Friday 8 November 2013

Jatuh Cinta BAB 3 [PART 2]



BAB 3
-PART 2-
Uwais yang berpakaian kemas sudah bersiap untuk pergi ke pejabat. Kakinya melangkah turun satu persatu anak tangga dan menuju ke dapur. Bau aroma nasi lemak yang dimasak ibunya sudah dapat dicium dari mulanya kakinya melangkah turun dari anak tangga.

“Sedapnya bau, nasi lemaknya ibu?” tanya Uwais yang baru sahaja menjejak masuk ke perkarangan dapur. Lalu dirapatkan dirinya dengan ibu ke sayanggannya dan dicium pipi ibunya. Sudah menjadi kebiasaan Uwais apabila bangun pagi mencium ibunya, ia mengeratkan lagi hubungan ibu dengan anak.

“Ye, ayah kamu semalam teringin nak makan nasi lemak, itu yang ibu masak pagi ini.” 

Uwais hanya menganggukkan kepalanya. Pinggan diambil, sesenduk nasi lemak diletak ke dalam pingganya. Sambal ikan bilis dan telur rebus diletak di hujung pinggannya. Baru sahaja Uwais ingin menyuap nasi lemak dia teringat akan sesuatu.

 Tangan tidak dibasuh lagi!

 Diangkat punggungnya lalu pergi ke singki untuk mencuci tangan. Sudah menjadi kebiasaan bagi Uwais menggunakan tangan, walaupun bihun atau mee dia tetap menggunakan tangannya. Baginya lebih sedap sesuatu makanan itu apabila tangan yang menyuap ke mulut daripada sudu dan garfu.

“Macam mana sedap?” tanya Puan Azizah apabila melihat suapan pertama anaknya itu.

Dengan mulut yang penuh dengan nasi lemak, Uwais menjawab, “Terbaik dari ladang!” sambil riaksi muka yang menunjukkan betapa sedapnya masakan Puan Azizah.

“Habiskan makanan dalam mulut tu dulu baru jawab,” terhibur hati Puan Azizah melihat telatah anak bongsunya itu.

“Adik jangan lupa ahad ni mak su ada buat kenduri aqiqah untuk Hafiz, jangan tak datang tau. Kecik hati mak su nanti.” Puan Azizah mengingatkan anaknya tentang kenduri yang akan adiknya adakan. 

“Insyaallah datang, mak su punya pasal on time adik datang.” Uwais adalah anak buah yang paling di sayanggi oleh Puan Sumayyah. Masih segar di ingatan Uwais ketika berumur lima tahun dahulu, dia amat suka bertandang ke rumah Puan Sumayyah, tapi bersebab. Datang hanya ingin makan kek yang dibuat oleh mak cik kesayangannya itu. Sememangnya Puan Sumayyah amat mahir dalam bidang membuat pastry. Sehinggakan Uwais dapat membezakan kek yang dibuat oleh ibunya dengan mak cik saudaranya. Disebabkan itu juga la setiap hujung minggu, pasti Puan Sumayyah akan datang ke rumah kakaknya untuk menghantar kek kepada anak buahnya itu. Ianya sudah menjadi satu aktiviti bagi Puan Sumayyah setiap hujung minggu. Cuma apabila dia sudah berkahwin, sudah jarang dia menjalankan rutin mingguannya itu. Apabila ada masa lapang barulah dia membuat kek dan menghantarnya.

“Petang nanti along balik, kamu jangan nak bergaduh pulak dengan si Wan itu.”

“Ala bukannya orang yang mulakan dulu dia yang cari gaduh dulu,” ngadu Uwais kepada ibunya. Sememangnya dia tidak ‘ngam’ dengan anak buahnya itu. Kalau berjumpa memang ada je benda yang nak digaduhkan. Bergaduh pula dengan budak umur lima tahun, memang tak cerdik sungguh si Uwais ni ish ish ish.

“Kamu tu yang mulakan dulu, suka sangat sakat budak tu. Elok-elok budak tu duduk diam baca buku kamu pergi kacau dia buat apa. Satu lagi jangan panggil Wan ‘nert’ panggil nama betul-betul nanti lagi budak tu mengamuk,” marah Puan Azizah, geram melihat perangai anaknya yang suka menyakat cucunya. Depan mata Puan Azizah anak bongsunya mengusik cucunya. Sedang elok cucunya membaca buku ada ke dicucuk-cucuk pinggang budak kecil itu. Mahu tak mengamuk budak itu. Bila dah nampak budak tu marah lagi ditambahnya api dengan menggelarkan anak buahnya itu sendiri ‘nert’ hanya kerana cucunya itu amat gemar akan buku. Apa lagi berapi-rapi la cucunya.

“Orang sahaja je nak bergurau dengan dia, tapi dia tu ambik serius sangat. Asyik dengan buku cerita dia je, adik ajak main game pun tak mahu. Nak je adik ambik buku tu, adik bakar.” 

“Ha! Kamu jangan nak buat hal pergi rampas buku budak tu nak bakar, nanti kamu yang  ibu bakar,” geleng kepala Puan Azizah dengan sikap anaknya.

“Insyaallah adik tak kacau Wan, nanti adik duduk jauh-jauh dari cucu kesayangan ibu tu. Tapi adik tak janji tau. Hehehe.” Ya Allah Uwais memang dah hobi agaknya.

Dia sendiri tidak tahu mengapa dia amat gemar mengusik anak buahnya, dan lagi membuat dia rasa bertambah-tambah-tambah gemar apabila melihat anak buahnya marah dan menangis, nampak lagi comel. Ya Allah Uwais berani la kau buat, nanti mahu satu budak kecik pun tak sukakan kau.

*****
Tuk, tuk, tuk...

Pintu bilik pejabatnya diketuk. Dengan berdidindingkan cermin membolehkan Dyaz melihat apa sahaja yang berlaku di luar. Dan orang yang mengetuk pintu bilik pejabatnya adalah Kak Mila. Kak mila adalah pembantu Dyaz apabila dia tiada di butik. Kak Mila banyak membantu sepanjang Dyaz menjadi pelajar. Sekarang tugas Dyaz dahulu telahpun di ambilnya kembali setelah berjaya menamatkan pelajaran beberapa bulan yang lepas.

Dyaz menyunjuk isyarat tangan yang menandakan masuk.

“Ini senarai stok tudung, akak rasa kita dah boleh tambah kuantiti tudung,” teruja sungguh Kak mila memberi tahu bosnya itu.

“Ye ke? Alhamdulillah,” jawabnya sambil membuka fail dengan rakus sekali.    
       
Setelah meneliti fail yang diberi oleh pekerjanya itu, tidak putus-putus Dyaz mengucap alhamdulilah dalam hatinya.

“Terima kasih kak Mila, terima kasih banyak-banyak. Akak banyak bantu saya.”

“Ish kamu ni akak tolong sikit-sikit je. Ini semua atas usaha kamu sendiri, promosi sana-sini. Akak hanya jalankan tugas akak je, tapi akak perasan orang sekarang ni lebih suka bershopping di internet je. Beli online.” Kak Mila adalah pekerja yang dihantar oleh Puan Syima iaitu Ibu Syaza ke butiknya. 

Sebelum ini Kak Mila berkerja di butik Puan Syima. Satu hari Dyaz mengatakan hasratnya ingin membuka jualan tudung yang diambil dari butik Puan Syima secara online. Pada mulanya ibu kawannya itu sedikit ragu dengan hasrat yang dikemukakan oleh Dyaz, namun selepas Dyaz menyakinkan ibu temannya itu, Puan Syima menyejutui dan dia memberi cadangan untuk membuka butik di cawangan Kepong. Rancangan asal Dyaz hanya ingin mengadakan jualan secara online, setelah berbincang dengan lebih mendalam dengan ibu temannya itu akhirnya Dyaz terima cadangan itu. 

Sebaik sahaja butik dibuka, Puan Syima menghantar seorang pekerja yang di percayai kepada Dyaz iaitu Kak Mila. Dari situ lah mulanya Dyaz mengenali Kak Mila. Turun naik perniagaannya dia harungi bersama Kak Mila. Bukan mudah bagi seorang perempuan yang berumur lapan belas tahun menggendali perniagaan tanpa sokongan dan dorongan dari ahli keluarganya. 

*****
“Assalamualaikum....”

“Waalaikumussalam, oh kau long aku ingatkan kau tak jadi datang.” Uwais yang leka menonton television menjawab salam abang sulungnya.

“Tadi balik kerja singgah rumah dulu, tu yang lambat datang sini,” balas Saiful abang kepada Uwais.

Saiful yang baru melangkah masuk ke dalam rumah bersama isteri dan anaknya mencari kelibat ibunya.
“Mana ibu?” Tanya Saiful.

“Dekat dalam bilik tengah mengaji kut,” balas Uwais. Lalu terus kaki abangnya menapak naik ke bilik ibunya.

Izzati isteri abangnya yang sedang mendukung Syifa’ melabuhkan punggungnya ke sofa, penat gamaknya mendukung anak bongsunya. Wan anak sulungnya mengambil tempat di sebelah mummynya. 

“Kina tak balik ke?” tanya izzati kepada adik iparnya.

“Tak pasti la, esok kut kalau dia balik,” balas Uwais.

“Tak nak salam pak su ke?” tanya Uwais sambil digoyang-goyangkan tangan kanannya, nak cari gaduh la tu.

“Abang pergi salam pak su,” arah mummynya. Nak tak nak si kecil itu dengan muncung sedepa menyalam pak sunya.

Tangan si kecil itu tidak dilepas, malah disuakan pula pipinya ke anak buahnya menunjukkan supaya si kecil itu mencium pipinya.

“No, we not love each other,” jawab si kecil itu sambil cuba melepaskan tangannya yang digenggam oleh Uwais.

“Wow, who said?” Uwais masih tidak melepaskan genggaman tersebut.

“Me, we alway....”

“Wan mummy pesan apa?” tegur Puan Izzati apabila mendengar anaknya bertutur dalam  Bahasa Inggeris. Bukan dia tidak suka akan anaknya bertutur bahasa itu, malah dia amat bangga dengan seusia lima tahun anak lelakinya itu sudah fasih dengan bahasa tersebut yang menjadi bahasa terpenting pada zaman sekarang. Puan Izzati mula risau apabila dia mula perasan akan ‘slanga’ Bahasa Malayu anaknya sudah tidak lancar. Daripada situlah mulanya dia mengenakan peraturan baru itu.

“Opps...” lantas tangan kecil itu menekup bibir yang kemerah-merahan itu, sambung Wan “Maaf mummy, Wan upa,” dengan pelat si kecil itu menjawab apabila teringat akan peraturan yang baru mummynya tetapkan.

“Pak su epas la angan ita.”  

“Kiss dulu, baru pak su lepas,” gatal sungguh Uwais ni, budak tu baru sahaja sampai tak sampai sepuluh minit lagi dah disakat.

“Ita ukan gepren pak su uwat pe ita nak kiss,” tergeliat-geliat lidah si kecil itu bertutur dalam Bahasa Melayu dengan bahasa pelatnya. Terselah kecomelan si kecik itu. 

Tak nak kiss aku ye tak apa biar aku kiss kau ye budak kecik , ego punya budak!

Dengan sepantas kilat dicium pipi montel anak buahnya.

 “Eee... Nape kiss ita, ita tak cuke...” tangannya memegang pipi yang dicium oleh Uwais.

Sob, sob, sob...

Tiga, dua, satu...

Hua!!!

“Adik!!!” jerit Puan Azizah yang baru turun bersama anak sulungnya.

Uwais menayangkan giginya.

*****

Dyaz yang sedang lena tidur berbuaikan mimpi yang indah terjaga. Dikerling jam kecil di sisi katilnya yang dibeli di Ikea, menunjukkan angka lima. 

Baru pukul lima pagi, lambat lagi nak subuh. Dipejam kembali matanya, tiga minit kemudian matanya dibuka semula.

‘Kenapa mata ni segar pula pagi-pagi buta. Tak pernah di buat bangun seawal ini,’ bisik hati Dyaz.

Dyaz berguling-guling di atas katil. Tiba-tiba dia teringat akan satu tugasan yang masih terbengkalai.

Baju! Baju tidak kemas lagi. Lantas dia bangun dan menuju ke almari baju. Beg kecil dikeluarkan dari sisi almari lalu diisikan dengan pakaiaannya. Hari ini dia akan balik ke rumah papanya. Selesai berkemas Dyaz segera ke toilet untuk mengambil wudhu untuk mengerjakan solat sunat. Bukan senang dapat buat solat sunat di waktu sebegini, waktu yang umat manusia sedang enak di buai mimpi-mimpi yang indah. 

*****
“Nak Dyaz tolong?” Dyaz yang baru sahaja melangkah masuk ke dapur melihat ibu tirinya sibuk mengayak tepung.

“Dyaz, terkejut ummi. Tak apa ummi boleh buat,” jawab Puan Sumayyah dengan menghadiahkan senyuman kepada anak tirinya. Puan Sumayyah amat gembira apabila melihat Dyaz pulang ke rumah. Dan dia bertambah gembira apabila melihat anak tirinya itu cuba bertegur sapa dengannya malah memanggilnya dengan panggilan ummi, sejuk hatinya apabila anak tirinya sudi memanggilnya dengan gelaran tersebut, walaupun dia sendiri tidak pasti apa yang membuatkan anak tirinya berubah.

“Ummi nak buat apa?” Dyaz melabuhkan punggungnya di kerusi meja makan yang berhadapan dengan umminya.

“Ummi nak buat dessert sikit.”

“Kenapa tak tempah je?”

“Ummi lagi suka buat sendiri, lagi pun tak ada apa yang ummi buat untuk kenduri esok. Semua makanan ummi tempah.” 

 “Meh Dyaz tolong. Ummi nak buat dessert apa?” tepung yang sedang diayak oleh Puan Sumayyah bertukar tangan.

“ Ummi nak buat kek coklat, kek cheese, paflova dengan tiramisu.”

“Banyaknya.”

“Ummi dah lama tak buat dessert mesti Uwais rindu nak makan. Kalau Dyaz tak larat tak apa ummi boleh buat sorang, ummi dah biasa. Dulu tiap-tiap hari ummi buat dessert, tapi itu sebelum kahwin.” 

Uwais? Siapa pula makhluk punya nama tu? Tak pernah dengar pun nama itu.

 “Tiap-tiap hari? Ummi kerje dekat kedai kek ke?” tanya Dyaz pelik. Sahaja dia memanjangkan perbualannya dengan ibu tirinya itu, baginya ini lah masa yang sesuai untuk mendekatkan diri dengan ibu tirinya itu. Masa lampau sudah dia lupakan, sekarang dia perlu pandang kehadapan dan mula mencipta dunia yang baru yang diisi dengan ummi dan adiknya Hafiz.

“Tak la ummi dulu kerja kerani. Orang ada tempah ummi buat la, Uwais pula setiap hujung minggu selalu datang rumah ummi semata-mata nak makan dessert yang ummi buat.”

“Ibu dia tak tahu buat ke?”

“Tahu tapi katanya tak sama rasanya.”

“Eii macam mengada-ngada je.” 

“Hahaha... Uwais tu manja tau dengan ummi, dulu masa dia kecik-kecik selalu dia tidur dengan ummi.”
Siapa Uwais ni, siap tidur dengan ummi lagi manja gila. Berdasarkan nama rasanya, jantinanya lelaki, tapi tak akan semanja itu.

“Tapi itu dulu, masa zaman dia kecik-kecik umur empat, lima tahun macam itu.”

*****
Akhirnya hari yang sepatutnya dijadikan hari untuk dia beristirehat di gantikan dengan majlis kenduri. Orang ramai mula memenuhi khemah untuk menjamu selera. Mana tidaknya sudah masa untuk makan tengahari.

“Wei! Jom la teman kita orang pergi ambil makan.” Syaza yang malu-malu kucing meminta bantuan daripada Dyaz untuk menemaninya mengambil makanan untuk mengisi perutnya yang sudah mendendangkan beberapa buah lagu.

“A’ah teman la kita orang ambil makanan. Ramai la orang malu,” kini Adira pula bersuara.

“Jom aku pun nak makan, dari pagi tadi aku tak isi perut aku ni,” mereka bertiga berlalu ke khemah untuk mengambil makanan.

“Dah?” tanya Dyaz yang sedang memegang semangkuk bihun sup.

“Dah.” Adira bersura.

“Kita makan dekat dalam rumah je la.” Dyaz agak rimas dengan keadaan yang semakin sesak itu.

“Ok!” jawab Sayaza dan Adira serentak.

Serentak tiga pasang kaki melangkah meninggalkan khemah. Dyaz berjalan dengan penuh berhati-hati, kerana kuah bihun supnya di isi penuh. Syaza dan Adira sudah bergerak laju ke hadapan, tinggallah dia keseorangan di belakang dengan jalan terkedek-kedek sambil memegang semangkuk bihun sup yang agak sarat dengan daging dan tulang, dah sebijik macam penguin. Dengan orang yang ramai lagi menyukar Dyaz bergerak dengan pantas.

“ Wei! Korang tunggu la aku!” jerit Dyaz. Sebaik sahaja kaki kanannya ingin melangkah keluar dari khemah yang penuh sesak itu, tiba-tiba...

Kedebuk!

Tertiarap Dyaz dengan menghadiah satu kucupan romantik ke atas jalan tar.

‘Siapa yang pijak kain aku!!!’ dada Dyaz mula berombak ganas.