-PART2-
‘Orang yang
hebat adalah orang yang bersedih tapi tetap berusaha membahagiakan orang lain
.’
Kepala Uwais masih tidak
dapat menghentikan vedio yang telah dilakonkan oleh dirinya dan Balqis ,ianya bagaikan
sebuah drama . Cinta tiga segi tajuk yang sesuai dengan dramanya itu .Hatinya merasa
sakit apabila mengingatkannya . Uwais tidak dapat mengawal perasaan marah dan sakit
hati .
Balik dari kerja dirinya
terus masuk ke bilik . Makan entah ke mana , mandi entah ke mana . Nasib solat tidak
di tinggalnya . Puan Azizah begitu risau dengan anaknya yang tidak banyak bercakap
dan suka menyendiri . Pada mulanya dia menganggap kemungkinan anaknya mempunyai
masalah di tempat kerja . Tetapi apabila melihat keadaan anaknya itu sudah seminggu
begitu hati ibu mana yang tak risau dan Puan Azizah merasa bahawa ada sesuatu
yang telah terjadi .
Lantas kakinya melangkah
menaiki anak tangga lalu di ketuk bilik anak terunanya .
“ Uwais .”
Tiada sebarang
respond yang di beri oleh anaknya .
“ Uwais ibu masuk ni.”
Lalu tangan Puan Azizah laju memulas tombol pintu bilik anaknya itu.
Di lihat bilik begitu
gelap dan sejuk berapa la suhu penghawa dingin yang anaknya pasang agak nya mungkin
enam belas . Di buka suis lampu yang berada di sebelah pintu bilik itu supaya ruang
bilik yang gelap itu menjadi terang .
Di lihat anaknya sedang
enak di buai mimpi .Puan Azizah menghampiri Uwais yang berbungkus di dalam selimut
itu . Di tarik selimut anaknya .
“ Adik bangun dah
pukul dua petang ni . Bangun mandi lepas tu solat . Adik tak lapar ke ?”
Uwais membuka matanya
,agak berat matanya hendak dibuka . Malam semalam pukul berapa dirinya melelapkan
mata . Kepalanya cuba mengingat . Ha! Pukul tiga pagi .
“ Mmm…”
“ Bangun adik jangan
baring lagi nanti tertidur balik .”
Lalu Uwais bangun dan
duduk di bibir katil .
Puan Azizah mengambil
tuala mandi lalu diberi kepada anaknya . Kakinya melangkah ke tingkap pula , di
buka langsir dan tingkap .
****************************************************************************************************
Dyaz yang baru selesai menunaikan solat isya’ , melipat telekung . Setelah selesai Dyaz menghempas badannya ke atas katil .
“ Wah nikmatnya dapat
baring .” Dirinya merasakan sudah sekian lama tidak dapat memanjakan badannya
di atas tilam yang hempuk lagi gebu itu , ini kerana dia terlalu sibuk dengan
final exam yang sudah seminggu bermula . Dan dalam masa yang sama dia juga
tidak lupa menguruskan butiknya itu . Jika di tinggalkan begitu sahaja siapa
pula yang akan bermurah hati untuk menguruskannya . Jadi nak tak nak kena
gagahkan diri juga untuk menguruskan kedua-duanya sekali.
Tiba-tiba dalam
mengelamun Dyaz terbayangkan satu tempat yang begitu tenang dengan angin yang
kuat menampar lembut pipinya , laut yang berada di depan matanya itu berwarna
biru membuatkan dirinya begitu tenang .
Lalu dengan lajunya
Dyaz bangun dan mengapai telefon bimbitnya dan jarinya menekan nombor di screen
fonnya .
“ Assalamualaikum Syaza
, kau buat apa ?”
“ Waalaikumussalam
,kau tanya aku buat apa ? Hoi mak cik exam kita tak habis lagi kau boleh tanya
aku buat apa lagi , study la .”
“ Amboi marah nampak
. Relax la bukan kau sorang je study aku pun sama juga study , cuma beza aku
baru lepas habis kau masih lagi belum abis .”
“ Perli nampak .”
“ La mana ada aku
perli kau . Dah la , ini aku call kau nak tanya kau setuju ke tak .”
“ La setuju apa pulak ni ? Kau nak suruh aku
buat kerja tak bertauliah lagi ke ? Aku tak nak la , cukup la sekali aku buat .
Aku dah insaf .” Dengan senafas sahaja Syaza menjawab , ini semua di sebabkan
dirinya begitu fobia . Bila di ingatkan balik bagaimana mereka hampir terkantoi
memancitkan tayar motor fatimah a.k.a beruk betina . Nama je cantik dan lembut
tapi perangai mengalahkan beruk betina jumpa jantan.
“ Ish kau ni bukan la
, aku nak ajak kau pergi bercuti .” Garu kepala Dyaz dengan telatah kelang
kabut temannya .
“ Kau biar betul wei
, exam tak habis lagi .”
“ Lepas exam la mak
cik . Kau ni , nak pula aku fail exam dengan hanya semata-mata pergi bercuti .
Mangkuk la kau ni Syaza .”
“ Cakap la awal-awal
, mana la aku tahu . Kau punya angin bukanya selalu betul pun , selalu sangat
buat kerja gila sekali dengan aku-aku kau tarik pulak tu .”
“ Ooo jadi selama ni
kau tolong aku tak ikhlas la ni nya. Tak apa la lepas ni aku tak akan susahkan
kau lagi .”
“ Eh kau ni aku tak
cakap pun kau susahkan aku . Kita kan kawan susah senang kita bersama , selama
ni aku ikhlas tolong kau .”
Terharu pula Dyaz
mendengarnya. Syaza adalah satu-satu kawan yang kehulur-hilir di usungnya.
Ketika susah Syaza selalu bersama dengan Dyaz . Tidak terlupa juga kawan
baiknya seorang lagi Adira . Walaupun Adira lebih tua dari Dyaz dan Syaza , perangainya
yang gila-gila itu sama dengan Dyaz dan Syaza . Dan kerana itu mereka boleh
menjadi BFF .
“ Ha kau nak pergi
bercuti dekat mana ? Dengan siapa lagi ? Bila ?”
“ Tempatnya tak tau
lagi , pergi dengan kau and Dira la . Kita habis exam khamis depankan, lepas
habis exam kita bincang nak pergi mana .”
“ Ok . Dira tahu tak
ni ?”
“Ni nak call dia la
lepas aku call kau .”
“ Ok la , aku nak
sambung study ni assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam .”
**********************************************************************************************
“ Uwais tak tidur lagi ?” Tanya Encik Zakri yang baru menuruni Anak tangga untuk pergi ke dapur membasahi anak tekaknya .
“ Belum mengantuk
lagi .” Jawab Uwais sambil matanya tidak lepas setiap saat pun dari menonton
kartun kegemarannya itu spongebob .
Encik Zakri terus
melangkah ke dapur . Tidak sampai lima minit Encik Zakri keluar dari dapur
membawa dua gelas cawan Teh Boh panas yang baru dibuatnya .
Encik Zakri menghulur
air yang di buat kepada anak bongsunya itu lalu di labuhkan punggungnya ke sofa
.
‘
Apa kena pula dengan ayah ni , tiba-tiba buat air untuk aku . Tak pernah
dibuatnya . Entah-entah ni bukan ayah .’
“ Ni apa tengok
cerita kartun tengah-tengah malam ni , buka cerita lain la .” Encik zakri
membuka mulut setelah dilihat keadaan begitu sunyi.
“ La biar la best ape
, daripada tengok movie yang tak habis-habis pasal cinta je tak berkembang otak
.” Eceh berkembang la sangat otak tengok kartun tu .
“ La ayah tak cakap
pun nak tengok cerita cinta . Maksud cerita yang ayah cakapkan tadi tu macam ni
ha .” Lalu tangan Encik Zakri menukar siaran discovery channel .
Ambik kau kan dah
malu sendiri .
“ Kenapa cinta
tergelam tengah laut ke ?”
Uwais hanya menyepi .
Soalan ayahnya tidak dijawab .
“ Ala relex la ,
putus-putus cinta umur macam ni tak ada bende la . Adat la orang bercinta macam
itu .”
Tiba-tiba Encik Zakri
bertuka menjadi orang muda , dengan gaya percakapannya . Dah macam bukan gaya
ala bapak-bapak bercakap .
“ Bunga bukan
sekuntum , lain la kumbang yang dah nak makin berkuranggan .” Peh ayat menusuk kalbu
seh.
“ Kamu tahu dulu ada
seorang pemuda yang hensome ni bercinta dengan si gadis yang cantik . Dorang ni
mencintai antara satu sama lain . Tiap-tiap hari berjumpa , kalau tak jumpe
sehari rasa tak tidur lena malam , mandi tak basah , makan tak kenyang . Ye la
dulu mana ada telefo nak bersms , berwhatapp , berviber , and berline . Lepas tu kan sampai dorang dah rasa dorang dah
tak boleh berpisah dorang pun merancang la nak kahwin . Tapi dah saat hampir
majlis perkahwinan tu kan si gadis tu kelihatan berubah sikapnya . Tiap kali di
ajak keluar pasti ada sahaja alasan diberi . ‘Nak dekat-dekat kahwin tak manis
selalu berjumpe la’. Lalu si pemuda ini pun termakan dengan kata-kata si gadis
itu .” Eceh ayah aku ni dah macam bercerita kisah dongeng dekat anak yang umur
tujuh tahun sebelum tidur aje .
“ Kamu tahu Uwais
satu hari ni si pemuda tu dia keluar dengan kawan-kawannya . Sekali terjumpe si
gadis yang di cintai tu berpegangan tangan dengan seorang lelaki . Malam itu
juga pemuda tu datang ke rumah si gadis tu . Ditanya kepada si gadis tu
masihkah si gadis tu mencintai dirinya . Akhirnya si gadis itu menyatakan
dirinya sudah tidak mencintai dirinya lagi . Pemuda itu sungguh sedih yang
teramat dalam masa yang sama dia juga risau tentang majlis perkahwinan yang
akan menjelma dua hari lagi . Uwais agak apa jadi dekat majlis tu ? Di langsungkan
juga atau di batal kan ?”
“ Mesti la batal
kalau tak dia nak kahwin ngan siapa pula .”
“ Salah sekali
jawapan kamu tu .”
Uwais memandang Encik
Zakri dengan pandangan inginkan penjelasan .
“ Di teruskan juga
tapi dengan gadis yang lain .”
“ Nampak sangat drama
. Drama mana ayah tengok ni ?”
Encik Zakri yang tadi
di mood yang serius bercerita tiba-tiba tersenyum sendirian.
‘
Dah kenapa pula dengan ayah ni , jangan kata kene rasuk sudah . Ish cabul betul
mulut ni .’
“ Uwais tak nak tanya siapa si pengganti
pengantin perempuan ?”
“ Mmm siapa ?” Tanya
Uwais malas.
“ Puan Azizah Bt Aziz
.”
Uwais yang tadi ancuh
tak ancuh melayan cerita bapanya terperanjat apabila bapanya menyebut nama
ibunya yang jadi pengganti pengantin perempuan .
“ Ayah rasa bersyukur sebab kahwin dengan ibu
kamu , dan lagi bersyukur tuhan tunjukkan segala-galanya sebelum terlambat .Kamu
tahu hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua
kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLAH Maha
Adil .Hanya Dia yang tahu mana yang terbaik untuk hamba NYa .
‘ Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 ) ’
Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan , tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya
‘ Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 ) ’
Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan , tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya
‘Bukankah
Kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan Kami telah menghilangkan daripadamu
bebanmu yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu
. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan . Sesungguhnya
sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari
sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan
hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap .’
(QS.94:1-8)
Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan belajar daripada kurniaNYA dan belajar daripadanya .”
Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan belajar daripada kurniaNYA dan belajar daripadanya .”
Berpanjang lebar Encik Zakri memberi tazkirah
di tengah malam itu.
“ Bila dah berkahwin
dengan ibu kamu baru ayah tahu yang perempuan tu memang tak sesuai dengan ayah
. Masa bercinta semuanya nampak elok , sampaikan bau kentut pun dikatakan wangi
. Kamu tahu rupa-rupanya perempuan yang ayah minat sangat-sangat dulu tu , dia
bukan la anak dara lagi . Dan ayah dengar cerita yang perempuan tu rupanya
seorang anak yang liar , tidak mahu mendengar kata ibu bapanya .”
“ Mak ayah perempuan
tu tak bagi tahu awal-awal ke dekat ayah masa meminang yang anaknya tu bukan
lagi bersih .” Uwais menggantikan perkataan anak dara kepada bersih , begitu
malu untuk dirinya menyebut perkataan itu .
“ Kalau ibu bapanya
cerita mesti la atuk dan nenek kamu tidak bagi . Lagi pun kalau mereka bagi
tahu siapa la yang nak akan anak mereka yang bukan lagi suci itu selain ayah .”
“Mmm.”
“ Belum sampai masa
lagi tu. Mungkin kamu tak sesuai menggalas tanggungjawab seorang suami lagi .
Nak jadi ketua keluarga bukan senang , besar tanggungjawab . Nak Jadi suami
kena cukup ilmu , lagi-lagi ilmu agama .”
Uwais mendengar
dengan penuh teliti .
“ Dah pergi tidur
esok kerja susah nak bangun pagi .”
Uwais yang baru masuk
ke biliknya terus merebahkan badannya ke atas katil . Dia cuba melelapkan
matanya tetapi tidak boleh . Jam menunjukkan pukul satu setengah pagi . Kata-kata
ayahnya terngiang-ngiang di kepalanya .
Mungkin betul apa yang
dikata ayahnya . Dia tidak bersedia lagi untuk menjadi seorang suami . Hubungan
dirinya dengan Allah juga tidak terjaga inikan pula nak menjaga anak dara orang
.
No comments:
Post a Comment