Friday 20 March 2015

Cerpen: Trauma Cinta



Cerpen : Trauma Cinta

Cinta? Apa itu cinta? Bagi aku cinta itu sangat mengasyikkan. Kenapa? Soalan itu berlega-lega didalam kepala ku seketika, untuk mencari jawapan. Ha! Bagi aku cinta itu mengasyikkan kerana cinta itu buta. Buta? Buta macam mana itu? Buta yang membuatkan seseorang itu sanggup menggadaikan hidup, nyawanya dan… maruah diri. Dan juga bagi aku cinta itu manis seperti gula-gula. Kenapa? Sekali lagi benak otak ku mengeluarkan petanyaan yang sama iaitu ‘kenapa?’. Jawapan aku mudah sahaja, manis itu datangnya dari kata-kata, dan janji-janji yang ditaburi oleh kaum adam terhadap kaum hawa sehinggakan kaum hawa yang bodoh itu terpedaya. Huh! Susah juga menjadi kaum hawa ni, mudah sangat terpedaya dengan kata-kata dan janji-janji manis. Tidak terkecuali aku! Apa yang aku tidak pernah rasa dari kaum adam? Sepak? Terajang? Lempang? Penyepit ketam? Hah! Semua aku dah merasa. Dan disebabkan itu aku menjadi trauma kepada cinta.
Umurku pada tahun ini sudah menjangkau ke angka 27. Mama tidak pernah penat membuka cerita tentang perkahwinan. Dan disebabkan itu juga aku kurang berkenan untuk pulang kerumah yang seketika dulu menjadi tempat aku membesar sehingga ke hari ini. Dan mama berperasangka bahawa aku sudah tiada nafsu kepada lelaki malah bernafsu kepada kaum sejenis. Aku bukanlah kaum Nabi Lut. Percaya lah! Tidak sama sekali! Bukan hati sudah tiada nafsu kepada lelaki tetapi pengalaman mengajar aku untuk berhati-hati dengan kaum yang bernama adam yang mudah difaham lagi adalah kaum lelaki.
*****
“Mama tak kira kamu kena terima juga,” tegas mama, matanya memandang Amira tajam. Sungguh membuatkan jantung Amira bergetar. Siapa berani bersuara apatah lagi membangkang apabila mamanya sudah bertuka menjadi ketua singa di hutan Madagascar.
Amira menundukkan kepalanya. Sesungguhnya kepalanya itu sudah sarat dengan pelbagai masalah seperti di hempap dengan batu sehinggakan dia tidak mampu untuk mengangkat. Dadanya seakan-akan tidak mampu untuk menerima udara yang di sedut olehnya. Terasa ketat dadanya.
“Mira, mama bukan suruh kamu kahwin lagi dengan dia. Mama cuma nak kamu berkenal-kenalan dahulu. Budak lelaki tu baik Mira,” kini suara Puan Salina mula kendur.
“Macam mana mama tahu dia baik? Dengan hanya beberapa jam berjumpa dia dah layak mama gelarkan dia sebagai lelaki yang baik?” Mira masih mencuba nasib, sambungnya, “Mama, selagi mama tak tengok dia dari awal dia bangun tidur, sehinggalah dia tidur semula, jangan mama berani nak label kan dia sebagai lelaki yang baik,” itu lah prinsip Amira setelah kencundang dalam percintaan. Dia sudah masak dengan sikap dan ragam lelaki. Baginya semua lelaki adalah sama.
“Sudah mama tak kira esok kamu kena jumpa dia juga. Dia ambil kamu pukul sepuluh pagi. Jadi bangun awal esok dan bersiap cantik-cantik,” suara Puan Salina kembali keras, dengan anak dia seorang ini memang tak boleh berlembut. Kita cuba berlembut, dia tetap dengan hati batu dia. Dalam banyak-banyak anaknya,  Amira lah paling keras kepala plus hati kering. Mana tak nya sifat itu datangnya dari dirinya sendiri juga. Kalau dari arwah suaminya sudah tentu cool.
Amira bingkas mengangkat punggung lalu naik ke biliknya. Baginya, itu sahaja tempat yang boleh dibuat penenang jiwa dan mindanya buat seketika. Hendak keluar malas pula untuk memandu, lain lah ada yang sudi menjadi pemandu tidak bergajinya. Sesudah sampai sahaja ke biliknya tanpa memikir panjang pintu ditutup kasar tanda protes. Lalu dihempas tubuh tinggi lampainya itu ke atas kati. Rasa seperti menghempas badan ke kapas lembut lagi gebu itu. Sungguh lega dan sedap, terungkai sedikit rasa beban dan masalah yang ditanggung itu. Tangan kanan diletak ke atas dahi jendulnya.
*****
“Kami pergi dulu ye mak cik,” tutur Asri kepada mama.
‘Kami pergi dulu ye mak cik,’ diajuk kembali kata-kata lelaki itu sambil di buat muka ala-ala nak mintak penyepak sekali. Tapi itu semua dalam wayang mindanya sahaja. Kakinya melangkah menuju ke kereta Persona berwarna hitam. Tak ada la kaya mana Persona je kut, huh! Sesudah masuk ke dalam perut kereta, terus tali pinggang yang berada di sisi kiri aku tarik lalu dilekatkan pada lubangnya. Klak!
Kereta mula bergerak. Suasana kedengaran sunyi kalau perut tengah memulas mahu boleh dengar gamaknya. Lalu tangan kiri kepunyaan lelaki itu menekan punat on radio. Suara radio yang tidak sekut mana itu membantu suasana sunyi itu menjadi sedikit riuh. Bak kata orang ada lah penyeri suasana sikit. Betul ke tu? Ah lantak lah.
“Erm… Nama saya Asri mokhta B. Hasan. Awak boleh panggil Asri,” Asri memperkenalkan dirinya.
Amira yang berda di sebelah Asri tidak membalas. ‘Skema pula laki, siap bagi bin lagi,’ kutuk hati kecil Amira.
“Nama awak siapa?” soal lelaki itu lagi, masih tidak putus asa.
“Amira,” balas ku sepatah dengan nada seperti guru disiplin.
“Amira je?”
“Dah tu itu yang mak ayah saya bagi nama nak buat macam mana. Tak akan saya nak pergi tukar nama kut hanya semata-mata nama saya hanya Amira,” perli habis. Ambik kau Asri, nak sangatkan keluar dengan aku. Kononnya nak jadikan aku isteri kau kan. Ha! sekarang kita tengok mampu ke tidak kau melayan sikap aku yang arrogant ni. Ha! Kepada korang yang tengah baca tu. Fikir tentang cerita ‘Love You Mr. Arrogant’ lah tu. Ini cerita tak ada kena mengena dengan watak Zafriel yang sama dengan aku punya watak. Ini watak Amira Bt. Irham yang punya. Ini arrogant datang asli dan tulin punya, setelah kencundang dalam kes-kes percintaan. Ceh kes-kes tu, layan je lah. So Asri now game it start!
“Erm… Bukan lah macam itu. Saya fikir awak bagi tahu nama panggilan, itu yang saya tanya macam itu. Ape-ape pun nice name,” bergetar hati Asri, first time kut keluar dengan perempuan macam ni. Haish, Asri sebelum ni pernah ke kau keluar dengan perempuan? Hidup kau hanya lah dengan kerja sahaja. Cuma hujung minggu sahaja keluar melihat dunia sebenar. Itu pun dengan Imran dan Najmi. Kalau dengan perempuan hanya dengan klien je bukan dengan ‘some one’.
Berlubang besar telinga Amira mendengar. ‘See, see itu lah lelaki. Baru je kenal. Eh kenal ke? Ah! Apa-apa lah. Tengok dah keluar dah kata-kata manis yang kononnya boleh perempuan terpaut hati pada dia. Choi! tak payah nyak ber nice name, nice name sangat lah. Aku dah makan garam seribu kilo, dah tak rasa manis dah lidah aku ni,’ memang banyak dosa lah kau dapat hari ni Mira oi.
Asri melihat Amira hanya membisu.
‘Ait aku salah cakap ke? Bukan ke perempuan suka kan pujian?’ soal hatinya. Semalam dia meminta tips dari temannya Iman dan Najmi, bagaimana nak memikat hati perempuan bagi perjumpaan pertama. Tak akan dorang kencing aku kut.
“Awak nak pergi mana?” soal Asri ceria bagi menutup suasana yang dirasa macam didalam bilik hantu.
“Hai, awak yang bawa saya keluar awak tak tahu nak pergi mana?” selamba harimau je Amira menyindir. Memang mati-mati nak lelaki tu rijek dia terus. Ha, itu lah sebenar plan aku.
“Saya nak bawa awak pergi makan, tapi takut awa knak pergi mana-mana dulu ke. Itu yang saya tanya,” balas lelaki itu tenang.
Hish mamat ni asal la tak marah-marah lagi. Cool pula dia ni.
“Kalau macam itu kita pergi sahaja tempat yang awak nak pergi nanti kalau saya rasa nak pergi ke tempat lain saya bagi tahu lah,”
Kereta Persona berwarna hitam itu meluncur laju menuju distinasi. Sampai sahaja di restoran masing-masing memesan makanan. Selesai memesan suasana menjadi tegang semula dengan tiada perbualan diantara mereka.
“Awak kerja dekat mana?” Asri memulakan perbicaraan.
“KL,” jawab Mira sepatah.
“Oh ye ke. Saya pun kerja di KL. Saya kerja di area kampung baru. Awak?”
“Sama.”
Begitu lah perbualan antara aku dan Asri. Berpuluh-puluh patah di tanya sepatah aku balas. Haish, penyabar betul mamat ni. Aku nak buat dia marah tapi aku balik yang rasa nak marah. Nasib, nasib…
*****
Sesudah sampai sahaja dirumah, terus rasa diri ini diterjah Kiah Propa Galaksi tu ‘Jaga-jaga ada yang memerhati’.
“Macam mana Mira?” soal Puan Salina
“Macam mana apa?” soal ku seakan-akan tidak faham.
“Macam mana Asri tu, ok ke?”
“Tak,”  balas aku, lalu punggung yang terasa enak menghenyak sofa berwarna putih itu terus bangun dan beredar ke bilik. Sampai sahaja ke bilik terus tuala dicapai untuk membersihkan diri.
Solat Isya’ selesai dilaksanakan, setelah mendengar azan berkumandang terus ditunaikan perkara wajib itu. Itu lah kelebihan rumah yang dekat dengan surau, tak perlu lihat jam sama ada waktu sudah masuk atau belum, azan yang berkumandang yang memenuhi ruang biliknya itu sudah cukup memberi singnal.
Selesai melipat telekung telefon bimbit touch scren yang berada di meja lampu bersebelahan dengan katin diambil. Badannya dihenyak ke tilam yang hempuk itu. Logo wechat di sentuh pada screen. Terdapat nombor satu didalam bulatan kecil berwarna merah di atas perkatan ‘Chat’. Dilihat nama tidak dikenali menghantar satu pesanan kepadanya.
‘Sherlock Holmes, siapa ni? Sherlock yang dalam novel selalu aku baca tu ke? Tak akan betul-betul wujud kut.’ disentuh pula nama tersebut untuk melihat apa pesanan yang dihantar.
Sherlock Holmes: Assalamualaikum…
Ait pandai pula mat saleh ni bagi salam. Pelik, pelik…
AmiraYoseob: Waalaikumussalam, siapa ni ye?
Entah kenapa tangan ni gatal je nak balas.
Sherlock Holmes: Saya lah Asri, tak akan dah tak kenal, baru je jumpa tadi.
Ceh mamat ni, aku ingatkan siapa lah tadi.
AmiraYoseob: Mana nak kenal kalau nama tu Sherlock bagai.
Sherlock Holmes: Mana boleh letak nama betul nanti buatnya orang pukau guna nama ke kan susah. Lagi pun kan gambar DP ada.
AmiraYoseob: Dah tu kalau nama je yang tuka, gambar telak dekat DP, sama juga boleh je kena pukau.
Kelihatan orang bodoh pula Asri rasa, betul juga kata-kata perempuan ni.
Shelock Holmes: Ok, ok awak betul, nanti saya tuka.
AmiraYoseob: Saya tak suruh awak tukar pun. Suka hati awak lah nak letak gambar apa pun, kalau kena pukau awak bukan nya saya. Lagi pun awak bukan bf saya atau suami saya pun. So I don’t care.
Sherlock Holmes: Coming soon J
AmiraYoseob: Apa yang coming soon nya?
Sherlock Holmes: As a husband.
Eeee… Siapa nak jadi isteri dia ni. Baru jumpa sekali dah nak buat bini. Kalau lah aku ni perempuan yang tak baik habis la kau Asri tiap-tiap hari makan nasi kangkang lah kau.
AmiraYoseob: Siapa nak kahwin dengan awak ni?
Sherlock Holmes: Awak lah.
AmiraYoseob: Jap, jap… Awak ni waras ke tak waras? Baru jumpe sekali tu pun tak sampai berapa jam dah nak buat saya jadi isteri awak. Tak takut ke kalau saya ni jahat.
Shelock Holmes: Sebab saya tahu awak orang baik lah saya cakap macam itu. And saya masih waras lagi.
AmiraYoseob: Ok macam ni lah saya malas nak panjang-panjang cerita. Disebabkan awak ni tak faham-faham dengan respond saya dalam sehari ni, jadi saya rasa saya patut terus terang sahaja lah. Saya tak suka awak dan TAK NAK kahwin dengan awak. Muktamat.
Sherlock Holmes: Bagi satu sebab kenapa awak nak melawan takdir?
Haish dah masuk takdir ape ke jadah nya. Bila masa pula ni semua takdir. Ni semua plan mama aku dan mak kau lah nak kenen kan aku dengan kau lah pak cik oit.
AmiraYoseob: Bila masa pula saya lawan takdir? Ni semua plan mak-mak kita yang kononnya dulu nak sangat buka agensi mencari jodoh tapi hajat tak kesampaian. Jadi dorang semua jadikan kita sebagai melunaskan segala hasrat yang terpendam mereka tu.
Shelock Holmes: Awak ni kelakar juga ye saya ingat awak ni orang nya serius. Agensi mencari jodoh. Hahaha.
AmiraYoseob: I’am serius ok!
Sherlock holmes: Ok, ok. Saya serius. Awak tahu tak setiap apa yang mak ayah kita buat untuk kita semua nya terbaik, lagi-lagi mak kita. Setiap perkara yang dibuat untuk anaknya adalah perkara yang terbaik dalam dunia ni untuk anak dia. Jadi saya percaya dengan apa yang ibu saya buat untuk saya.
Peh… Anak mak ke ni. Habis susah lah aku. Tapi apa yang dia cakap tu betul juga.
AmiraYoseob: Apa-apa lah. Dah lah saya nak tidur.
Henfon di campak ke bawah bantal, selimut ditarik sehingga menutup kepalanya.
*****
Hari berganti hari kini sudah genab sebulan aku dan Asri berkenalan. Berkenalan? Boleh lah. Nak kata hati sudah terpaut, masih belum lagi tembok china selatan masih utuh tegak tercacak di dalam hati. Walaupun kadang-kadang rasa goyah juga ditiup angin cinta seakan sepoi-sepoi itu. Ini semua gara-gara selalu keluar dengan si anak mak tu lah. Punya baik dia kautim dengan mama supaya dapat keluar dengan aku. Kalau direct ajak memang sah-sah kena tolak. Tapi bila dah guna harimau dari hutan Madagascar dah tak boleh cakap apa. Yang boleh hanya cakap ‘Ya!’
Hari ini hari ahad yang sepatutnya aku bercuti. Ceh bercuti lah sangat kalau keluar dengan anak mak tu. Aku menipu mama dan sah-sah sekali dengan si anak mak tu, yang aku ada kerja yang urgen. Rasa heaven gila bila dapat berehat di rumah. Tapi bila masuk waktu tengahari terbit pula rasa bosan. Asri tidak pula message hari ini. Ah! Bukan ke itu petanda yang bagus. Perduli kan si Asri tu. Dah Asri nyah kau dari ingatan ku.
“Wa! Bosan nya,” ngomel Amira sendiri.
‘Baik keluar jalan-jalan,’ bisik hati Mira. Lalu bergegas dia menyiapkan dirinya untuk keluar.
Setelah selesai bersiap kunci kereta terus di sambar lalu bergerak turun dari rumah apartmen nya itu. Sesudah sampai ke kereta dipanaskan enjin dahulu sebelum bergerak. Sambil itu otaknya ligat memikir kemana mahu dia pergi.
Pwtc! Itu yang terlintas di dalam kepala otak yang tak berapa nak cerdik itu. Pesta buku baru membuka tirai, dan hari ini hari ke empat pesta buku itu dijalankan. Tapi dah janji dengan Dina nak pergi dengan dia jumaat depan. Ah! Tak pa nanti pergi lagi. Boleh borong novel banyak-banyak, dah lama tak beli novel. Patut rasa semacam je, rupanya tak membaca. Ceh gaya macam membaca buku sastra, padahalnya novel je kut.
Pintu kereta di tutup. Clash di tekan dan gear satu dimasukkan, break tangan diturun lalu pedal minya ditekan dan kereta mula bergerak.
*****
Mak oi ramai nya orang. Gasak lah kau Mira jadi ikan sardin lah kau nanti. Dengan langkah kanan dan tidak dilupa didahulukan bismillah Amira mula bergerak masuk ke gelanggang ikan sardin. Hahaha. Eh dah macam orang jahat pula gelak macam itu.
Tidak sampai sepuluh minit tangan Amira sudah mula penuh. Tangan kanannya memegang dua beg kain berwarna kream yang berlogokan Fixi yang dalamnya terdapat sepuluh buah novel yang di beli. Wang bertuka tangan lalu kaki pantas bergerak keluar dari gerai FIxi yang sudah mula padat dengan manusia-manusia yang gilakan novel sepertinya.
Perjalanan nya diteruskan pula ke gerai Kaki Novel. Sedang asyik memilih buku tiba-tiba bahunya di cuit. Automatik kepalanya menoleh ke kanan melihat siapa yang sesuka hati mencuit bahunya.
“Hai,” sapa gadis berbaju unggu cair.
Mataku merenung wajah gadis itu untuk mengingat siapakah gadis yang menegur ku itu.
Pap!
Syikin!
“Syikin?” soalku.
“Yep, ingat pun,” senyum terukir di bibir gadis itu.
“Mesti lah ingat,” mahu tak ingat sebab kau lah aku  break dengan Akim. Dan sebab kau lah aku kena sepak, terajang dengan dia tahu!
You datang dengan siapa? Mana Akim?” soalnya.
Ceh buat tak tahu pula minah ni, sekali aku bagi cop mohor dekat pipit tu kang tak pasal-pasal dapat blusher free sebelah.
“I sorang je. Akim? Lah buat apa lah you tanya boyfriend you tu dekat I. Mana lah I tahu,” soal ku menyindir.
Muka Syikin berubah, “Bila masa pula boyfriend I. You ni bergaduh dengan dia ke sampai tak mengaku status,”
“Huh… For your information I dah clash dengan dia almost one year ok. I’ist because you,” bidas ku. Ini lah masa dia yang sesuai basuh minah ni kalau tak bila lagi nak basuh bagi wangi macam downy.
“Eh apa you cakap ni? I tak faham. Bila masa pula I dengan Akim. I dah kahwin tak akan nak ada hubungan dengan dia lagi. Bukan ke you all dah plan nak kahwin,”
“Kahwin? Hem… dalam mimpi lah pretty girl oit,” lalu terus kaki ku melangkah keluar dari gerai itu. Hish buat spoil mood betul lah minah ni.
Wait,” tangan kiri ku di tarik,
What?” soal aku angkuh.
“Hei, I tak faham lah cuba you cerita dekat I, bagi jelas,”
“Dah-dah lah tu berlakon,”
“Berlakon apa? Ok dengar sini. I serius tak faham apa yang you cakap tapi serius I memang tak ada apa-apa hubungan dengan Akim. I dah berkahwin enam bulan dah pun. Dan buktinya…” lalu kad nikah di keluar dari bed duitnya, “Ini, tengok…” lalu kad bertukar tangan.
Tergamam seketika, rasa macam kena penampar buaya sekejap.
*****
Amira yang berada didalam kereta mengibas-ngibas tangannya supaya terasa sedikit angin dari hasilan kibasan tangannya. Terasa panas membahang walaupun air cond sudah di hidupkan
“Panas, panas, memang panas,” tangannya msih tidak berhenti mengibas supaya menghasilkan angin.
Telefon bimbin dibawa keluar dari beg tangannya. Lalu panggilan dibuat.
“Haish… mana Dina ni tak angkat-angkat. Ini yang bikin hati lagi panas.” di dail sekali lagi. Masih tidak berangkat.
“Nak call ke tak nak, nak call ke tak nak…” Amira berfikir sejenak.
“Ah call je lah,”
Tidak sampai berapa saat setelah talian di sambungkan…
“Hello dekat mana tu?” soal aku dalam keadaan kasar. Ni yang nak keluar segala hantu, harimau bagai.
“Mari datang kedai pak cik janggut. Saya tunggu dekat sana. Sekarang!”
*****
Dari jauh sudah aku lihat kelibat Asri yang berbaju santai. Seluar jean dan baju kuning cair. Hensome juga, kenapa aku tak pernah perasan mamat ni hensome. Patut lah mama aku berkenan. Perangai pun boleh tahan bukan macam si Malaun seekor tu.
“Ya awak tengak saya macam nak terkam tu dah kenapa?” soal Asri, takut pula rasanya bila minah ni main mata macam itu. Dah macam minah gersang nak terkam aku je.
Soalan itu tidak berjawab.
“Ha, kenapa awak nak jumpa saya? Ingatkan dah tak ingat saya, ye lah ada kerja urgen lah katanya,” kantoi, macam mana pula mamat ni boleh tahu ni. Ah lantak lah itu tak penting yang penting sekarang ni gunung berapi yang dah nak meletup ni perlu di lepaskan.
“Ingat lagi tak Ikram malaun seekor tu?” soal ku.
“Ha ingat. Lelaki yang buat awak trauma nak bercinta, dan payah nak kahwin,” perh sindir habis. Tak apa hari ini hari kau.
“Awak tahu sebenarnya dia tipu saya. Dia cakap dia nak putus dengan saya sebab dia nak balik dengan Syikin, tapi sebenarnya tak. Syikin dah pun berkahwin dan lepas Syikin putus dengan dia memang Syikin dah tak balik semula dengan dia. Sekali pun dia merayu memang Syikin tak akan berbalik pada malaun tu, sebab tak sanggub nak menghadap baran dia tu,” panjang lebar aku cerita.
“Dah tu?” soal Asri selamba.
“Dah tu apa lagi, saya rasa panas lah bila dengar. Dia gunakan alasan Syikin menjadi penghalang hubungan saya dengan dia,” panas pula hati bila mamat ni macam ancuh ak ancuh.
“Kalau Akim tak tipu awak, awak nak terus hubungan dengan dia?” soal Asri, kali ini serius!
Pelik, kenapa tiba-tibaAsri ni nak marah ni? First time tengok dia marah.
Glup!
“Awak sanggup terima sepak, terajang dia? Sanggup tahan dengan baran dia?” soal Asri bertalu-talu.
Kaku seketika aku apabila mendengar butir-butir yang keluar dari mulut Asri.
“Kenapa diam? Awak masih cintakan Ikram? Setelah apa yang dia buat?”
Diam….
“Betul lah tu. Herm…” senyuman terukir setelah berapa minit bibir merah itu tidak terukir dengan senyuman. Sambungnya, “Kenapa awak tak pernah nampak saya? Apa kurangnya saya? Dan apa lebihnya dia sehinggakan  dia mengangkat tangan dekat awak pun masih lagi awak sayang pada dia?” sekali lagi kedengaran keluhan yang berat dari bibir merah itu, senyuman masih lagi terukir.
“Kalau tak ada apa-apa saya balik dulu,” lalu Asri melangkah meninggalkan aku bersendirian yang masih lagi beku walaupun cuaca di luar amat lah panas.
*****
Sudah dua minggu kejadian yang membuat aku menjadi seperti Elsa dalam cerita Frozen yang boleh membekukan orang tetapi dalam kes aku, aku bukan sahaja boleh membekukan orang malah boleh membekukan diri sendiri. Cuma tang nak buat istana ais je yang tak boleh, ye lah kan ni versi Malaysia yang cuaca yang… faham-faham sendiri lah.
Telefon bimbit capai lalu melihat screen yang tiada sebarang tanda message yang masuk. Baru sahaja aku meletakkan telefon di atas meja yang berhadapan aku.
Tiba-tiba …
All I hear is rain drops falling on the rooftop
 oh baby, tell me why’d you have to go
cause this pain I feel it will not go away and today
I’m officially missing you…
Lagu Officially missing you berkumandang dari telefon bimbit Samsung note 2 nya menandakan ada message yang diterima. Dengan sepantas kilat tangan nya menyambar telefon yang berbunyi itu.
Dilihat… Choi! Maxis ni time-time ni juga lah nak hanta surat cinta. Telefon bimbitnya itu dicampak ke tepi. Puan Salina yang tiba dengan memegang sepinggan karipap yang sudah digoreng itu melihat anaknya yang seperti cacing kepanasan.
“Kamu ni dah kenapa? Gelisah semacam sahaja mama tengok, dari tadi tak habis-habis tengok telefon pastu campak ke tepi,” soal Puan Salina pada anak daranya itu. Masa makan pun bawa telefon tidak pernah dibuat.
“Tak ada apa-apa lah, tunggu messege dari Dina. Tadi dia kata nak hantar gambar ape tah. Tapi tak sampai-sampai pun,”
“Ni ha mama nak tanya Asri tak bawa kamu keluar ke hari ini?” soalan cepumas!
“Dia sibuk sikit,” tipu aku. Mata menyemambung kembali menonton televisiyen.
“Mira petang karang bawa mama pergi Ikea, teringin nak makan meat ball,” tu dia, test MAK SALEH. Bukan mat saleh ok, MAK SALEH.
“Erm, kita pergi sekarang lah, Mira pun tengah bosan ni,”
Setelah mama bersetuju tidak tunggu apa lagi terus naik ke bilik dan bersiap. Dari menunggu yang sah-sah tak akan tiba, baik keluar jalan-jalan ambil angin.
*****
Selesai mengisi perut dan sekali gus melunaskan rasa mengidam mama, kami bergerak ke surau untuk menunaikan solat asar. Disebabkan suarau terlalu sesak, setelah aku selesai menunaik kan solat fardhu aku menunggu mama yang masih lagi melaksanakan seruannya di luar. Sedang asyik melihat orang lalu lalang dan keluar masuk dari surau tiba-tiba kelibat yang amat dikenali jelas kelihatan di pandangan. Telefon bimbit di tangan yang tadi kemas didalam gegaman aku hampir terlepas. Tanpa menunggu panjang telefon yang tadi hampir berkecai mengambil gambar sepasang pasangan sejoli.
Dalam perjalanan pulang tiada sepatah perkataan keluar dari mulut. Pedal minyak ditekan dan kereta meluncur laju berjalan.
“Mira kenapa bawa laju sangat ni, slow sikit buat mama gerun lah. Dah la kereta banyak,”  kata-kata Puan Salina tidak di endahkan. Sekarang perasaan…. Marah? Cemburu? Yang aku sendiri tidak pasti meluap-luap di dalam hati. Cuma tunggu masa sahaja nak meletup.
Sampai sahaja di rumah kereta dibawa masuk ke garaj. Mama keluar dari perut kereta ku dan menghembus lafaz lega. Aku masih lagi kaku didalam kereta. Telefon bimbit diambil dari tas tangan lalu membuka gambar diambil. Bibir diketap sekuat-kuatnya menahan perasan amarah. Lalu logo wechat di sentuh dan nama Sherlock Holmes disentuh pada screen.
AmiraYoseob: Jawapan saya bagi soalan awak tentang apa kurangnya awak berbanding Akim sedangkan Akim pernah menaik tangan kepada saya adalah. Akim tidak mahukan saya, dan dia berterus terang untuk tinggalkan saya supaya saya boleh mencari pengganti yang baru. Walaupun dia menipu saya untuk melepaskan dirinya dari mempunyai hubungan dengan saya. Tapi awak…
Dan disentuh perkataan send dan dia menghantar pula gambar yang di ambil seketika tadi. Kaki melangkah laju mencari susuk tubuh yang melahirkannya. Tangga dinaiki dengan laju dan tombol pintu bilik mama di buka kasar. Dengan perasaan marah aku memberi telefon yang terpancar gambar Asri yang sedang memegang beg tangan perempuan yang berada disebelahnya.
“Ini mama kata lelaki baik? Ini!” tengking aku.
Kaki laju melangkah keluar dari bilik dan sekali gus keluar dari rumah mamanya. Telefon bimbit yang berada di tangan Puan Salina segaja dibiarkan, supaya mamanya boleh melihat jelas-jelas calon menantu mama yang mama agung-agungkan itu sebenarnya bagaimana orangnya.
Air mata yang setelah sekian lama tidak mencorak seperti sungai kini melakarkan corak sungai yang amat cantik sekali.
*****
Tuk, tuk, tuk… pintu bilik aku diketuk beberapa kali. Aku yang tadi lena tidur bersama linangan air mata terjaga mendengar ketukan yang amat kuat.
“Mira buka lah pintu, mama kau call. Dia risau tentang kau,” separuh merayu Dina memujuk meminta pintu bilik yang dikunci itu di buka. Terbit rasa risau melihat temannya menangis apabila sampai dirumah. Nak ditanya kenapa, sesudah sampai sahaja terus berkurung didalam bilik. Dan baru ini mama temannya itu menalifon nya menanya akan tentang anaknya.  Dia sendiri tidak pasti keadaan Amira bagai mana yang pasti semasa balik tadi dia menangis teresak-resak.
Sudah ku jangga pasti mama akan menalifon Dina. Panggilan yang ingin Dina sampaikan itu aku biarkan. Baik tidur lagi bagus.
Sejam kemudian…
“Amira buka pintu,” Amira yang lena tidur terperanjat lalu bangun terduduk.
Huis! Dasyat betul sampai dalam mimpi aku dengar suara dia. Sah mamat ni bagi aku minum ubat guna-guna.
Tuk! Tuk! Tuk! Kali ini ketukan pintu amat kuat.
Ni dah apa hal pula si Dina ni ketuk pintu aku kuat-kuat, tak faham orang nak bersendirian ke.
Baru sahaja aku ingin bangun berdiri untuk membuka pintu…
Klak!
Pintu bilik dibuka dari luar.
Orang pertama yang dilihat adalah… Asri!
Aku mimpi ke? Asri yang tadi mengadap aku kini berpusing ke belakang.
Sah mimpi. Huh itu la dulu nak game kan orang sangat sekarang siapa yang kena game?
“Mira, Mira ok?” soal mama.
Dah mana pula datang mama ni, dari ceruk mana pula mama masuk?
“Hais dasyat betul mimpi ni,” tutur aku perlahan.
“Ini bukan mimpi Amira, ni betul-betul,” sudah seperti ayat dalam cerita pendekar bujang lapok.
“Dah pakai tudung cepat mari kita kelaur bincang,”
Aku yang masih blur menyarung tudung yang di beri oleh mama.
Setiba di ruang tamu…
‘Eh ada lagi mamat ni?’
“Duduk, Mira,” tegur Puan Salina lalu bergerak ke dapur bersama Dina untuk menyediakan air.
“Awak sebenarnya yang awak nampak dekat Ikea tu, itu kawan saya. Dia dari Brunai datang sini, esok dia nak balik jadi saya bawa dia jalan-jalan. Lagi pun dia dah berkahwin, tak akan saya nak rampas bini orang pula,” terang Asri.
Aku yang duduk di sofa seperti patung masih lagi berdiam diri.
“Yang tentang soalan saya hari itu saya minta maaf, masa itu bila awak sebut tentang Akim saya rasa marah sangat. Seolah-olah awak masih ada perasaan dekat dia walau pun apa yang dia dah buat pada awak. Sedangkan saya layan awak dengan baik dan tak penah naik tangan dengan awak malah sentuh pun tidak, tapi awak masih tak terima perasaan saya. Dan masa tu saya sangat… sangat… cemburu dengan Akim. Sampai saya rasa saya ni lelaki yang tak ada apa-apa sebab tak dapat nak dibandingkan dengan Akim.” apa nak jadi –jadi lah, hari ni sebelum aku melangkah keluar dari rumah ni aku akan pastikan kau akan terima aku menjadi suami kau.
“Tak bukan salah awak, salah saya. Saya sendiri pun tak tahu kenapa saya marah sangat. Mungkin sebab dia tipu saya. Saya paling tak suka orang tipu saya dan mungkin sebab itu saya jadi marah, tapi tak bermakna saya masih ada hati dengan dia,” jelas ku jujur.
“Saya nak tanya awak buat kali terakhir boleh saya jadi orang yang melindungi awak sehingga ke syurga?” badul berwarna putih di keluar dari poket seluarnya lalu di buka dan dihulur ke aku.
*****
Dulu aku yang trauma akan cinta kaum adam kini sudah berjaya berhadapan dengan situasi itu. Dan tidak dinafikan juga masih ramai lagi lelaki yang mempunyai sikap baran dan kaki pukul yang membuatkan ramai perempuan trauma akan cinta. Tetapi bukan semua lelaki, bak kata suami ku ‘segelintir’ sahaja. Terbukti lelaki yang bergelar suami iaitu Asri tidak pernah menaikkan suara, memukul malah menjentik pun tidak pernah terhadap diriku. Dari situ aku mula memengang kata-kata suami ku ‘hanya segelintir sahaja’. Kata-kata itu aku pegang sampai ke hari ini.
Setelah kejadian di Ikea berlaku sebulan kemudian aku dinikahkan dengan berwalikan abang aku Halim. Betul kata-kata suami ku,  ‘setiap apa yang mak ayah kita buat untuk kita semuanya adalah yang terbaik, lagi-lagi mak kita. Setiap perkara yang dibuat untuk anaknya adalah perkara yang terbaik dalam dunia ini buat anak dia.’ kata-kata dari message yang dihantar oleh suaminya sewaktu ketika dahulu masih di simpan. Kini aku telah sah bergelar seorang isteri kepada Asri mokhta B. Hasan. Dan tidak lama lagi bayi dalam kadungan ku yang sudah mencecah lapan bulan akan lahir melihat dunia. Dan aku berdoa sekiranya aku dikurniakan anak perempuan, anak aku tidak akan salah memilih bakal suaminya.
“Sayang buat apa tu?” soal Asri yang datang dari mana aku sendiri tidak pasti, melabuh pungguh di sebelah aku dan melekapkan mukanya ke perut boyot ku. Semenjak aku mengandung Asri gemar bermain dengan perut ku. Katanya itu sabagai interaksi seorang bapa kepada anak, supaya bila anak tu lahir dia akan kenal akan ayahnya. Tah dari mana lah teori yang diambil aku sendiri tidak pasti.
“Ish abang ni saya dengah baca buku ni, jangan lah kacau,” marah aku, lah bukan marah betul-betul. Marah-marah manja.
“Siapa kacau awak, saya tengah main dengan anak saya,”
“Hello awak tengah main dengan anak awak itu bermaksud awak mengacau saya. Sebab anak awak dan anak saya sekarang berada didalam perut saya jadi awak berinteraksi menggunakan perut saya,”
“Ala dah marah ke? Jangan marah-marah nanti baby muka tak hensome awak nak…”
Itu lah akhir cerita aku, Hidup dengan lelaki pilihan mama dan bakal mempunyai anak lelaki. Doa kan aku selamat bersalin dan mempunyai anak yang soleh soleha. Dan satu lagi aku nak pesan pada wanita-wanita diluar sana jangan takut untuk bercinta mahupun berkahwin walau banyak mana korang kecundang dalam percintaan. Ingat masih ada lelaki yang baik diluar sana, jangan terus menghukum lelaki sebegitu kesian kaum adam yang baik-baik. Nanti jadi ANTERTU (anak teruna tua) pula. Ha! Jangan ingat perempuan je ada gelaran ANDARTU untuk yang terlajak umur yang masih tidak berkahwin. Lelaki pun ada tahu. Sampai sini cerita aku. Sampai kita ketemu lagi. Bye! ☺


                           -TAMAT-
12/05/2014
11.43AM




#Assalamualaikum semua terima kasih kerana sudi membaca cerpen yang tak seberapa ini, saya pasti masih banyak kekurangan dalam cerpen ini. Jadi saya berharap jika ada tersalah bahasa, terkurang sana sini harap tegur lah saya untuk memperbaiki. Dan juga saya berharap anda semua memberi sokongan pada saya untuk terus menulis. Insyaallah novel Jatuh cinta dan Anugerah akan saya update next bab nya. 
-Sekian dari saya Sabrina-

Saturday 16 August 2014

Anugerah Bab 1



BAB 1
Permulaan anugerah
2008
Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba, kunjungan sepupuku Noor sekeluarga bertandang ke rumah aku. Aku Salina sememangnya amat rapat sekali dengan Noor, mungkin jarak umur kami  yang hanya setahun membuatkan hubungan sepupu itu lebih akrab. Dan yang tua itu semestinya lah Noor. Hahaha… Jangan marah nya Noor.
“Wei Noor jom makan, mak aku masak sedap-sedap hari ni tau. Khas untuk kau,” ujar ku. Panggilan aku dan kau sudah sebati dibibir walaupun Noor tua setahun dari aku, tiada bahasa kakak di hadapan. Bagi kami… ala setahun je tak payah nak berkakak-kakak sangat lah.
“Ni yang best ni, patut la perut aku ni dekat rumah tak mahu makan rupa-rupanya perut ni nak di isi dengan makanan dekat sini,” walaupun umur Noor baru mejangau ke angka empat belas dia petah berkata-kata. Itu lah Noor.
Kaki aku membawa Noor ke meja makan yang sudah terhidang dengan belbagai jenis aneka makanan yang di sediakan oleh ibu. Pak long dan ayah rancak berbual di ruang tamu, isu yang di sembang semestinya bisnes. Sememangnya ayah dan abang iparnya meminati akan bidang bisnes, kadang kala aku pernah terfikir kenapa pak long dan ayah tidak mahu membuka bisnes. Tidak perlu makan gaji dengan orang, tidak perlu rasa stress apabila ditekan oleh orang atas. Tapi masa itu aku baru berumur tiga belas tahun yang tidak tahu menahu akan selok-belok bisnes dan jatuh naik bisnes, sememangnya bukan senang untuk membuka satu perniagaan. Malah untuk membuka perniagaan pisang goreng pun bukan semudah yang difikirkan. Pusingan modal perlu betul jika tidak, tak sampai tiga bulan tutup lah gerai.
“Ini macam mana masuk sekolah menengah? Best?” soal mak long yang sedang menuang air sirap selasih yang masih sejuk itu ke dalam gelas.
“Boleh, la. Macam biasa je cuma subjek tu je rasa janggal sikit. Ye lah dulu tak ada pun subjek geografi, sejarah, kemahiran hidup,” balas aku.
Selesai makan aku dan Noor masuk ke bilik untuk bergosip. Sebenarnya tak ada lah gossip mana pun. Cuma bercerita tentang benda ‘itu’ je. Oh, aku lupa nak cerita pasal benda ‘itu’. Mesti korang tertanya-tanya bende ‘itu’ tu apa kan. Ok macam ini, Noor ni ada satu kelebihan untuk melihat benda yang hanya orang tertentu sahaja yang boleh nampak. Korang rasa-rasa apa dia? Mesti dah tahu kan. Hantu. Bukan boleh nampak sahaja malah dia boleh merasa, berinteraksi dan mengubat. Tapi bab mengubat itu dia kurang sikit. Kurang kenapa? Itu jangan tanya, aku sendri pun tak berapa faham sebenarnya dan yang paling tepat malas nak ambil port. Sebab masalah benda-benda halus ni complicated sikit.
Setiap kali kita orang berjumpa mesti soalan yang aku tanya adalah ‘dekat sini ada tak?’. Soalan itu dah klise didengar oleh sepasang telinga capang Noor.
“Dekat sini ada tak?” soal ku sambil anak mata memilau melihat keadaan sekeliling ruang bilik aku yang tidak berapa besar itu.
“Ada, tu dekat hujung katil,” balas Noor sambil menunjuk ke arah bucu katil sebelah kiri yang rapat dengan dinding dengan jari hantu nya.
Meremang bula roma, mata aku melihat kearah yang di tunjuk oleh Noor. Tak nampak apa-apa pun. Kadang-kadang terdetik hati untuk memiliki kelebihan seperti Noor. Rasa bangga menerpa ke hati seketika apabila membayangkan diri dapat melihat makhluk halus atau bahasa kasarnya hantu. Tapi tidak sampai seminit angan-angan itu mati apabila memikirkan wajah yang buruk akan ditatap oleh sepasanga mata ini. Terus perasaan bangga bertuka rasa bersyukur kerana Tuhan tidak memberi keistimewaan itu.
“Aku nak bagi tahu kau satu benda ni,” raut wajah Noor kelihatan serius.
Serba sedikit perasaan gemuruh tiba-tiba hinggap ke hati. Jarang sekali Noor dalam keadaan serius
“Pe dia?” jawab ku tenang.
“Tak lama lagi kau pun dapat macam aku,” tutur Noor seakan-akan berbisik. Tidak mahu orang lain dengar, benda ini memang berat nak diterima tapi masanya sudah tiba. Nak tak nak kena terima dan hadapi juga.
Aku yang mendengar tergamam.
Glup!
“Haha…haha…” ketawa ku menjadi tersangkut-sangkut. Takut? Gembira? Belbagai persoalan dibenak fikiran aku. Sejujurnya otak aku jadi hang dan blank bila butir-butir yang keluar dari bibir sepupuku menerjah masuk ke dalam telinga ku lalu sampai ke otak dan memproseskanya.
“Kau ni kalau nak bergurau sekali pun tak payah lah melibatkan hal-hal macam ini. Dah lah jom pergi kedai kita beli ais kream, tekak aku rasa nak makan ais kream pula,” sebenarnya aku masih terkejut dengan apa yang dikata oleh Noor, kalau ikut kan nak bangun pun tak mampu rasa kejang satu badan.
“Aku tak bergurau aku serius. Lagi pun kau selalu mengadu dekat aku yang kau macam nampak kelibat-kelibat kan? Sebenarnya itu tanda-tanda dia,” jelas Noor, dia melihat air muka aku sedikit ketakutan. Sememangnya sebelum ini nak kata kerap tak juga, tapi ada lah sesekali aku memang nampak kelibat-kelibat tu.
“Tapi kenapa kau bagi tahu aku sekarang? Bukan sebelum ni masa aku bagi tahu kau?”
“Aku takut kau jadi takut dengan kelibat atau bayang-bayang tu. Lagi pun aku tak berapa pasti sangat masa itu. Jadi aku ambil keputusan untuk tengok dulu benda tu apa sebenarnya. Tapi dari mula lagi aku dah dapat rasa yang kau akan dapat. Tapi perasaan tu tak kuat sangat, sebab aku dulu masa nak dapat bukan macam itu.  Rupa-rupanya itu adalah first hint tuk kau dapat benda tu semua.
“Ish kau ni mengarut je. Tu mungkin firasat kau je, lagi pun aku tak nak benda-benda ni. Aku bukan kuat macam kau, aku seorang penakut. Dah lah jom kita pergi kedai aku nak ais kream,” Salina cuba untuk tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh sepupunya.
“Terpulang pada kau sama ada kau nak percaya atau tidak. Tapi aku betul-betul serius dalam bab-bab macam ni. Aku berani buka mulut sekarang ni pun sebab aku rasa dah sampai masa nya untuk kau tahu. Soal kau takut tu, itu mula-mula je. Nanti bila kau dah biasa nampak kau tak akan rasa perasaan takut tu lagi bila kau berdepan dengan ‘bende’ tu,”
Dup dap dup dap…
Jantung bergerak laju, peluh-peluh sejuk mula membasahi dahi licin Salina.
‘Gila! Aku tak bersedia lagi lah, aku takut dengan benda-benda halus ni. Tapi… betul kea pa yang Noor cakap? Noor tak pernah tipu dalam hal-hal macam ini. Kalau betul apa yang aku patut buat?’ bisik hati kecil Salina.
*****
Aku menghempas badan di atas katil di tingkat bawah. Katil aku yang sebenar adalah di atas, akan tetapi kakak aku Melur berada diasrama jadi katilnya menjadi katil aku untuk sementara dia tiada dirumah. Senan untuk bangun ke tandas tengah malam tidak perlu untuk memijak tangga untuk turun kebawah.
Kedua-dua belah tangan diletak kebelakang kepala, secara automatik kata-kata Noor bermain di kotak minda. Hati mula risau dengan kata-kata Noor. Hatinya mula ingin percaya dengan kata-kata Noor. Tapi…
Krikkk…
Tiba-tiba katil yang didiami oleh aku bergoyang.
“Gempa bumi ke?” soal aku sendiri, lalu aku bangun dari pembaringan.
TIdak pula rasa lantai rumah bergoyang.
‘Ish perasaan aku je kut,’ aku kembali baring.
Dikerling jam loceng di atas meja belajar, sepuluh setengah malam. Baik aku tidur, esok lambat pula bangun nak solat subuh. Lalu mata ditutup rapat.
TIdak sampai lima minit…
Krikkk…Krikkk…
Katil bergoyang lagi! Malah lagi kuat dari tadi. Hati mula tidak tentu arah, nak bangun tengok siapa diatas katil, tidak pula aku berani. Nak bangun lari? Kaki rasa macam tak ada kekuatan, nak bangun pun rasa tak larat dah ni.
‘Bertenang Salina, bertenang. Sekarang kau tutup mata rapat-rapat dan cuba tidur. Buat tak tahu dengan katil bergoyang tu, anggap kau tidur dekat dalam buaiyan baby. Dan jangan lupa zikir,’ hati kecil aku mula menenang kan diri sendiri.