Monday 30 September 2013

Jatuh Cinta BAB 2 [ PART 3 ]






BAB 2
-PART 3-

‘ Learn from yesterday , live for today and hope for tomorrow .’
“ So macam mana ? Dah pilih tempat ?” Syaza yang baru sampai terus menggambil tempat di sebelah Dyaz . Tangan di angkat menandakan dia ingin membuat oder . Sampai sahaja waitress terus di pesan air apple jus dan nasi goreng tom yam .
“ Belum lagi tunggu kau la , lambat sangat .” Usik Dira.
“ Ok , ok kita nak pergi holiday dekat mana ? Cepat-cepat aku dah tak sabar ni .” 

 Tiba-tiba mood yang termengah-mengah bertuka kepada mood excited .
“ Ha tuan punya cadangan , nak pergi mana ? Call punya main gempak tapi tak tahu nak pergi mana .” Tanya Dira .
“ Korang bagi la cadangan aku tak kisah mana-mana pun tapi syaratnya  tempat tu mesti ada laut yang tenang , pemandangan yang cantik , yang paling penting bilik kita tu mesti mengadap pantai .” Sambil menunjuk reaksi muka yang  dia ingin tempat yang sangat menenangkan diri , sampai kedua belah tangan di genggam sambil menutup mata . Kononnya menghayati la tu. Eceh berangan tak sudah Cik Dyaz oit.
“ Cop cop , tadi kata tak kisah mana-mana tapi banyak pula syaratnya nak pantai la , bilik mengadap laut la. Aku ingatkan nak je ajak kau pergi cameron highland .” Dyaz dan Syaza memandang tajam ke arah Dira . Adira menayang gigi yang tak seberapa putihnya itu.
Air yang di pesan oleh Syaza akhirnya sampai , dan tiba-tiba ...
“ Ha! Aku ada tempat baik punya tapi tak tau la korang suka ke tak , sebab korang kan nak pergi dalam masa yang terdekat ni kan.” Suasana yang sunyi itu di kejutkan dengan suara Syaza .
“ Eh ko ni kalau tak main sergah-sergah tak boleh ke ? And one more think bukan ‘korang’ nya , tapi tu ha minah pakai baju kuning . And lastly bukan dalam masa terdekat tapi dalam 2 atau tiga hari lagi ye .” Siapa lagi yang pakai baju kuning kalau bukan Dyaz . Memang kau-kau Dyaz kene kutuk dgn Adira .
“ Perli Nampak .” Tegur Dyaz .        
   
“ Hehehe , betul apa yang aku cakap . Dah-dah kita tutup pasal perli memerli ni . Ha dekat mana tempat tu ? Tell me tell me te te tell me .” Lagu wonder girl tell me di nyanyi oleh Adira.
“ Dekat kawasan Selangor je nama tempat tu Golden Palm Tree Resort . Kau kan nak sangat bilik kita tu , eh bukan kita tapi bilik kau tu mengadap pantai la , pemandangan yang cantik la . Ni villa kau atas laut lagi tu dan toilet kau tu buka je langsir dah nampak laut . Tapi kalau kau ambik villa la kalau , kau ambik chalets tak dapat la kau nak bilik dan toilet kau tu bukak je tingkap nampak terus laut .” 
“ Ha bukan bilik je atas laut , toilet buka langsir boleh nampak laut . Boleh mandi sambil MENIKMATI pemandangan lagi tu nak comment apa lagi ? Nak ke tak nak ?” Tanya Adira pada Dyaz . Sahaja ditekan kan ayat menikmati itu . 
“ Price ?”
“ Jap aku cari dekat googel .”
Tidak lama kemudian makanan yang di pesan oleh kami sampai , apa lagi dari tunggu di Syaza mencari aku dan Adira menikmati makanan yang sedap lagi enak itu .
Dalam lima belas minit kemudian .
“ Rm 200 satu malam , ni tengah promosi . Amacam nak ke? Ni time hari biasa dapat la low price kalau time cuti sekolah lagi mahal .”
“ Kalau tiga hari dua malam enam ratus . So sorang Rm 200 la . Korang ok ke?” Tanya Dyaz .
“ Aku ok .” Jawab Dira.
“ Aku pun .” Jawab Syaza dengan mulutnya yang penuh dengan nasi goreng tom yam .  Syaza ni memang kalau dah dapat makanan memang tak hirau orang keliling tengok ke tak . Kalau lelaki tengok memang cancel terus buat bini .
“ So kau nak pergi bila ? Ni ha satu lagi , Dyaz tak boleh ke kalau kita pergi next week ? Aku nak kena minta cuti dulu . Aku bukan macam korang , aku ni orang berkerja .” Tanya Dira sambil menyuap bihun goreng ke mulutnya . Antara mereka bertiga Adira yang paling tua , tapi tua setahun je la dari kita orang . Kita orang dua puluh tiga tahun , Dira pula dua puluh empat . Walaupun dia tua dari kita orang , kita orang tak langsung panggil dia kakak . Dia pun tak bagi kita orang panggil dia kakak . Lagi satu antara Syaza dengan Adira , Adira adalah kawan aku yang paling awal kenal . Semasa aku darjah dua aku berkawan dengan dira . Dan semasa darjah enam baru lah aku berjumpa dengan Syaza dan baru la kita orang jadi kawan .
“ Macam ini kita tanya dulu bilik kosong ada hari apa , then baru kau minta cuti dan terus book . Amacam ?”
“ Ok , beres .”
“ Ha Syaza di sebabkan kau yang cadangkan tempat tu kau call tempat tu , tanya bilik kosong untuk next week ada hari apa lepas itu kau bincang dengan Dira dulu supaya dia boleh minta cuti . Then book terus .” 
“ La aku ke . Ye la , ye la .” Muncung mulut Syaza .

******************************************************************************************
Hari isnin hari yang paling di benci oleh kebanyakan golongan yang bernama manusia . Sehinga hari isnin di gelar sebagai ‘ Monday Blues’ . Tidak terkecuali juga dengan Uwais , dia juga paling benci akan hari isnin . Katanya tak puas nak bercuti , rasa baru je letak badan atas katil dah nak kena bangun pergi kerja . Mana tak nya Encik Uwais oit , kalau cuti tu awak duk habis kan dengan bermain game . Memang la baru je letak badan je dah rasa nak kena bagun balik . Salah sendiri juga main game sampai tak tidur malam . 
Sememangnya game dan Uwais memang tidak dapat di pisahkan lagi . Sudah puas Puan Azizah menengur anaknya itu . Bukannya Puan Azizah tidak membenarkan tetapi anaknya bermain sehingga tidak tidur malam . Nak di pukul Umur dah dua puluh lima . Akhirnya di biarkan sahaja .
Uwais yang sedang termenung bagaikan beruk nak melompat apabila bunyi telefon yang berdering yang minta di angkat . Dengan malas tangannya mengapai ganggang telefon milik Syrikat Syukur Holding dimana tempat dirinya bekerja yang sudah mejangkau enam tahun itu .
“ Hello , good morning Syukur Holding here . Can I help ?” 
“ Mana Faris ? I nak bercakap dengan Faris .” Bukan main menyombong betul minah ni . Tak payah tanya siapa pun dah boleh tahu , Nadia girlfriend bosnya itu . Tidak faham Uwais dengan bosnya itu , bagaimana lah bosnya itu boleh angkut minah ni jadi girlfriend . Memang rupa cantik tapi bahasa memang out terus . Lagi satu aku ni pun lelaki boleh nampak yang perempuan ni hanya nak kan duit bosnya sahaja . Pelik betul la .
“ Sebentarnya miss . ” Sabar Uwais cool , pagi-pagi jangan marah-marah. Tarik nafas turun tarik turun .
“ Encik Faris Miss Nadia on call .” 
“ Cakap saya sibuk  .”
Lalu kakinya dihanyun ke tempat duduknya dan mengapai ganggang telefon itu semula .
“ Maaf Miss Nadia , Encik Faris busy .”
“ O... Busy ye ok tak apa i datang sekarang . You suruh bos you tu duduk diam-diam dalam pejabat tu ye . I datang sekarang .”
Uwais mengangkat punggungnya lalu di ketuk pintu bilik bosnya . 
“ Yes , come .”
“ Encik Faris ini fail yang encik perlu semak dan tandatangan .” 
“Oh ok . Mmm, hari ini saya ada apa-apa appointment ?”
“ Hari ini pukul dua , dengan Puan Liyana .”
“ Ok. Lagi ?”
“ Itu sahaja . Saya keluar dulu .” Uwais yang baru sahaja berpusing ingin keluar dari bilik bosnya itu ,teringat akan sesuatu .
“ Satu lagi Encik Faris . Miss Nadia cakap tadi dia nak datang sini .”
“ Ha ? Nak datang si...” Tidak sempat Encik Faris ingin mengabiskan ayatnya muncul la aura bala yang datang dari arah pintu bilik bosnya itu . Rupa-rupanya aura bala itu datang dari si minah ek tu . Minah ek itu membuka pintu bagaikan serigala yang kelaparan mencari makanan . Eh betul ke ayat aku ni ? Ah lantak la . Baik aku cau dulu sebelum dengan aku-aku sekali telibat dalam peperangan yang akan meletus sebentar nanti .
“ Faris ! You sahaja kan tak nak angkat call I !” 
“ Encik Faris saya keluar dulu .”
“ Mmm , ok .” Laju kaki Uwais melangkah keluar dari bilik yang akan menjadi medan perang antara bosnya dan minah ek itu . 
 ‘Ish yang aku menyampah sangat dengan minah tu apa kes pulak ni . Dah-dah wake up uwais time to work .’
Bekerja sebagai security ni bukan senang jah oi . Pening kepala mak dibuatnya nyah . Tapi bila difikirkan balik mana ada kerja senang dekat dalam dunia ni . Eh lupa pula nak bagi tahu korang . Mesti korang pelikkan pekerjaan aku . Security , hahahaha . Jangan salah faham , pekerjaan aku sebenarnya secretary . Sebab apa aku gelarkan pekerjaan aku ni sebagai security . Ha! Ni sebabnya aku nak mengadu sikit dengan korang . Aku bukan sahaja menguruskan hal-hal berkaitan dengan kerja yang melibatkan dalam pejabat sahaja T.E.T.A.P.I kerja-kerja luar pejabat pun termasuk dalam senarai kerja aku. Kerja-kerja luar pejabat yang aku maksudkan itu adalah menguruskan hal-hal yang macam si minah ek itu la ( nasib ada elaun hehehe .) Paham-paham sendiri la korangnya , malas aku nak cerita . Karang sampai esok tak habis . 
******************************************************************************************
“ Sedap Su buat kek ni . Uwais balik ni dia tengok mesti suka .Rajin Su buat” Puji Puan azizah kepada Puan Sumayyah merangkap adik bongsunya itu .
“ Ala kak tak ada apa nak buat dekat rumah tu , boring-boring buat la .” Balas Sumayyah .
“ Macam mana denga Dyaz ?” Tanya Puan Azizah sambil melihat kiri kanan . Dilihat line clear atau tidak . Takut pula jika Syafii terdengar kecil pula hatinya.
“ Macam mana , mananya kak ?” Tanya Sumayyah pelik .
“ Dia kan tak boleh terima kamu sebagai mak dia lagi . Tak ada ke dia marah-marah kamu ke , pukul kamu ke ?”
“ Ish akak ini . Dyaz memang tak dapat terima Su sebagai ummi dia tapi kak , dia tak pernah pukul Su apa lagi nak meninggikan suara dengan Su .”
“ Akak bukan apa , akak risaukan kamu . Kut-kut dia buat kamu macam orang gaji dekat rumah tu , di herkik ke di lenyek ke.” Risau Puan Azizah apabila memikirkan tentang adiknya itu.
“ Akak ni drama betul la . Tak ada la akak . Lagi pun Dyaz bukan ada selalu dekat rumah . Hujung minggu baru balik . Itu pun kalau balik bukan ada dekat rumah , sibuk dekat butik dia malam baru ada dekat rumah .”
“ Sekarang ni dia baru je habis belajarkan?”
“ A’ah tapi dia tetap nak duduk rumah sewa tu .”
“ La Fii bagi pula?”
“ Mula-mula memang tak bagi . Lepas tu Dyaz dah janji tiap-tiap minggu dia balik rumah . Fii pun malas nak bertekak jadi dia benarkan je la .”
 “ Ooo .”
“ Ha akak jangan lupa minggu depan datang rumah , kita orang ada buat kenduri Aqiqah untuk Hafiz.” Sumayyah mengingatkan Puan Azizah tentang kenduri yang akan berlangsung ahad depan
“ Insyaallah . Eh Suara anak kamu menangis tu .” Lalu Sumayyah dan Puan Azizah pun melangkah keluar dari dapur untuk ke bilik yang Hafiz tidur , anak adiknya yang baru tujuh bulan itu .
******************************************************************************************

Badan dihempas ke katil . Tangan kanan menyeluk poket seluar untuk mengambil I-phonenya itu setalah dirasakan getaran di pehanya . Di lihat terdapat tiga miss call dari Aiman dan dua miss call dari iman . Mana nak dengar kalau buat mood vibrate. Tiba-tiba satu panggilan masuk . 
‘ Iman’ 
Lalu di angkat panggilan itu .
“ Assalamualaikum .” Iman memberi salam
“ Waalaikumusalam .” Jawab Uwais dengan suara yang agak keletihan .
“ Susah betul nak call kau sekarang .”
“ Aku sibuk sikit la. Lagi pun fon aku buat mood vibrate tadi .”
“ Dah bergegar pun tak rasa ke ?”
“ Dah la kau ni macam nak cari gaduh dengan aku je . Kau call ni nak apa ?”
“ Amboi marah nampak . Nak join lepak tak malam ni ?”
“ Dekat mana ? Dengan siapa lagi ?”
“ Tempat biasa dekat mamak  Subahani . Dengan Aiman , Apek , Mat tempang la .”
 “ Pukul berapa ?” 
“ Lepas isya’ .”
“ Ok . Set .”
******************************************************************************************

Motor Honda bewarna oren di parking di sebelah kereta vios ayahnya . Di tanggalkan topi keledar biru laut itu di kepalanya lalu kakinya bergerak ke pintu rumah . Salam diberi kaki kanan mula melangkah masuk kedalam rumah .
“ Baru balik Dyaz . Mari makan sekali , ummi masak ayam masak merah , ikan tiga rasa dengan sayur asparagus ni . Telur jepun goreng pun ada ummi buat .” 
‘Telur Jepun goreng kegemaran aku tu .’
“ Tak apa la makan dulu , nak solat maghrib dulu .” Baru kakinya ingin melangkah ke anak tangga untuk naik ke bilik tiba-tiba satu tangan kecil memaut pergelangan kakinya . Di lihat sekeliling ruang tamu . Tiada siapa . Ibu tirinya di dapur . Papanya tiada di ruang tamu . Jadi Si kecil ini duduk sorang di ruang tamu . Bahaya betul . Papanya pun dah tahu ibu tirinya itu sibuk di dapur , jaga la si kecik ni . Baru sahaja Dyaz ingin membongkokkan badannya untuk mendukuk adik tirinya itu , tiba-tiba Puan Sumayyah keluar dari dapur.
“ Ya Allah macam mana adik boleh ada dekat tangga ni . Bukan adik tidur ke tadi ? Bila adik bangun ? Tak dengar suara pun .” Terkejut Puan Sumayyah apabila melihat anaknya yang tujuh bulan itu berada di kaki anak tirinya yang berada ditangga itu .
“ Adik ni baru boleh berguling dah sampai ke tangga . Macam mana nanti kalau boleh berjalan nanti .” Si kecil itu tersengih melihat telatah umminya .
Lalu Dyaz terus menapak menaiki anak tangga untuk ke bilik .

No comments:

Post a Comment