagi dah disakat.
“Ita
ukan gepren pak su uwat pe ita nak kiss,” tergeliat-geliat lidah si kecil itu
bertutur dalam Bahasa Melayu dengan bahasa pelatnya. Terselah kecomelan si
kecik itu.
Tak
nak kiss aku ye tak apa biar aku kiss kau ye budak kecik , ego punya budak!
Dengan
sepantas kilat dicium pipi montel anak buahnya.
“Eee... Nape kiss ita, ita tak cuke...”
tangannya memegang pipi yang dicium oleh Uwais.
Sob,
sob, sob...
Tiga,
dua, satu...
Hua!!!
“Adik!!!”
jerit Puan Azizah yang baru turun bersama anak sulungnya.
Uwais
menayangkan giginya.
*****
Dyaz
yang sedang lena tidur berbuaikan mimpi yang indah terjaga. Dikerling jam kecil
di sisi katilnya yang dibeli di Ikea, menunjukkan angka lima.
Baru
pukul lima pagi, lambat lagi nak subuh. Dipejam kembali matanya, tiga minit
kemudian matanya dibuka semula.
‘Kenapa
mata ni segar pula pagi-pagi buta. Tak pernah di buat bangun seawal ini,’
bisik hati Dyaz.
Dyaz
berguling-guling di atas katil. Tiba-tiba dia teringat akan satu tugasan yang
masih terbengkalai.
Baju!
Baju tidak kemas lagi. Lantas dia bangun dan menuju ke almari baju. Beg kecil
dikeluarkan dari sisi almari lalu diisikan dengan pakaiaannya. Hari ini dia
akan balik ke rumah papanya. Selesai berkemas Dyaz segera ke toilet untuk
mengambil wudhu untuk mengerjakan solat sunat. Bukan senang dapat buat solat
sunat di waktu sebegini, waktu yang umat manusia sedang enak di buai
mimpi-mimpi yang indah.
*****
“Nak
Dyaz tolong?” Dyaz yang baru sahaja melangkah masuk ke dapur melihat ibu
tirinya sibuk mengayak tepung.
“Dyaz,
terkejut ummi. Tak apa ummi boleh buat,” jawab Puan Sumayyah dengan
menghadiahkan senyuman kepada anak tirinya. Puan Sumayyah amat gembira apabila
melihat Dyaz pulang ke rumah. Dan dia bertambah gembira apabila melihat anak
tirinya itu cuba bertegur sapa dengannya malah memanggilnya dengan panggilan
ummi, sejuk hatinya apabila anak tirinya sudi memanggilnya dengan gelaran
tersebut, walaupun dia sendiri tidak pasti apa yang membuatkan anak tirinya
berubah.
“Ummi
nak buat apa?” Dyaz melabuhkan punggungnya di kerusi meja makan yang berhadapan
dengan umminya.
“Ummi
nak buat dessert sikit.”
“Kenapa
tak tempah je?”
“Ummi
lagi suka buat sendiri, lagi pun tak ada apa yang ummi buat untuk kenduri esok.
Semua makanan ummi tempah.”
“Meh Dyaz tolong. Ummi nak buat dessert
apa?” tepung yang sedang diayak oleh Puan Sumayyah bertukar tangan.
“
Ummi nak buat kek coklat, kek cheese, paflova dengan tiramisu.”
“Banyaknya.”
“Ummi
dah lama tak buat dessert mesti Uwais rindu nak makan. Kalau Dyaz tak
larat tak apa ummi boleh buat sorang, ummi dah biasa. Dulu tiap-tiap hari ummi
buat dessert, tapi itu sebelum kahwin.”
Uwais?
Siapa pula makhluk punya nama tu? Tak pernah dengar pun nama itu.
“Tiap-tiap hari? Ummi kerje dekat kedai kek
ke?” tanya Dyaz pelik. Sahaja dia memanjangkan perbualannya dengan ibu tirinya
itu, baginya ini lah masa yang sesuai untuk mendekatkan diri dengan ibu tirinya
itu. Masa lampau sudah dia lupakan, sekarang dia perlu pandang kehadapan dan
mula mencipta dunia yang baru yang diisi dengan ummi dan adiknya Hafiz.
“Tak
la ummi dulu kerja kerani. Orang ada tempah ummi buat la, Uwais pula setiap
hujung minggu selalu datang rumah ummi semata-mata nak makan dessert yang ummi
buat.”
“Ibu
dia tak tahu buat ke?”
“Tahu
tapi katanya tak sama rasanya.”
“Eii
macam mengada-ngada je.”
“Hahaha...
Uwais tu manja tau dengan ummi, dulu masa dia kecik-kecik selalu dia tidur
dengan ummi.”
Siapa
Uwais ni, siap tidur dengan ummi lagi manja gila. Berdasarkan nama rasanya,
jantinanya lelaki, tapi tak akan semanja itu.
“Tapi
itu dulu, masa zaman dia kecik-kecik umur empat, lima tahun macam itu.”
*****
Akhirnya
hari yang sepatutnya dijadikan hari untuk dia beristirehat di gantikan dengan majlis
kenduri. Orang ramai mula memenuhi khemah untuk menjamu selera. Mana tidaknya sudah
masa untuk makan tengahari.
“Wei!
Jom la teman kita orang pergi ambil makan.” Syaza yang malu-malu kucing meminta
bantuan daripada Dyaz untuk menemaninya mengambil makanan untuk mengisi perutnya
yang sudah mendendangkan beberapa buah lagu.
“A’ah
teman la kita orang ambil makanan. Ramai la orang malu,” kini Adira pula
bersuara.
“Jom
aku pun nak makan, dari pagi tadi aku tak isi perut aku ni,” mereka bertiga
berlalu ke khemah untuk mengambil makanan.
“Dah?”
tanya Dyaz yang sedang memegang semangkuk bihun sup.
“Dah.”
Adira bersura.
“Kita
makan dekat dalam rumah je la.” Dyaz agak rimas dengan keadaan yang semakin
sesak itu.
“Ok!”
jawab Sayaza dan Adira serentak.
Serentak
tiga pasang kaki melangkah meninggalkan khemah. Dyaz berjalan dengan penuh berhati-hati,
kerana kuah bihun supnya di isi penuh. Syaza dan Adira sudah bergerak laju ke
hadapan, tinggallah dia keseorangan di belakang dengan jalan terkedek-kedek
sambil memegang semangkuk bihun sup yang agak sarat dengan daging dan tulang,
dah sebijik macam penguin. Dengan orang yang ramai lagi menyukar Dyaz
bergerak dengan pantas.
“
Wei! Korang tunggu la aku!” jerit Dyaz. Sebaik sahaja kaki kanannya ingin
melangkah keluar dari khemah yang penuh sesak itu, tiba-tiba...
Kedebuk!
Tertiarap
Dyaz dengan menghadiah satu kucupan romantik ke atas jalan tar.
‘Siapa
yang pijak kain aku!!!’ dada Dyaz mula berombak ganas.
No comments:
Post a Comment