Monday 6 May 2013

Jatuh Cinta BAB 1 [ PART 1 ]


BAB 1
-PART1-

Pagi yang sangat mendamaikan bagi uwais. Jam menunjuk kan pukul 6.30 pagi solat subuh sudah dilaksanakan , kebiasaannya selepas selesai melaksanakan solat subuh pasti dia akan melelapkan matanya semula tetapi hari ini sangat berlainan sekali matanya tidak mahu tertutup pula . 

Uwais berjalan ke koridor dengan hanya memakai baju tidur yang berwarna kuning . Uwais kelihatan comel apabila bajunya itu bergambar  spongebob squarepants iaitu kartun kegemarannya. Uwais mengeliat sambil menghirup udara segar. Setelah puas mata nya di cuci dengan keindahan alam semula jadi lalu kakinya mula bergerak menuju keluar dari bilik dan menuju ke dapur.
Di lihat sekujur tubuh tua sedang sibuk membancuh air. “ Ibu.” Sergah uwais. “ Ya Allah uwais ni kalau ibu ada sakit jantung dah lama ibu mengeras tahu tak.” Marah puan azizah sambil mengurut dada. Uwais hanya tersenyum. “ Ala ibu senaman pagi untuk jantung.” Balas uwais dengan nada gurauan.

“ Awal adik bangun , mimpi apa bangun awal-awal ni?” Walaupun umur uwais sudah menjangkau ke dua puluh lima tahun panggilan adik masih melekat pada diri nya , bak kata orang umur bukan penghalang bagi segala-galanya. 

Uwais anak ke tiga dari tiga orang adik beradik , senang cerita uwais ni anak bongsu la. Uwais mempunyai seorang kakak yang berumur tiga puluh enam tahun dan seorang abang yang berumur tiga puluh tiga tahun , jarak kakak dan abangnya hanya lah tiga tahun sahaja dan selepas lapan tahun kelahiran abang nya barulah muncul hero kedua keluarga encik zakri dan puan azizah iaitu ‘ Muhammad saifullah uwais b. Muhammad saifuddin zakri’ .


“Sahaja , kenapa tak boleh ke?”

“ Tak ada la ibu cuma pelik je selalunya kamu tu lepas solat terus  tidur lepas itu tengahari baru la nak bangun.”

Uwais hanya membalas dengan senyuman.


“ Ibu tak masak lagi ke?” 
 
“ Belum , dah tu baru pukul 6.50 pagi . Kenapa dah lapar? Bahan semua dah ada dah siap potong ini nak mula masak la ni .”

Uwais bergerak ke peti sejuk lalu diteguk susu dutch lady.

“ Ni ibu ada nak cakap sikit ni .”

“Mmm , apa dia?”

“ Kamu dah ada ke?” Tanya ibu sambil ligat tangannya memasak.

“ Dah ada apa?” Kepala uwais mula memikirkan apa yang ibu nya cuba maksudkan nya.






“ Kawan.”

“ Mesti la ada . Apa la ibu ni , lepas itu iman ,saiful tu siapa bukan kawan uwais ke?” Balas uwais kebingungan.

“ Maksud ibu kawan perempuan yang special la.” Eceh ibu dah pandai berbahasa english ni mesti tengok ‘Oh My English’ banyak sangat ni.

Uwais terdiam. 

‘Dah mula dah.’ Uwais berbisik didalam hatinya sendiri.

“ Kenapa?”

“ Ibu tanya cuba jawab bukan bagi soalan balik.” Suara puan azizah mula bernada tegas.

“ Esok kawan adik nak datang.” 

“ Ibu tak tanya pun pasal kawan adik nak datang atau tak , ibu cuma tanya adik ada kawan perempuan yang special ke tak . Cuba jawab soalan yang ibu tanya sahaja.”

“ Ye la itu la jawapan adik. Esok adik nak bawak dia jumpa ibu .”

Puan azizah kelihatan tergamam.

“ Kamu dah serius dengan dia?”

“Mmm.” Jawab uwais sambil menganggukan kepala nya.

“ Ibu kenal dia?”

“ Mmm tak pasti la tapi raya tahun lepas dia ada datang dengan kawan-kawan adik , nama dia balqis.”

‘ Bukan rezeki aku kut.’ Bisik hati puan azizah.

p/s: Minta komen untuk perbaiki next bab cite ni...

No comments:

Post a Comment