Saturday 28 December 2013

Jatuh Cinta BAB 3 [ PART 3]





BAB 3
-PART 3-

Habis kotor jubahnya dengan bihun sup yang tergolek bersama Dyaz tadi.
Sorry, awak ok?” lelaki tersebut sedikit cemas apabila terpijak kain seorang perempuan sehingga tersungkur, “Saya tak sengaja terpijak kain awak, awak boleh bangun?” lelaki yang memijak kain Dyaz cuba membantunya untuk bangun berdiri. Malu Dyaz apabila para tetamu melihatnya tergolek bagaikan nangka busuk.
Dyaz menepis tangan yang cuba membantunya itu, “Hei! Apa pegang-pegang, haram tahu tak,” marah Dyaz.
Lelaki tersebut segera mengalihkan tangannya dari memaut lengan Dyaz yang tadi niatnya untuk cuba membantu Dyaz, “Buta ke apa! Jalan lain kali mata tu pandang ke depan, bukan melilau ke tempat lain,” marah Dyaz, suaranya cuba dikawal dari meninggi, mukanya sudah kelihatan merah menyala menahan marah dan perit di lututnya yang terluka itu.
Eh aku dah minta maaf boleh pula dia marah aku. Lagi pun bukan salah aku, orang ramai sampai tertolak-tolak.
Sorry saya ta...”
Sorry, sorry, sorry naik lori la,” sampuk Dyaz yang sedang mengibas-ngibas jubahnya yang kotor itu.
Bapak kerek minah ni aku punya cakap elok-elok. Ni yang buat aku nak naik angin, bukan sengaja pun.
“Saya tak sengaja bukannya saya suka-suka nak pijak kain orang, dan satu lagi mata saya masih elok dan tak rabun lagi, itu sebab saya tak pakai cermin mata macam awak.” marah lelaki itu.
Dyaz terkedu apabila melihat lelaki yang memijak kainnya. Ambik kau Dyaz sekali kena peluru berpandu terdiam kau.
“Yang kau nak marah-marah apa pasal pula, sepatutnya yang marah tu aku bukan kau,” Dyaz sedikit berang apabila lelaki yang tidak dikenali itu kelihatan marah. Sebenarnya nak cover malu.
“Aku tahu salah aku tapi tak perlu menggunakan ayat kasar macam itu, lagipun kau tu perempuan tak manis langsung,” balas lelaki itu.
“Eh kau ni suka hati aku la aku nak guna bahasa macam mana, mulut aku suka hati aku la. Lagi satu aku bukan gula yang boleh dirasa, aku manusia.”
Perempuan ni tak tahu perumpamaan ke apa, ni mesti SPM Bahasa Melayu tak lepas, “Kau ni kan SPM Bahasa Melayu mesti tak pass kan itu yang tak tahu perumpamaan.”
Syaza dan Adira berlari-lari anak mendapatkan Dyaz yang sudah kelihatan bagai hendak bergusti, mereka terkejut melihat temannya itu bermandikan bihun sup, tudung temanya itu sudah berserabai dan di bahagian lutut jubah temannya itu kelihatan sedikit terkoyak, memang sudah kelihatan seperti baru pulang dari berperang.
 “Dyaz kau kenapa, jatuh ke?” tanya Syaza sambil membantu Dyaz mengbas-ngibas jubahnya yang terlekat bihun yang sepatutnya sudah mendarat ke dalam perutnya.
‘Ni sorang lagi dah nampak lagi mau tanya,’ bisik hati Dyaz
“Dah baik kau balik mandi.” Adira cuba meleraikan suasana yang tegang itu, terasa sedikit aura bahang dari Dyaz dan lelaki tersebut, ditambah pula cuaca yang panas terik yang menjadikan suasana lagi menggerikan, Dyaz  melangkah masuk ke perkarangan rumahnya dengan dibantu oleh Syaza apabila melihat Dyaz berjalan terhenjut-henjut.
“Maafkan kawan sa...” Adira yang tidak tahu menahu siapa yang salah siapa yang betul mengambil langkah selamat dengan memohon maaf bagi pihak Dyaz.
“Eh tak saya yang salah, tadi sesak sangat sampai tertolak kawan awak hingga dia tersungkur... Sorry ye saya nak tegur sikit, tapi saya rasa awak patut tegur kawan awak tu, bahasa dia tidak sopan sebagai seorang perempuan,” potong Uwais, sememangnya cukup dia tidak suka dengan manusia dan lagi-lagi kaum hawa yang kurang adap, dia tahu itu salahnya tetapi tidak perlu lah menggunakan ayat kasar, tidak sedap didengar dan juga tidak manis bagi kaum hawa.
“Erm... o... Saya minta maaf  kawan saya bercakap kasar , dia memang mudah marah saya minta maaf bagi pihak kawan saya,” dia pula merasa malu dengan sikap Dyaz. Dyaz, Dyaz bila la kau nak berubah. Adira sudah masak benar dengan perangai temannya yang mudah melenting itu.
*****
“Pak cik Dyaz tak turun lagi ke?” tanya Syaza, sudah lama dia dan Adira menunggu Dyaz membersihkan diri, perutpun sudah keyang.
“Belum lagi rasanya pergi la naik bilik tengok dia ada ke tidak,” balas Encik Syafii yang sedang mendukung Hafiz.
“Ok, kita orang naik dulu ya.” Syaza meminta diri untuk naik ke bilik Dyaz.
Pintu bilik Dyaz dibuka, Dyaz yang bertelekung sedang duduk tahiyat akhir pintu bilik ditutup semula dan mereka melabuhkan punggung ke atas katil menunggu Dyaz selesai memberi salam.
 “ Dah makan ke?” tanya Dyaz yang baru selesai berdoa.
“Dah perut ni pun dah buncit ni banyak sangat makan tadi hehehe,” balas Syaza.
“Eh aku nak solat la nanti balik boleh terus tidur perut pun dah memboyot ni mesti penyakit ‘M’ datang bila balik rumah nanti.” Adira mengikat rambutnya yang panjang paras bahu dengan menggunakan getah rambut Dyaz yang berada di atas meja solek.
“Aku pun nak solat juga la,”
*****
“Akak, abang pergi la makan dulu Fii tengah solat sekejap lagi turun la tu,” Puan Sumayyah menjemput kakak dan abang iparnya yang baru tiba itu menjamu selera.
“Sekejap lagi la meh bagi hafiz dekat akak , dah lama akak tak peluk si hafiz rindu betul,” diberi Hafiz ke kakaknya, “Uh dah berat dah dia sekarang ni ye,” Puan Azizah yang baru mendukung Hafiz sedikit terkejut apabila anak buahnya sudah sedikit berat.
“Hari itu timbang dah lapan kilo,” balas Puan Sumayyah sambil mengelap mulut anaknya yang sudah di basahi oleh air liur.
“Ha, Dyaz mana?”
“Ada dekat atas dengan kawannya,” sambung Puan Sumayyah, “Ha! Itu pun dah turun tu,”
Dyaz yang dipimpin oleh Adira dan Syaza melangkah turun dari tangga dengan berhati-hati. Kaki Dyaz yang lukanya dilutut membataskan dirinya untuk berjalan dengan baik, rasa mahu meleleh air matanya setiap kali kakinya yang cuba di gerakkan terasa pedih yang mencucuk. Dyaz kelihatan blur apabila dia yang baru turun ke bawah di perkenalkan oleh ibu tirinya kepada seorang wanita yang sedikit tua dari ibu tirinya. Lalu dirinya yang di pimpin oleh teman-temannya melangkah perlahan ke arah wanita tersebut lalu dihulurkan tangannya kepada wanita itu dan di kucup lembut tangan wanita itu.
“Dyaz ni mak lang, kakak ummi,” terang ibu tirinya apabila melihat dirinya kelihatan terbenga-benga.
“O... mak lang. Mak lang apa khabar? Sihat?” tanya Dyaz ramah, Adira dan Syaza yang berada di sebelahnya turut menyalam mak cik tirinya.
“Sihat walafiat, ni la Dyaz ye. Cantik orang nya lembut je,” balas ramah Puan Azizah.
Adira dan Syaza yang berada di sebelah Dyaz bagai hendak termuntah mendengar perkataan ‘lembut’.
Dyaz hanya tersenyum mendengar.
“Mak lang dah lama sampai? Dah makan?” tanya Dyaz apabila melihat mak lang nya yang sedang mendukung adik tirinya. Seingat dia sebelum dia naik ke bilik tidak pula dia melihat kelibat mak lang nya, rasanya baru sampai.
“Baru lagi sampai ni, belum pun lagi makan. Rindu kan si hafiz ni tu yang masuk rumah cari hafiz ni.” kata Puan Azizah sambil mencium-cium pipi gebu Hafiz.
Tiba-tiba pingangnya di cuit oleh Adira sambil berbisik, “Wei kita orang balik dulu la dah lewat ni.”
“La dah nak balik ke? Erm... tapi sebelum tu boleh tak kau tolong ambikkan makanan untuk aku,” minta Dyaz sambil tersengih.
Adira menganggukkan kepalanya lalu berkata, “Kau nak makan apa?”
“Erm.... bihun sup, roti jala, isi kuah untuk roti jala tu letak banyak sikit, then aku nak tembikai pun nak banyak,”
“Amboi semua nak banyak tak takut gemuk ke? Larat ke habis?” perli Adira.
Dyaz hanya tersengih. Baru kaki Adira dan Syaza bergerak setapak dua, “ Wei jangan lupa air sekali , pun banyak,” sengaja di tekankan ayat ‘pun banyak’. Lalu mereka bertiga ketawa.
Puan Azizah yang berada disitu melihat Dyaz sedikit terhibur degan gelagat nakalnya.
“Kenapa dengan kaki tu?” tanya Puan Azizah.”
“Jatuh tadi masa nak pergi ambil makanan,” balas Dyaz
“Teruk ke? Macam mana boleh jatuh?” tanya Puan Azizah.
“Nak kata teruk tak la teruk tapi nak berjalan tu sakit sikit la, sebab luka tu dekat lutut kan jadi nak bergerak tu sakit sikit la,” sakit sikit? Hahaha nak berjalan pun seksa boleh cakap sakit sikit, itu ayat kasi gula lagi Dyaz. Sambungnya lagi, “Lelaki mana entah pijak kain Dyaz tu yang tergolek dah rasa macam nangka busuk je mak lang.” Ngadu Dyaz.
Puan Azizah ketawa besar apabila anak buahnya itu mengelarkan dirinya seniri seperti nangka busuk, “Dyaz tak kenal ke lelaki tu?” tanya Puan Azizah, kesihan sungguh melihat anak buahnya yang berjalan seperti orang tempang.
“Tak, berdasarkan muka macam orang cina. Rasanya tetamu papa kut, tapi tak akan papa ajak non-muslim,” balas Dyaz.
“Kawan papa la tu. Mualaf kut, tak akan papa jemput orang cina pula ini kenduri aqiqah, bukan kenduri biasa.”
“Ye la tu kut, lagipun dia fasih berbahasa melayu,”  balas Dyaz, masih terbayang wajah lelaki yang memijak kainnya itu. Lelaki itu memang macam orang cina, dan yang penting sekali hensome lagi-lagi baju melayu yang di pakainya warna kegemarannya iaitu kuning cair, memang kena dengan kulit lelaki itu , putih. Ish Dyaz tadi bukan main marah lagi sekarang siap kata hensome. Sebenarnya dia sengaja memarah lelaki tersebut ini kerana ingin menutup malu apabila dia terjatuh di khalayak orang ramai, kalau ikut kan marahnya sekejap sahaja tetapi apabila melihat wajah lelaki itu hatinya menjadi tidak tentu arah dan di sebab kan dia sudah merasakan perasaan ‘ Jatuh Cinta’ itu segaja di tambahkan marahnya supaya dia tidak betul-betul jatuh cinta akan lelaki tersebut.
*****

Pin! Hon kereta berbunyi dari luar rumah Uwais. Kasut sukan berwarna hijau daun disarung ke kaki lalu bergerak ke kereta tersebut.
Pintu kereta dibuka, “Assalamuaikum,” salam diberi sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam kereta.
“Waalaikumuussalam,” balas Aiman.
“Eh mana Iman? Dia tak jadi join kita pergi jogging ke?” tanya Uwais apabila dia tidak melihat kelibat temannya seorang lagi  di dalam kereta.
“Ni nak ambik dia dekat bengkel kereta,” balas Aiman.
“Kereta dia rosak ke?”
“Bukan kereta dia tapi kereta kawan dia yang rosak, dia tolong hantarkan sahaja.” Uwais hanya menganggukkan kepalanya.
“Erm...eh aku nak tanya kau sikit, kau pergi tak... kenduri Balqis nanti? Aku bukan apa tanya kalau kau pergi, kita pergi sama-sama la naik satu kereta jimat minyak.” tanya Aiman teragak-ragak. Dia masih tidak pasti sama ada temannya itu sudah melupakan Balqis taupun tidak, dia berharap temannya sudah melupakan perempuan yang pernah bertahta di hati temannya itu.
“Pergi kenapa kau ingat aku tak pergi? Benda lepas biar la lepas, walaupun aku tak dapat delete  lagi tapi aku boleh jadikan nya sebagai history. Tak payah la kau risau aku cuma perlukan masa untuk delete benda tu semua tapi yang aku boleh pastikan aku memang dah betul-betul simpan bende tu semua dalam history cuma tunggu masa je nak delete.” Uwais tahu Aiman risau akan dirinya, tetapi buat masa sekarang dia tidak dapat mendelete benda itu seperti mendelete di komputer.
Aiman hanya membisu apabila mendengar butir-butir percakapan Uwais, dia tahu bukan mudah untuk melupakan orang yang kita sayang. Dia juga pernah menghadapi perkara yang sama walaupun ada perbezaaan cerita dia dengan Uwais tetapi ianya masih dalam kategori yang sama iaitu katagori di tinggalkan perempuan.
*****
Aiman memberhentikan keretanya bersebelahan kereta Swif milik sofea teman Iman. Cermin tingkap milik Uwais di turunkan, sofea yang berada di sebelah Iman mengukirkan senyuman.
“Sofea ni kawan I Uwais yang belelah itu Aiman,” Iman memperknalkan kawannya kepada sofea.
“Oh I Sofea kawan Iman,” tangan di hulur kepada Uwais.
Uwais hanya menganggukkan kepalanya tangan yang dihulur Sofiea tidak disambut.
“Sofea I pergi dulu ye dah pukul empat setengah karang puku lima mesti tak ada parking you pun tahu kan taman layang-layang susah nak dapat parking kalau lambat.”
“Ouh sure pergi la sorry kalau pasal I you all semua lambat pergi,”
“Eh tak ada la, ok I pergi dulu,” lalu Iman memasuki perut kereta milik kawannya. Pintu kereta di tutup dan cermin tingkap di turun, “ Hati-hati drive.”
“Ok,” Kereta mula bergerak meninggalkan Sofea.
“Amboi awek baru ke?” tanya Uwais.
Coming soon.” Balas Iman.
Coming soon? Erm... macam ada bende yang kau tak cerita kat kita orang je.”
“Hehehe... Ni aku nak cerita la, aku minat dia,” Uwais memusingkan badanya mengadap Iman yang berada di belakang.
“Wow kawan kita dah ada rama-rama dalam hati  Aiman,” usik Uwais, “ Sejak bila kau minat dia? Tak pernah cerita dekat kita orang pun. Mana kau kenal dia?” sambung Uwais dah macam wartawan.
“Di anak kawan mama aku, first aku jumpa dia masa aku pergi rumah dia temankan mama aku pergi kenduri rumah dia, dari situ aku macam mula minat ‘sikit’ la dekat dia,” perkataan sikit di tekan.
“Cinta pandang pertama tu, kau hado?” celah Aiman lalu di sikunya lengan Uwais yang berada di sebelah. Serentak mereka bertiga ketawa.

No comments:

Post a Comment