Sunday 19 May 2013

Jatuh Cinta ??? BAB 1 [ PART 3 ]




BAB 1
-PART 3-
‘1000 mancis tidak menerangi dikau di dalam kegelapan buat selama-lamanya , akan tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan.’
Tanpa memberi salam Syaza dan Adira menerjah masuk ke bilik yang boleh dipanggilkan office . “ Dyaz cepat-cepat sini.” Syaza dan Adira kelihatan cemas.
‘Dah macam baru balik dari road run je dua-dua minah ni.’ 
“ Kalau ye pun mari la masuk dulu.” Panggil Dyaz yang melihat mereka hanya berdiri dipintu sambil termengah-mengah.
Kedua kawan baiknya menarik kerusi yang berada di hadapan Dyaz.
“ Kau tahu tak pasal Martim?” Kali ini Adira pula yang bersuara.
Dahi Dyaz berkerut.
“ Kau tahu tak ni ?” Syaza sedikit geram dengan respond yang diberi oleh Dyaz.
“ Tak , kenapa ?” Hati Dyaz mula tidak keruan
“ Martim dah tahu yang kau suka dia .” 
Bagaikan mahu terlompat Dyaz mendengarnya.
“ Ha! Kau biar betul , macam mana dia tahu ?!”
Dyaz mula gelisah .
“ Tu aku tak pasti tapi aku rasa ni semua kerja si beruk la. Kan masa kita dekat kedai makan kita ada sembang pasal benda alah ni , lepas itukan si beruk tu mana ceruk dia datang tah boleh curi dengar pula perbualan kita.” Dalam satu nafas syaza bercakap.
“ Aku pun rasa sama la . Kau kan musuh ketat dia .”Adira menambah.
“ Ha baru aku ingat benda ni yang aku nak cakap sangat dengan kau ni dari tadi , tu yang kita orang berlari datang sini.”
“ Apa pula kali ini ?” 
“ Tadi Martim cari kita orang dia tanya butik kau dekat mana . Aku rasa dia nak datang sini la .”
Kali ini bukan lagi jantung dah nak terkeluar tapi jasad juga turut mahu serta . Dyaz bagaikan cacing kepanasan , kaki Dyaz mula sudah tidak cukup tanah melangkah . Dyaz kehulur- kehilir didalam office.
‘Apa patut aku buat ni.’
“ Korang , korang kena tolong aku. Wa!!! Malunya aku . Apa aku nak buat sekarang ni.” Dyaz mula panik.
Tiba-tiba muncul satu idea.
‘Lari.’ Hanya perkataan lari yang berlegar di kepala otaknya. Lalu dikemaskan segala barang-barang yang bersepah diatas meja dan dengan pantas tangannya mengambil handphone dan beg tangannya lalu dia mula melangkah keluar dari office .
“ Eh kau nak pergi mana ni?” Syaza yang hanya memerhati tingkah laku Dyaz mula bersuara.
“ Lari.” 
“ Ha?! Lari ? Ke mana?”Adira sedikit terkejut.
“ Eh bukan lari , balik rumah.” Betul Dyaz
Syaza dan Adira mengikut setiap langkah Dyaz , dah macam ibu itik membawa anak-anaknya pergi berenang.
Dyaz mencari kelibat Atiqah pekerjanya .
“ Tiqah awak jaga kedai ni , saya nak kena balik ada hal kecemasan . Kalau ada apa-apa awak call saya .”
Atiqah sedikit pelik dengan tingkah laku Dyaz yang agak kelam-kabut.
“ Ok.” Hanya itu sahaja Atiqah dapat menjawab.
Belum sempat Dyaz memegang tombol pintu butiknya seorang lelaki telah menolak pintu butiknya dahulu . Dengan serta-merta langkah Dyaz berhenti ,Syaza dan Adira yang tidak dapat mengawal break kakinya lalu melanggar Dyaz dari belakang.
“ Aduh sakit la !” Marah Dyaz.
Dyaz segera berdiri kerana dia perlu segera beredar dari butiknya.
“ Maaf  saya tak pera…” Dyaz kelihatan terkejut , sebegitu cepat lelaki yang diminati itu sampai ke butiknya.
‘ Martim’ Dyaz hanya mampu menyebutnya di dalam hati sahaja. Lidahnya menjadi kelu, badannya menjadi kaku .
Syaza dan Adira juga kelihatan terkejut , mereka turut menyertai emosi ketidak keruan Dyaz . 
“ Siti Wijdyaz Dana ?” Tanya Martim kepada Dyaz.
“ Eee ye sa…ya…” Dah jadi minah gagap pula Dyaz ni , habis jatuh saham .
“ Boleh kita bercakap sekejap?” Martim kelihatan tenang dan senyumannya terukir. Ini yang buatkan Dyaz lagi cair depan mamat ni.
“ Boleh. Mari ikut saya.”Dyaz berlagak tenang.
Martim mengikuti Dyaz.
“ Duduk la.”
‘ Aduh apa yang aku nak cakap ni. Eh kenapa pulak aku yang pula nak kena fikir nak cakap apa , kan dia yang datang jumpa aku.’
“ Errr macam mana saya nak cakapnya.”
“ Tak apa cakap sahaja .” 
‘Apa yang aku cakap ni ‘Tak apa cakap sahaja’ bukan kau dah tahu sebab apa dia datang ke Dyaz. Tak apa-tak apa buat-buat tak tahu Dyaz , bertenang tarik nafas lepas tarik lepas.’
“ Macam ni saya ada dengar yang awak ada suka dekat saya.”
‘Peh straight to the point betul mamat ni .’
Muka Dyaz sudah naik merah.
“ Eee… mmm…” Fikir Dyaz fikir apa yang kau nak cakap.
“ Betul ke? Saya cuma nak kepastian sahaja.”
Dyaz menundukkan wajahnya.
“ Ye.”
‘Bagaikan mimpi , betul ke aku cakap ni? Aku mengaku ? Aduh ni Siti Wijdyaz Dana ke?’
Martim terdiam seketika.
“ Macam ini la saya berterus terang . Saya tak nak awak menunggu saya atau mengharap apa-apa dari saya sebab saya tak nak awak kecewa kemudian hari .Saya sebenarnya tak ada terfikir tentang sebarang perhubunganpun buat masa sekarang ini . Saya cuma mahu menumpukan perhatian pada study sahaja . Saya betul-betul minta maaf sebab kecewakan awak .”
Dyaz tidak sedikitpun mengangkat wajahnya , Dyaz berasa teramat malu sehingakan mahu menangis. Tidak pernah Dyaz merasa semalu ini seumur hidupnya.
“ Errr ta.. tak apa.” Hanya jawapan itu sahaja meluncur dibibir Dyaz.
“ Saya betul-betul minta maaf . Kalau kita ada jodoh insyaallah Allah pertemukan kita semula.” Martim kelihatan serbasalah.
“ Hahaha tak apa. Benda kecik je . Jangan risau saya tak akan bunuh diri , awak tak perlu risau.” Dyaz cuba berlawak.
“ Saya harap awak akan jumpa lelaki yang lebih baik dari saya.”
“ Insyaallah.” Dyaz cuba mengukir senyuman.
“ Saya harap awak tak akan berdendam dengan saya , sebab perkara ini.”
“ Eh tak , tak awak jangan risau saya tak ada sikit pun niat nak berdendam dengan awak . Jangan risau.” 
“ Kalau begitu saya minta diri dulu .” Martim berdiri lalu dicapai beg sandang yang diletaknya di kerusi sebelah.
“ Oh ok.” Dyaz turut serta berdiri.
“ Saya harap awak tak ada berkecil hati dengan saya ya.”
“ Oh tidak , jangan risau.” 
“ Saya balik dahulu , assalamuaikum.” Lalu Martim menunduk tanda hormat yang digantikan dengan bersalaman.
“ Waalaikumusalam.” Dyaz juga menunduk.
Mata Dyaz menghantar Martim ke pintu butiknya , lalu dia menghempas punggungnya ke atas kerusi.
Syaza dan Adira segera mendapatkan Dyaz.
“ Dyaz kau ok tak ni ?” Adira kelihatan risau .
‘Tahan Dyaz , tahan jangan nangis.’
“ Aku ok.” Dyaz menghadiahkan temannya senyuman.
“ Betul ni ?” Syaza mula ragu-ragu dengan Dyaz.
“ Ya Allah betul la. Jangan risau aku boleh cari lelaki lain , aku kan mudah jatuh cinta.”
Syaza dan Adira hanya membisu , mereka tahu Dyaz cuba menutup perasaan yang bercampur baur itu. 
“ Kau nak aku hantar kau balik rumah?” Syaza pula bersura.
“ Tak apa la aku balik sendiri.” Lalu Dyaz mengangkat punggungnya.
Lalu Syaza dan adira juga menghayun kakinya keluar dari butik.
**********************************************************************************************

“ Eh awalnya Dyaz balik.” Puan Sumayyah yang berada di ruang tamu sedang menonton television menegur anak tirinya.
Dyaz sedikit tidak memandang ibu tirinya , lalu dihayun kakinya naik ke bilik dengan laju.
Encik Syafii yang baru turun anak tangga berselisih dengan Dyaz kelihatan pelik.
“Tak pandang kiri kanan berjalan.” Marah Encik Syafii.
Dyaz yang baru masuk kebiliknya itu segera menguncikan pintunya lalu dihempaskan tubuhnya ke atas katil . Beg tangannya sudah dicampak awal-awal di tepi katil. Dyaz merasa lemas setelah satu minit menyembamkan mukanya dibantal lalu dipusingkan badannya menghadap syiling , lalu tangannya membuka pin comelnya dan mencampak pin serta tudungnya ke atas lantai.
Dyaz cuba melelapkan matanya , dia cuba tidur untuk melupakan perasaan sedih dan malunya itu tetapi matanya tidak mahu . Dengan pantas Dyaz mengambil tuala lalu kakinya melangkah ke bilik mandi untuk membersihkan diri dan melaksanakan solat zohor. Mungkin dengan cara itu Dyaz dapat mengurangkan sedikit perasaan sedih dan malunya itu.
**********************************************************************************************


“ Sorry last minit bagi tahu ambil lepas zohor.” Balqis yang baru masuk ke dalam perut kereta terus memakai tali pinggang .
“ Tak apa .” 
“ So you nak bawak I pergi mana ni?” 
“ Mmm. Ada la .” Senyuman di bibir Uwais tidak pernah lekang dari bibir merahnya itu .
Balqis hanya mendiam kan diri dan matanya cuba mengecam jalan , di kepalanya menjadi tanda tanya kemanakah Uwais ingin membawanya?
“ Jauh lagi ke?” Walaupun perjalanannya baru memakan masa tiga puluh minit , balqis sudah merasa bagaikan sejam didalam kereta . Balqis betul-betul ingin masalah ini selesai dengan cepat .
“ Dah nak sampai dah .” 
Kereta yang mereka naiki sudah memasuki kawasan perumahan.
Balqis sedikit gelisah .
“ Uwais you sebenarnya nak bawak I pergi mana ni.” Suara balqis sedikit cemas .
Uwais membelok ke kiri dan memasuki sebuah rumah yang berlot tepi .
Akhirnya Balqis dapat menangkap tujuan Uwais membawanya keluar.
“ You nak bawak I pergi jumpa parent you?”
Uwais mematikan enjin keretanya.
“ Yep .” Sambil senyum Uwais menjawab.
“ Uwais kenapa you tak bagi tahu I yang you nak bawak I ke rumah you?” Kali ni suara Balqis sedikit keras.
“ Sorry la kalau I buat you marah. Tapi I betul-betul nak kenalkan you dekat family I . Ibu I asyik tanye je bila I nak kahwin. Then I rasa ini la masa sesuai untuk bagi tahu pada family I .”Uwais menjawab tenang walaupun dia sedikit terperanjat dengan suara Balqis yang sedikit mengeras.
“ Uwais sebenarnya I ada benda nak cakap dengan you . I ingatkan nak bagi tahu minggu depan masa hari reunion kita , tapi I rasa I patut bagi tahu you sekarang jugak. I sebenarnya dah nak bert…”
“ You ibu I la jom kita keluar nanti kita cakap masa balik ye.” Lalu Uwais terus keluar dari perut kereta.
Balqis tiada pilihan lalu balqis juga turut keluar dari kereta.
“ Mari masuk Balqis.” Pelawa Puan Azizah dengan ramah.
**********************************************************************************************

“ Tambah lagi Balqis jangan segan-segan makcik masak banyak .”Puan Azizah kelihatan gembira melayan tetamu .Puan Azizah ada membaca sebuah buku hadis.Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud ;

“ Sesiapa yang beriman kepada allah dan hari kemudian , maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau mendiam . Sesiapa beriman kepada Allah dan hari hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan jirannya .Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.”
(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

“ Tak apa ni banyak lagi dalam pinggan ni .” Balqis menolak lembut.
Selepas selesai makan balqis membantu Puan Azizah mengemas pinggan-pinggan yang diguna untuk menjamu selera seketika tadi. Diangkat satu persatu pinggan di atas meja lalu di letak didalam singki kemudian tangannya mencapai span untuk membasuh pinggan.
Puan Azizah yang baru masuk kedapur kelihatan terkejut melihat Balqis membasuh pingga-pinggan itu.
“ Ya allah Balqis buat apa basuh pinggan tu biar letak di situ nanti mak cik basuh .”
“Eh tak apa mak cik saya boleh buat , lagi pun makcik mesti dah penat memasak sehari seruntuk . Lagi pun dah nak habis dah ni , tinggal sikit je lagi.” Balqis menghadiah kan senyuman yang manis kepada Puan Azizah.
Puan azizah mengambil kain lalu di lap pinggan itu.
“ Balqis duduk di mana?” Soal Puan Azizah ramah.
“ Qis duduk dekat kota damansara .” Jawab Balqis sambil tangannya sibuk membilas pinggan yang di basuh itu.
“ Oh , duduk dengan keluarga ke ?”
“ Eh tak la duduk dengan kawan . Mak ayah duduk dekat Pahang.”
“ Mmm . Dah lama ke kenal dengan si Uwais ni ?.” Sesi temu duga mencari jodoh sudah dibuka oleh Puan Azizah .
“ Dah lama la jugak dari Universiti lagi .” 
“ Oh , sama baya dengan Uwais la ni?”
“ A’ah .”
“ Sama cours dengan Uwais ke ?”
“ Eh tak la saya cours bisnes .Kami kenal masa aktiviti luar Universiti.”
“Mak cik tak pernah pun dengar Uwais sebut pasal perempuan. Mak cik terkejut betul bila dia  bagi tahu makcik yang dia nak bawak Balqis datang sini . Lega mak cik bila tengok Uwais dah ada pilihan hati dia. Cantik ,lemah lembut. Mak cik harap Balqis dapat la jaga Uwais nanti .Uwais ni umur je dua puluh lima tahun tapi perangai tu macam budak-budak lagi.”
Balqis berasa sebersalah kerana Puan Azizah bagaikan meletak harapan yang tinggi dalam hubungan dirinya dengan Uwais.
Balqis menyudahkan pinggan yang terakhirnya itu lalu dilapnya dengan kain .
Puan Azizah mengambil buah yang sudah siap dipotong di dalam peti ais lalu di letakkan di dalam dulang.
“ Mari Balqis bawakan mak cik.” Lalu dulang sudah bertuka tangan.
Puan Azizah berasa senang dengan tingkah laku Balqis.Mungkin Balqis adalah jodoh terbaik buat anak bongsunya itu.

No comments:

Post a Comment