Thursday 22 August 2013

Jatuh Cinta BAB 2 [ PART 2 ]

 
 
BAB 2

-PART2-


Orang yang hebat adalah orang yang bersedih tapi tetap berusaha membahagiakan orang lain .’
Kepala Uwais masih tidak dapat menghentikan vedio yang telah dilakonkan oleh dirinya dan Balqis ,ianya bagaikan sebuah drama . Cinta tiga segi tajuk yang sesuai dengan dramanya itu .Hatinya merasa sakit apabila mengingatkannya . Uwais tidak dapat mengawal perasaan marah dan sakit hati .
Balik dari kerja dirinya terus masuk ke bilik . Makan entah ke mana , mandi entah ke mana . Nasib solat tidak di tinggalnya . Puan Azizah begitu risau dengan anaknya yang tidak banyak bercakap dan suka menyendiri . Pada mulanya dia menganggap kemungkinan anaknya mempunyai masalah di tempat kerja . Tetapi apabila melihat keadaan anaknya itu sudah seminggu begitu hati ibu mana yang tak risau dan Puan Azizah merasa bahawa ada sesuatu yang telah terjadi .
Lantas kakinya melangkah menaiki anak tangga lalu di ketuk bilik anak terunanya .
“ Uwais .”
Tiada sebarang respond yang di beri oleh anaknya .
“ Uwais ibu masuk ni.” Lalu tangan Puan Azizah laju memulas tombol pintu bilik anaknya itu.
Di lihat bilik begitu gelap dan sejuk berapa la suhu penghawa dingin yang anaknya pasang agak nya mungkin enam belas . Di buka suis lampu yang berada di sebelah pintu bilik itu supaya ruang bilik yang gelap itu menjadi terang .
Di lihat anaknya sedang enak di buai mimpi .Puan Azizah menghampiri Uwais yang berbungkus di dalam selimut itu . Di tarik selimut anaknya .
“ Adik bangun dah pukul dua petang ni . Bangun mandi lepas tu solat . Adik tak lapar ke ?”
Uwais membuka matanya ,agak berat matanya hendak dibuka . Malam semalam pukul berapa dirinya melelapkan mata . Kepalanya cuba mengingat . Ha! Pukul tiga pagi .
“ Mmm…”
“ Bangun adik jangan baring lagi nanti tertidur balik .”
Lalu Uwais bangun dan duduk di bibir katil .
Puan Azizah mengambil tuala mandi lalu diberi kepada anaknya . Kakinya melangkah ke tingkap pula , di buka langsir dan tingkap . 

****************************************************************************************************

Dyaz yang baru selesai menunaikan solat isya’ , melipat telekung . Setelah selesai Dyaz menghempas badannya ke atas katil .
“ Wah nikmatnya dapat baring .” Dirinya merasakan sudah sekian lama tidak dapat memanjakan badannya di atas tilam yang hempuk lagi gebu itu , ini kerana dia terlalu sibuk dengan final exam yang sudah seminggu bermula . Dan dalam masa yang sama dia juga tidak lupa menguruskan butiknya itu . Jika di tinggalkan begitu sahaja siapa pula yang akan bermurah hati untuk menguruskannya . Jadi nak tak nak kena gagahkan diri juga untuk menguruskan kedua-duanya sekali. 
Tiba-tiba dalam mengelamun Dyaz terbayangkan satu tempat yang begitu tenang dengan angin yang kuat menampar lembut pipinya , laut yang berada di depan matanya itu berwarna biru membuatkan dirinya begitu tenang . 
Lalu dengan lajunya Dyaz bangun dan mengapai telefon bimbitnya dan jarinya menekan nombor di screen fonnya . 
“ Assalamualaikum Syaza , kau buat apa ?”
“ Waalaikumussalam ,kau tanya aku buat apa ? Hoi mak cik exam kita tak habis lagi kau boleh tanya aku buat apa lagi , study la .”
“ Amboi marah nampak . Relax la bukan kau sorang je study aku pun sama juga study , cuma beza aku baru lepas habis kau masih lagi belum abis .” 
“ Perli nampak .”
“ La mana ada aku perli kau . Dah la , ini aku call kau nak tanya kau setuju ke tak .”
 “ La setuju apa pulak ni ? Kau nak suruh aku buat kerja tak bertauliah lagi ke ? Aku tak nak la , cukup la sekali aku buat . Aku dah insaf .” Dengan senafas sahaja Syaza menjawab , ini semua di sebabkan dirinya begitu fobia . Bila di ingatkan balik bagaimana mereka hampir terkantoi memancitkan tayar motor fatimah a.k.a beruk betina . Nama je cantik dan lembut tapi perangai mengalahkan beruk betina jumpa jantan.
“ Ish kau ni bukan la , aku nak ajak kau pergi bercuti .” Garu kepala Dyaz dengan telatah kelang kabut temannya .
“ Kau biar betul wei , exam tak habis lagi .”
“ Lepas exam la mak cik . Kau ni , nak pula aku fail exam dengan hanya semata-mata pergi bercuti . Mangkuk la kau ni Syaza .”
“ Cakap la awal-awal , mana la aku tahu . Kau punya angin bukanya selalu betul pun , selalu sangat buat kerja gila sekali dengan aku-aku kau tarik pulak tu .”
“ Ooo jadi selama ni kau tolong aku tak ikhlas la ni nya. Tak apa la lepas ni aku tak akan susahkan kau lagi .”
“ Eh kau ni aku tak cakap pun kau susahkan aku . Kita kan kawan susah senang kita bersama , selama ni aku ikhlas tolong kau .”
Terharu pula Dyaz mendengarnya. Syaza adalah satu-satu kawan yang kehulur-hilir di usungnya. Ketika susah Syaza selalu bersama dengan Dyaz . Tidak terlupa juga kawan baiknya seorang lagi Adira . Walaupun Adira lebih tua dari Dyaz dan Syaza , perangainya yang gila-gila itu sama dengan Dyaz dan Syaza . Dan kerana itu mereka boleh menjadi BFF . 
“ Ha kau nak pergi bercuti dekat mana ? Dengan siapa lagi ? Bila ?”
“ Tempatnya tak tau lagi , pergi dengan kau and Dira la . Kita habis exam khamis depankan, lepas habis exam kita bincang nak pergi mana .”
“ Ok . Dira tahu tak ni ?”
“Ni nak call dia la lepas aku call kau .”
“ Ok la , aku nak sambung study ni assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam .”

**********************************************************************************************

“ Uwais tak tidur lagi ?” Tanya Encik Zakri yang baru menuruni Anak tangga untuk pergi ke dapur membasahi anak tekaknya .
“ Belum mengantuk lagi .” Jawab Uwais sambil matanya tidak lepas setiap saat pun dari menonton kartun kegemarannya itu spongebob .
Encik Zakri terus melangkah ke dapur . Tidak sampai lima minit Encik Zakri keluar dari dapur membawa dua gelas cawan Teh Boh panas yang baru dibuatnya . 
Encik Zakri menghulur air yang di buat kepada anak bongsunya itu lalu di labuhkan punggungnya ke sofa .
‘ Apa kena pula dengan ayah ni , tiba-tiba buat air untuk aku . Tak pernah dibuatnya . Entah-entah ni bukan ayah .’ 
“ Ni apa tengok cerita kartun tengah-tengah malam ni , buka cerita lain la .” Encik zakri membuka mulut setelah dilihat keadaan begitu sunyi.
“ La biar la best ape , daripada tengok movie yang tak habis-habis pasal cinta je tak berkembang otak .” Eceh berkembang la sangat otak tengok kartun tu .
“ La ayah tak cakap pun nak tengok cerita cinta . Maksud cerita yang ayah cakapkan tadi tu macam ni ha .” Lalu tangan Encik Zakri menukar siaran discovery channel .
Ambik kau kan dah malu sendiri .
“ Kenapa cinta tergelam tengah laut ke ?”
Uwais hanya menyepi . Soalan ayahnya tidak dijawab .
“ Ala relex la , putus-putus cinta umur macam ni tak ada bende la . Adat la orang bercinta macam itu .”
Tiba-tiba Encik Zakri bertuka menjadi orang muda , dengan gaya percakapannya . Dah macam bukan gaya ala bapak-bapak bercakap .
“ Bunga bukan sekuntum , lain la kumbang yang dah nak makin berkuranggan .” Peh ayat menusuk kalbu seh.
“ Kamu tahu dulu ada seorang pemuda yang hensome ni bercinta dengan si gadis yang cantik . Dorang ni mencintai antara satu sama lain . Tiap-tiap hari berjumpa , kalau tak jumpe sehari rasa tak tidur lena malam , mandi tak basah , makan tak kenyang . Ye la dulu mana ada telefo nak bersms , berwhatapp , berviber , and berline .  Lepas tu kan sampai dorang dah rasa dorang dah tak boleh berpisah dorang pun merancang la nak kahwin . Tapi dah saat hampir majlis perkahwinan tu kan si gadis tu kelihatan berubah sikapnya . Tiap kali di ajak keluar pasti ada sahaja alasan diberi . ‘Nak dekat-dekat kahwin tak manis selalu berjumpe la’. Lalu si pemuda ini pun termakan dengan kata-kata si gadis itu .” Eceh ayah aku ni dah macam bercerita kisah dongeng dekat anak yang umur tujuh tahun sebelum tidur aje .
“ Kamu tahu Uwais satu hari ni si pemuda tu dia keluar dengan kawan-kawannya . Sekali terjumpe si gadis yang di cintai tu berpegangan tangan dengan seorang lelaki . Malam itu juga pemuda tu datang ke rumah si gadis tu . Ditanya kepada si gadis tu masihkah si gadis tu mencintai dirinya . Akhirnya si gadis itu menyatakan dirinya sudah tidak mencintai dirinya lagi . Pemuda itu sungguh sedih yang teramat dalam masa yang sama dia juga risau tentang majlis perkahwinan yang akan menjelma dua hari lagi . Uwais agak apa jadi dekat majlis tu ? Di langsungkan juga atau di batal kan ?” 
“ Mesti la batal kalau tak dia nak kahwin ngan siapa pula .”
“ Salah sekali jawapan kamu tu .”
Uwais memandang Encik Zakri dengan pandangan inginkan penjelasan .
“ Di teruskan juga tapi dengan gadis yang lain .”
“ Nampak sangat drama . Drama mana ayah tengok ni ?”
Encik Zakri yang tadi di mood yang serius bercerita tiba-tiba tersenyum sendirian.
‘ Dah kenapa pula dengan ayah ni , jangan kata kene rasuk sudah . Ish cabul betul mulut ni .’
 “ Uwais tak nak tanya siapa si pengganti pengantin perempuan ?”
“ Mmm siapa ?” Tanya Uwais malas.
“ Puan Azizah Bt Aziz .”
Uwais yang tadi ancuh tak ancuh melayan cerita bapanya terperanjat apabila bapanya menyebut nama ibunya yang jadi pengganti pengantin perempuan .
“ Ayah rasa bersyukur sebab kahwin dengan ibu kamu , dan lagi bersyukur tuhan tunjukkan segala-galanya sebelum terlambat .Kamu tahu hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLAH Maha Adil .Hanya Dia yang tahu mana yang terbaik untuk hamba NYa .

         ‘ Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 ) ’

         Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan , tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya

 ‘Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu . Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan . Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap .’                 
                                                                                                          (QS.94:1-8)

        Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan belajar daripada kurniaNYA dan belajar daripadanya .”

Berpanjang lebar Encik Zakri memberi tazkirah di tengah malam itu.
“ Bila dah berkahwin dengan ibu kamu baru ayah tahu yang perempuan tu memang tak sesuai dengan ayah . Masa bercinta semuanya nampak elok , sampaikan bau kentut pun dikatakan wangi . Kamu tahu rupa-rupanya perempuan yang ayah minat sangat-sangat dulu tu , dia bukan la anak dara lagi . Dan ayah dengar cerita yang perempuan tu rupanya seorang anak yang liar , tidak mahu mendengar kata ibu bapanya .”
“ Mak ayah perempuan tu tak bagi tahu awal-awal ke dekat ayah masa meminang yang anaknya tu bukan lagi bersih .” Uwais menggantikan perkataan anak dara kepada bersih , begitu malu untuk dirinya menyebut perkataan itu .
“ Kalau ibu bapanya cerita mesti la atuk dan nenek kamu tidak bagi . Lagi pun kalau mereka bagi tahu siapa la yang nak akan anak mereka yang bukan lagi suci itu selain ayah .”
“Mmm.” 
“ Belum sampai masa lagi tu. Mungkin kamu tak sesuai menggalas tanggungjawab seorang suami lagi . Nak jadi ketua keluarga bukan senang , besar tanggungjawab . Nak Jadi suami kena cukup ilmu , lagi-lagi ilmu agama .”
Uwais mendengar dengan penuh teliti .
“ Dah pergi tidur esok kerja susah nak bangun pagi .”
Uwais yang baru masuk ke biliknya terus merebahkan badannya ke atas katil . Dia cuba melelapkan matanya tetapi tidak boleh . Jam menunjukkan pukul satu setengah pagi . Kata-kata ayahnya terngiang-ngiang di kepalanya . 
         Mungkin betul apa yang dikata ayahnya . Dia tidak bersedia lagi untuk menjadi seorang suami . Hubungan dirinya dengan Allah juga tidak terjaga inikan pula nak menjaga anak dara orang .

Tuesday 20 August 2013

sambungan novel esk @ mlm ni...

Assalamualaikum ...

Nak bagi tau mlm ni or esk sye akan post sambungan novel 'Jatuh Cinta???' Bab 2 Part 2...
Sorry lambat post sbab dew mslh skt n perlu ruang tuk tenangkan diri...
Hope korang dpt support novel yg x seberapa ni...
Thanx...


Assalamualaikum....

Perjalan Kehidupan....

Assalamualaikum....

Dah lama x buka blogger ni ... 
ni nak cerita sikit ni ( sebenarnya nak lps kan perasaan)
sepanjang bln ni eh btl ke bln ni jap2 ingat blk...
ha! setelah masuk belajar macam2 dugaan aq lalui...
Dari satu ke satu masalah datang kadang-kadang rassa dah give up dah...
Tp yg paling aq x dpt terima sampai sekarang adalah aq dah berhenti belaja...
Hua !!!! T-T
Hanya 3minggu je di sana ....
 huh..... harapan untuk mendapat diploma TERMATI begitu je...
Hati utk sambung belaja btl2 dah tertutup....


Tiap2 malam aq nangis ...
Aq dah mule syg kwn2 bilik aq...
Mek ( Mashitah ) AQ RINDU KO!!!!
selalu pg2 aq mesti nampak muka dye dlu ...
sebab dye duk sebelah katil aq...
Rindu nak dgr dyew mengaji ...
;(  mek aq nak dgr kau mengaji mek...
Nisa aq rindu ko gak , aq rindu nak dgr ko bising cam ala-ala mak gitu n aksi tido ganass ko ...
yg wat aq n mek terjaga tengah2 mlm sbab macam2 jatuh n ko tendang...
bantal golek jatuh la tangan ko TERlempang almari mek la ... 
Izzati n Teah aq rindu aksi ranjang korang yg gile2 tu ( untuk 18 keatas sahaja ) hehehhe...
n Syifa' aq rindu nak dgr sleng perlih ko yg pekat melekat tu....



Huh... Sekang aq dah x dew ape2 dah tuk mse dpn aq yg aq bina slama ni...
mungkin cita2 aq impikan tu x sesuai tuk aq kut ( cbe piki positif)
Sekang aq kne bina semula kehidupan aq yg bru ....
fikir ape yang aq nak buat tuk mse dpn aq sendiri...
X da diploma n ijazah pun leh berjaya janji berusaha lbh SABRINA!!! ( cble piki positif lg )



ok la sampai sini je la cite aq buat masa sekarang ni...
ASSALAMUALAIKUM...