Wednesday 9 October 2013

Jatuh Cinta BAB 3 [PART 1]






BAB 3
[ PART 1 ]

 ‘ Esok akan merekah bunga yang harum baunya mengusir segala kesedihan dan menjadi penghibur hati .’

Dyaz menjadi penunggu setia di hadapan pintu bilik bedah. Menantikan adiknya yang sedang bertarung nyawa di dalam sana, membuatkan Dyaz menjadi gemuruh dan tidak tentu arah. Mulutnya tidak berhenti-henti menyebut nama sang pencipta.

‘Allah, Allah, Allah...’ Mulut Dyaz setia dengan kalimah tersebut, berserta dengan air matanya tidak lepas dari mengalir dari pipi gebunya itu. Sudah tiga jam Dyaz setia menanti daun pintu bilik bedah itu terbuka dengan membawa berita tentang adiknya. Tidak lama kemudian seorang doktor perempuan keluar dari bilik tersebut. Doktor itu kelihatan hambar. 

“ Macam mana anak saya doktor?” Tanya Puan Suraya.

“ Minta maaf Puan kami cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan anak Puan, tapi....” Kata-kata doctor tersebut terhenti sambil digelengkan kepalanya.

“ Kepala anak puan mengalami kecederaan yang teruk. Paru-paru anak Puan rosak akibat ditembusi tulang rusuk yang patah. Maaf kalau saya bertanya, anak Puan tidak memakai tali pinggang keledar?” Puan Suraya menggelengkan kepalanya menandakan Gaffar tidak memakai tali pinggang keledar.

                                                                   *****
Jenazah Gaffar di bawa pulang ke rumah papa. Alunan surah Yasin tidak pernah berhenti. Dyaz adalah orang paling setia berada di sisi jenazah adik kesayangannya. Tidak hanya setia duduk di sisi adiknya sahaja malah surah yasin tidak pernah dia berhenti membaca. 

“ Dyaz jenazah ni nak dibawa ke perkuburan.” Dyaz yang sedang membaca surah Yasin buat kali keberapa itu dikejutkan dengan suara papanya yang seakan berbisik di telinganya.

“ Mari lihat adik buat kali terakhir.” Suara papa begitu sebak apabila menyebut ‘buat kali terakhir’.

Dyaz merapatkan dirinya dengan arwah adiknya itu. Di renung wajah adik kesayangannya.

‘ Adik kenapa kau pergi cepat sangat. Sepatutnya aku yang pergi dulu bukan kau. Kenapa kau tak tunggu aku? Aku minta maaf dengan kau , aku tak dapat nak tunaikan janji aku. Aku kakak yang teruk , aku tak dapat nak lindungi kau. Aku minta maaf sangat-sangat.’ Air mata Dyaz mengalir deras. 

“ Dyaz....” Papa menggosok belakangnya.

Dyaz mengesat air matanya, lalu di cium dahi adiknya dengan agak lama. Sungguh berat hati Dyaz melepaskan adiknya pergi. Tiba giliran mama pula untuk menatap wajah adiknya. 

“ Maafkan mama Gaffar. Maafkan mama tak dapat jadi seorang ibu yang baik buat Gaffar. Mama sayang adik.” Bisik mama di telinga Gaffar.

Dan sebelum kain kafan menutupi adiknya papa mencium dahi anaknya buat kali terakhir. Buat kali pertama Dyaz melihat papa megalirkan air matanya.

*****
Dyaz bingkas bangun dari tidurnya apabila pintu rumahnya diketuk bertalu-talu sehinggakan mengejutkannya dari enak dibuai mimpi kisah silamnya itu. Dengan longlai dyaz membuka pintu rumahnya.

“Apasal lambat sangat buka pintu? Sakit tangan aku mengetuk pintu rumah kau.”  

“Masuk la, aku tertidur tadi.” Balas Dayaz 

Dira masuk lalu dihenyak punggungnya ke sofa. 

“Kau nak air apa?” Tanya Dyaz.

“ Tak payah la. Kau dari mana?” Dira mengagak bahawa Dyaz baru balik apabila dilihat beg, tudung dan baju sejuknya bertaburan di atas lantai ruang tamu.

Soalan Dira tidak dijawab. Tangan Dyaz sibuk menekan alat kawalan jauh.

“Kau kenapa ada masalah?” Tanya Dira apabila dilihat raut wajah sahabatnya begitu sarat dengan masalah. 

Dyaz masih tidak membuka mulut. Lalu alat kawalan jauh di ambil lalu dipadam television itu.

“Bagi tahu aku kenapa ni? Muka masam je, tak cantik langsung.” Dyaz menundukkan wajahnya.
“Mari cerita dekat aku, jangan simpan sorang-sorang. Lepaskan semuanya yang ada dekat dalam hati kau. Aku sedia mendengar.” 

Lalu di cerita dari awal sehingga akhir apa yang terjadi pada hari ini.

“Kenapa kau buat macam tu?” Tanya Dira yang agak kecewa dengan teman baiknya itu.
“Buat apa?” Dyaz pelik dengan Dira.

“Kau tak patut buat papa dan ummi kau macam itu. Kita boleh batalkan percutian tu. Kau sepatutnya dahulukan keluarga kau. Ini kenduri untuk adik kau juga.” Panjang lebar Dira menerangkan.

“Itu bukan adik aku, dan satu lagi aku tak ada ummi.” Dyaz menjawab dengan nada tegas.

“Dyaz kau kena ingat Hafiz tu tetap adik kau. Korang memang tak sama ibu tapi sama bapa. Darah papa kau ada mengalir dalam tubuh kau begitu juga dangan Hafiz, dia juga ada darah yang sama yang mengalir dalam tubuh dia.” Dira menasihati Dyaz yang agak keras hati untuk menerima adik ditinya itu. 

“Jangan di sebabkan kau marah dengan papa kau, engkau lepaskan dekat dia. Hafiz tu badak kecik lagi wei, dia tak faham apa-apa pun. Kesian dekat dia. Tentang ummi kau pula, kau kena hormat dia walau macam mana kau tak suka dia. Dia dah pun menjadi isteri papa kau dan ibu kepada anak papa kau. Lagi pun papa kau bercerai dengan mama kau bukan disebabkan dia, tapi hanya tidak ada keserasian dalam hubungan suami isteri yang tak dapat diselesaikan dengan cara lain.” Berpanjang lebar Dira memberi nasihat. Dia rasa sekarang masa yang sesuai untuk memperbaiki hubungan Dyaz dengan papa dan mamanya. Sampai bila temannya itu mahu hidup dalam dunia dendamnya itu.

“Kau memang tahu cakap je, selagi kau tak duduk dalam situasi aku, kau tak akan faham. Kau tahu bertapa sakitnya hati aku bila dorang cakap dah tak serasi. Tak serasi apanya! Dah bertahun-tahun kahwin, dapat pula aku dengan Ghaffar, itu disebabkan tidak keserasian juga ke? Cuba kau terangkan dekat aku apa yang tak serasi sangat dorang tu? Kenapa perasaan tak serasi tu datang lepas anak dah besar panjang?” Mata Dyaz mula berkaca.

“Memang aku tak duduk dalam situasi kau. Tapi sebagai orang luar apa yang aku nampak dan boleh fikir, setiap suami isteri ada masalah dan masalah itu boleh di selesaikan dengan berbagai cara. Salah satunya dengan cara macan papa dan mama kau. Kita sebagai anak kena faham, ada masalah suami dan isteri dapat di terangkan kepada anak dan ada masalah yang hanya mereka berdua sahaja yang boleh tahu. Itu masalah sulit antara suami isteri.”

“Pandai kau bercakap. Kau dah kahwin? Pernah lalui masalah ni?” Dyaz kelihatan berang dengan Dira.

“ Memang aku tak kahwin lagi, tapi kau kena ingat ibu dan ayah aku hampir nak bercerai. Sampai sekarang aku masih tak tahu apa masalah dorang sampaikan nak bercerai. Ibu aku ada cakap masalah itu hanya suami isteri sahaja yang perlu tahu, walaupun aku sebagai anak ianya tidak dapat di ceritakan. Aku pasti papa dan mama kau pun macam ibu dan ayah aku.” Dyaz terkedu. Kepalanya berputar mengingatkan peristiwa yang hampir luput dari ingatannya. Ketika itu umur Dyaz sebelas tahun manakala, umur Dira pula dua belas tahun. Pada masa itu Dira datang ke rumahnya pada pukul satu pagi dalam keadaan menangis. Nasib rumahnya dan rumah Dyaz berdekatan.

“Kau kena belajar terima semua ini. Ada hikmah disebaliknya. Kita tak tahu apa sebab Allah buat macam itu, tapi yang pasti ada sebabnya tersendiri yang hanya Dia sahaja yang tahu.” Dira memengang tangan Dyaz lalu di gosok lembut tangan Dyaz agar dapat member sedikit kekuatan.

Dira menyapu air mata Dyaz yang mula membasahi wajah putihnya itu. “Bila aku ingat kan Gaffar hati aku mula sakit. Disebabkan dorang bercerai Gaffar terpaksa pergi sekolah yang perlu di hantar dan diambil sehinggakan dia maut dalam perjalanan balik dari sekolah.”

“Kau tak boleh cakap macam itu. Ajal maut semua di tangan tuhan. Kita tak tahu kita mati delam keadaan macam mana. Kau kena redha dengan ketentuan-Nya. Kalau kau masih tak dapat terima, maksudnya kau menolak ketentuan tuhan. Dalam hal arwah adik kau tak ada siapa yang salah. Mama kau tak salah, papa kau tak salah dan kau sendiri pun tak ada salah. Dah memang masanya untuk dia menghadap illahi. Setiap yang hidup pasti akan kembali kepada pencipta-Nya.” Tangisan Dyaz kini memecah kesunyian rumah.

“Dah kau lupakan segalanya. Anggap ini hanya sejarah yang tidak perlu lagi dibuka mahupun di ungkit lagi. Benda yang dah lepas biarkan lepas. Sekarang buka buku baru, mulakan dengan mencipta dunia yang baru. Esok biar aku sendiri call tempat percutian tu. Malam ini kau buat solat taubat dan baca Yasin sedekahkan dekat arwah adik kau. Nanti pergi minta maaf dengan papa , mama dan ummi kau. Hidup kita ni nak kena ada keberkatan orang tua kita. Malasah itu biar la antara dorang je yang tahu, kita sebagai anak tak perlu nak merumitkan lagi keadaan.” Lalu di peluk teman baiknya itu.

Imam Abdul Karim Bin Hawazin al-Qusyairi berkata, “Orang yang redha kepada Allah ialah orang yang tidak pernah menentang segala ketentuan-Nya.”

Firman Allah SWT, yang bermaksud:

‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.’
(Surah al-Baqarah 2:216)



*****

Uwais yang baru balik dari bekerja kelihatan lesu sekali. Kakinya melangkah keluar dari perut kereta. Sampai sahaja di pintu rumah, kasut dibuka lalu ditolak dengan kaki kanan ke tepi rak.

“Assalamualaikum.” Tangannya memulas tombol pintu dengan diiringi salam.

“Walaikumussalam.” Suara yang menyambut salam itu datang dari dapur. Sudah tentu itu ibunya. Ayahnya yang tertidur di atas sofa terjaga apabila Uwais memberi salam. 

Itu la ayah kalau tengok television bukan dia yang tengok, tapi television yang tengok dia. Encik Zakri membetulkan duduknya. Uwais mengambil tempat di sofa single. Stokin dibuka lalu diletak diatas meja kecil yang berada di hadapannya. Ketika dia meletak stokin di atas meja itu, dia ternampak kad kahwin yang berwarna pink. Lalu diambil.

“Siapa pula yang kahwin ni ayah?” Tanya Uwais pelik. Tidak pula dia mendengar khabar sepupu-sepupunya ingin berkahwin.

“Balqis. Tadi dia ada datang dengan tunang dia hantar kad tu.”

Tangan Uwais yang sibuk ingin membuka kad itu terberhenti. Di letakkan kembali kad tersebut. 

“Uwais naik dulu, nak mandi.” 

“Bawa sekali kad itu. Kad tu dia bagi pada kamu bukan pada ayah, Buat apa ditinggal di meja tu.” Encik Zakri tahu anaknya masih tidak dapat menerima, tetapi sampai bila. Perempuan itu dah nak jadi hak milik orang dah tak lama lagi. Anak dia perlu terima semuanya.

Uwais mengambil kad tersebut dan terus naik ke bilik.

 “Kesian anak kita tu bang. Sedih hati saya bila tengok dia kecewa.” Ujar Puan Azizah yang baru tiba dari dapur.

“Nak buat macam mana kena la terima. Dah bukan jodoh dia.”

Uwais yang baru mandi menuju ke almari untuk mengambil baju tidur kartun kegemarannya iaitu Spongebob Squarepants yang berwarna biru muda. Selesai memakai baju dia melangkah pergi ke meja soleknya. Jangan ingat perempuan je ada meja solek, lelaki pun ada tau. Hehehe. Sikat diambil lalu dirapikan rambutnya yang baru di shampoo. Setelah itu dia mengambil pula toner lalu di sapu ke mukanya. Sememangnya Uwias seorang lelaki yang amat menjaga penampilannya lagi-lagi ‘tang’ mukanya, sungguh dijaga dengan rapi sekali. Katanya wajah dia dalah eset yang paling berharga. Eceh eset berharga konon.

I-pad yang berada di atas katil di ambil. Uwais membuka Facebook. Logo notification terdapat nombor dua puluh. 

‘Peh banyaknya.’ Lalu tangannya menyentuh logo tersebut.

Status yang di tag oleh Balqis. Uwais membuka lalu dibaca.

‘Salam kawan-kawan sekelian, disini saya ingin mengundang anda semua untuk menghadiri majlis perkahwinan saya pada 26/5/2013....’

Di lihat pula komen.

Amilia:

‘Tahniah qis, kawin gak kau ye.’

Farahkiki:

‘Wow kwn kite nak kawin dah. Pe2 pun tahniah.’

Ramai yang komen mengucap tahniah buat Balqis yang ingin melangsungkan perkahwinanya yang akan tiba tidak lama lagi. Uwais merasa kaku membaca status dan komen-komen itu.

‘Uwais kau kena terima yang Balqis bukan jodoh kau. Percaya la jodoh kau akan sampai juga nanti. Lepaskan perasaan sukakan Balqis itu pergi. Dia tak akan mungkin jadi milik kau lagi. Banyak perempuan dekat luar sana. Mungkin Balqis tidak boleh menjadi isteri yang baik untuk kau itu sebab tuhan tidak satukan engkau dengan dia.’ Bisik hati kecil Uwais yang cuba memujuk dirinya untuk lepaskan perasaan itu pergi dan terima kenyataan.

Nafsu mengatakan wanita cantik
             atas dasar rupanya,
Akal mengatakan wanita cantik
             atas dasar ilmu dan kepandaiannya,
Hati mengatakan wanita cantik
             atas dasar akhlaknya,
Dan iman mengatakan wanita cantik
             atas dasar agamanya...