Cerpen : Trauma Cinta
Cinta?
Apa itu cinta? Bagi aku cinta itu sangat mengasyikkan. Kenapa? Soalan itu
berlega-lega didalam kepala ku seketika, untuk mencari jawapan. Ha! Bagi aku
cinta itu mengasyikkan kerana cinta itu buta. Buta? Buta macam mana itu? Buta
yang membuatkan seseorang itu sanggup menggadaikan hidup, nyawanya dan… maruah
diri. Dan juga bagi aku cinta itu manis seperti gula-gula. Kenapa? Sekali lagi
benak otak ku mengeluarkan petanyaan yang sama iaitu ‘kenapa?’. Jawapan aku
mudah sahaja, manis itu datangnya dari kata-kata, dan janji-janji yang ditaburi
oleh kaum adam terhadap kaum hawa sehinggakan kaum hawa yang bodoh itu
terpedaya. Huh! Susah juga menjadi kaum hawa ni, mudah sangat terpedaya dengan
kata-kata dan janji-janji manis. Tidak terkecuali aku! Apa yang aku tidak
pernah rasa dari kaum adam? Sepak? Terajang? Lempang? Penyepit ketam? Hah! Semua
aku dah merasa. Dan disebabkan itu aku menjadi trauma kepada cinta.
Umurku
pada tahun ini sudah menjangkau ke angka 27. Mama tidak pernah penat membuka
cerita tentang perkahwinan. Dan disebabkan itu juga aku kurang berkenan untuk
pulang kerumah yang seketika dulu menjadi tempat aku membesar sehingga ke hari
ini. Dan mama berperasangka bahawa aku sudah tiada nafsu kepada lelaki malah
bernafsu kepada kaum sejenis. Aku bukanlah kaum Nabi Lut. Percaya lah! Tidak
sama sekali! Bukan hati sudah tiada nafsu kepada lelaki tetapi pengalaman
mengajar aku untuk berhati-hati dengan kaum yang bernama adam yang mudah
difaham lagi adalah kaum lelaki.
*****
“Mama
tak kira kamu kena terima juga,” tegas mama, matanya memandang Amira tajam.
Sungguh membuatkan jantung Amira bergetar. Siapa berani bersuara apatah lagi membangkang
apabila mamanya sudah bertuka menjadi ketua singa di hutan Madagascar.
Amira
menundukkan kepalanya. Sesungguhnya kepalanya itu sudah sarat dengan pelbagai
masalah seperti di hempap dengan batu sehinggakan dia tidak mampu untuk
mengangkat. Dadanya seakan-akan tidak mampu untuk menerima udara yang di sedut olehnya.
Terasa ketat dadanya.
“Mira,
mama bukan suruh kamu kahwin lagi dengan dia. Mama cuma nak kamu
berkenal-kenalan dahulu. Budak lelaki tu baik Mira,” kini suara Puan Salina
mula kendur.
“Macam
mana mama tahu dia baik? Dengan hanya beberapa jam berjumpa dia dah layak mama
gelarkan dia sebagai lelaki yang baik?” Mira masih mencuba nasib, sambungnya,
“Mama, selagi mama tak tengok dia dari awal dia bangun tidur, sehinggalah dia
tidur semula, jangan mama berani nak label kan dia sebagai lelaki yang baik,”
itu lah prinsip Amira setelah kencundang dalam percintaan. Dia sudah masak dengan
sikap dan ragam lelaki. Baginya semua lelaki adalah sama.
“Sudah
mama tak kira esok kamu kena jumpa dia juga. Dia ambil kamu pukul sepuluh pagi.
Jadi bangun awal esok dan bersiap cantik-cantik,” suara Puan Salina kembali
keras, dengan anak dia seorang ini memang tak boleh berlembut. Kita cuba
berlembut, dia tetap dengan hati batu dia. Dalam banyak-banyak anaknya, Amira lah paling keras kepala plus hati
kering. Mana tak nya sifat itu datangnya dari dirinya sendiri juga. Kalau dari
arwah suaminya sudah tentu cool.
Amira
bingkas mengangkat punggung lalu naik ke biliknya. Baginya, itu sahaja tempat
yang boleh dibuat penenang jiwa dan mindanya buat seketika. Hendak keluar malas
pula untuk memandu, lain lah ada yang sudi menjadi pemandu tidak bergajinya.
Sesudah sampai sahaja ke biliknya tanpa memikir panjang pintu ditutup kasar
tanda protes. Lalu dihempas tubuh tinggi lampainya itu ke atas kati. Rasa seperti
menghempas badan ke kapas lembut lagi gebu itu. Sungguh lega dan sedap,
terungkai sedikit rasa beban dan masalah yang ditanggung itu. Tangan kanan
diletak ke atas dahi jendulnya.
*****
“Kami
pergi dulu ye mak cik,” tutur Asri kepada mama.
‘Kami
pergi dulu ye mak cik,’ diajuk kembali kata-kata lelaki
itu sambil di buat muka ala-ala nak mintak penyepak sekali. Tapi itu semua
dalam wayang mindanya sahaja. Kakinya melangkah menuju ke kereta Persona
berwarna hitam. Tak ada la kaya mana Persona je kut, huh! Sesudah masuk ke dalam
perut kereta, terus tali pinggang yang berada di sisi kiri aku tarik lalu
dilekatkan pada lubangnya. Klak!
Kereta
mula bergerak. Suasana kedengaran sunyi kalau perut tengah memulas mahu boleh
dengar gamaknya. Lalu tangan kiri kepunyaan lelaki itu menekan punat on
radio. Suara radio yang tidak sekut mana itu membantu suasana sunyi itu menjadi
sedikit riuh. Bak kata orang ada lah penyeri suasana sikit. Betul ke tu? Ah
lantak lah.
“Erm…
Nama saya Asri mokhta B. Hasan. Awak boleh panggil Asri,” Asri memperkenalkan
dirinya.
Amira
yang berda di sebelah Asri tidak membalas. ‘Skema pula laki, siap bagi bin
lagi,’ kutuk hati kecil Amira.
“Nama
awak siapa?” soal lelaki itu lagi, masih tidak putus asa.
“Amira,”
balas ku sepatah dengan nada seperti guru disiplin.
“Amira
je?”
“Dah
tu itu yang mak ayah saya bagi nama nak buat macam mana. Tak akan saya nak
pergi tukar nama kut hanya semata-mata nama saya hanya Amira,” perli habis.
Ambik kau Asri, nak sangatkan keluar dengan aku. Kononnya nak jadikan aku
isteri kau kan. Ha! sekarang kita tengok mampu ke tidak kau melayan sikap aku
yang arrogant ni. Ha! Kepada korang yang tengah baca tu. Fikir tentang cerita
‘Love You Mr. Arrogant’ lah tu. Ini cerita tak ada kena mengena dengan watak Zafriel
yang sama dengan aku punya watak. Ini watak Amira Bt. Irham yang punya. Ini arrogant
datang asli dan tulin punya, setelah kencundang dalam kes-kes percintaan. Ceh
kes-kes tu, layan je lah. So Asri now game it start!
“Erm…
Bukan lah macam itu. Saya fikir awak bagi tahu nama panggilan, itu yang saya
tanya macam itu. Ape-ape pun nice name,” bergetar hati Asri, first
time kut keluar dengan perempuan macam ni. Haish, Asri sebelum ni pernah ke
kau keluar dengan perempuan? Hidup kau hanya lah dengan kerja sahaja. Cuma
hujung minggu sahaja keluar melihat dunia sebenar. Itu pun dengan Imran dan
Najmi. Kalau dengan perempuan hanya dengan klien je bukan dengan ‘some one’.
Berlubang
besar telinga Amira mendengar. ‘See, see itu lah lelaki. Baru je kenal.
Eh kenal ke? Ah! Apa-apa lah. Tengok dah keluar dah kata-kata manis yang
kononnya boleh perempuan terpaut hati pada dia. Choi! tak payah nyak ber nice
name, nice name sangat lah. Aku dah makan garam seribu kilo, dah tak rasa
manis dah lidah aku ni,’ memang banyak dosa lah kau dapat hari ni Mira oi.
Asri
melihat Amira hanya membisu.
‘Ait
aku salah cakap ke? Bukan ke perempuan suka kan pujian?’ soal hatinya. Semalam
dia meminta tips dari temannya Iman dan Najmi, bagaimana nak memikat hati
perempuan bagi perjumpaan pertama. Tak akan dorang kencing aku kut.
“Awak
nak pergi mana?” soal Asri ceria bagi menutup suasana yang dirasa macam didalam
bilik hantu.
“Hai,
awak yang bawa saya keluar awak tak tahu nak pergi mana?” selamba harimau je
Amira menyindir. Memang mati-mati nak lelaki tu rijek dia terus. Ha, itu lah
sebenar plan aku.
“Saya
nak bawa awak pergi makan, tapi takut awa knak pergi mana-mana dulu ke. Itu
yang saya tanya,” balas lelaki itu tenang.
Hish
mamat ni asal la tak marah-marah lagi. Cool pula dia ni.
“Kalau
macam itu kita pergi sahaja tempat yang awak nak pergi nanti kalau saya rasa
nak pergi ke tempat lain saya bagi tahu lah,”
Kereta
Persona berwarna hitam itu meluncur laju menuju distinasi. Sampai sahaja di
restoran masing-masing memesan makanan. Selesai memesan suasana menjadi tegang
semula dengan tiada perbualan diantara mereka.
“Awak
kerja dekat mana?” Asri memulakan perbicaraan.
“KL,”
jawab Mira sepatah.
“Oh
ye ke. Saya pun kerja di KL. Saya kerja di area kampung baru. Awak?”
“Sama.”
Begitu
lah perbualan antara aku dan Asri. Berpuluh-puluh patah di tanya sepatah aku
balas. Haish, penyabar betul mamat ni. Aku nak buat dia marah tapi aku balik
yang rasa nak marah. Nasib, nasib…
*****
Sesudah
sampai sahaja dirumah, terus rasa diri ini diterjah Kiah Propa Galaksi tu
‘Jaga-jaga ada yang memerhati’.
“Macam
mana Mira?” soal Puan Salina
“Macam
mana apa?” soal ku seakan-akan tidak faham.
“Macam
mana Asri tu, ok ke?”
“Tak,”
balas aku, lalu punggung yang terasa
enak menghenyak sofa berwarna putih itu terus bangun dan beredar ke bilik.
Sampai sahaja ke bilik terus tuala dicapai untuk membersihkan diri.
Solat
Isya’ selesai dilaksanakan, setelah mendengar azan berkumandang terus
ditunaikan perkara wajib itu. Itu lah kelebihan rumah yang dekat dengan surau,
tak perlu lihat jam sama ada waktu sudah masuk atau belum, azan yang
berkumandang yang memenuhi ruang biliknya itu sudah cukup memberi singnal.
Selesai
melipat telekung telefon bimbit touch scren yang berada di meja lampu
bersebelahan dengan katin diambil. Badannya dihenyak ke tilam yang hempuk itu.
Logo wechat di sentuh pada screen. Terdapat nombor satu didalam bulatan kecil
berwarna merah di atas perkatan ‘Chat’. Dilihat nama tidak dikenali menghantar
satu pesanan kepadanya.
‘Sherlock
Holmes, siapa ni? Sherlock yang dalam novel selalu aku baca tu ke? Tak akan
betul-betul wujud kut.’ disentuh pula nama tersebut untuk
melihat apa pesanan yang dihantar.
Sherlock Holmes: Assalamualaikum…
Ait
pandai pula mat saleh ni bagi salam. Pelik, pelik…
AmiraYoseob: Waalaikumussalam, siapa ni
ye?
Entah
kenapa tangan ni gatal je nak balas.
Sherlock Holmes: Saya lah Asri, tak
akan dah tak kenal, baru je jumpa tadi.
Ceh
mamat ni, aku ingatkan siapa lah tadi.
AmiraYoseob: Mana nak kenal kalau nama
tu Sherlock bagai.
Sherlock
Holmes: Mana boleh letak nama betul nanti buatnya orang pukau guna nama ke kan
susah. Lagi pun kan gambar DP ada.
AmiraYoseob:
Dah tu kalau nama je yang tuka, gambar telak dekat DP, sama juga boleh je kena
pukau.
Kelihatan orang bodoh pula Asri rasa,
betul juga kata-kata perempuan ni.
Shelock Holmes: Ok, ok awak betul,
nanti saya tuka.
AmiraYoseob:
Saya tak suruh awak tukar pun. Suka hati awak lah nak letak gambar apa pun,
kalau kena pukau awak bukan nya saya. Lagi pun awak bukan bf saya atau suami
saya pun. So I don’t care.
Sherlock Holmes: Coming soon J
AmiraYoseob: Apa yang coming soon nya?
Sherlock Holmes: As a husband.
Eeee…
Siapa nak jadi isteri dia ni. Baru jumpa sekali dah nak buat bini. Kalau lah
aku ni perempuan yang tak baik habis la kau Asri tiap-tiap hari makan nasi
kangkang lah kau.
AmiraYoseob: Siapa nak kahwin dengan
awak ni?
Sherlock Holmes: Awak lah.
AmiraYoseob:
Jap, jap… Awak ni waras ke tak waras? Baru jumpe sekali tu pun tak sampai
berapa jam dah nak buat saya jadi isteri awak. Tak takut ke kalau saya ni
jahat.
Shelock
Holmes: Sebab saya tahu awak orang baik lah saya cakap macam itu. And saya
masih waras lagi.
AmiraYoseob:
Ok macam ni lah saya malas nak panjang-panjang cerita. Disebabkan awak ni tak
faham-faham dengan respond saya dalam sehari ni, jadi saya rasa saya patut
terus terang sahaja lah. Saya tak suka awak dan TAK NAK kahwin dengan awak.
Muktamat.
Sherlock Holmes: Bagi satu sebab kenapa
awak nak melawan takdir?
Haish
dah masuk takdir ape ke jadah nya. Bila masa pula ni semua takdir. Ni semua plan
mama aku dan mak kau lah nak kenen kan aku dengan kau lah pak cik oit.
AmiraYoseob:
Bila masa pula saya lawan takdir? Ni semua plan mak-mak kita yang kononnya dulu
nak sangat buka agensi mencari jodoh tapi hajat tak kesampaian. Jadi dorang
semua jadikan kita sebagai melunaskan segala hasrat yang terpendam mereka tu.
Shelock Holmes:
Awak ni kelakar juga ye saya ingat awak ni orang nya serius. Agensi mencari
jodoh. Hahaha.
AmiraYoseob: I’am serius ok!
Sherlock
holmes: Ok, ok. Saya serius. Awak tahu tak setiap apa yang mak ayah kita buat
untuk kita semua nya terbaik, lagi-lagi mak kita. Setiap perkara yang dibuat
untuk anaknya adalah perkara yang terbaik dalam dunia ni untuk anak dia. Jadi
saya percaya dengan apa yang ibu saya buat untuk saya.
Peh…
Anak mak ke ni. Habis susah lah aku. Tapi apa yang dia cakap tu betul juga.
AmiraYoseob: Apa-apa lah. Dah lah saya
nak tidur.
Henfon
di campak ke bawah bantal, selimut ditarik sehingga menutup kepalanya.
*****
Hari
berganti hari kini sudah genab sebulan aku dan Asri berkenalan. Berkenalan?
Boleh lah. Nak kata hati sudah terpaut, masih belum lagi tembok china selatan
masih utuh tegak tercacak di dalam hati. Walaupun kadang-kadang rasa goyah juga
ditiup angin cinta seakan sepoi-sepoi itu. Ini semua gara-gara selalu keluar
dengan si anak mak tu lah. Punya baik dia kautim dengan mama supaya dapat
keluar dengan aku. Kalau direct ajak memang sah-sah kena tolak. Tapi
bila dah guna harimau dari hutan Madagascar dah tak boleh cakap apa. Yang boleh
hanya cakap ‘Ya!’
Hari
ini hari ahad yang sepatutnya aku bercuti. Ceh bercuti lah sangat kalau keluar
dengan anak mak tu. Aku menipu mama dan sah-sah sekali dengan si anak mak tu,
yang aku ada kerja yang urgen. Rasa heaven gila bila dapat
berehat di rumah. Tapi bila masuk waktu tengahari terbit pula rasa bosan. Asri
tidak pula message hari ini. Ah! Bukan ke itu petanda yang bagus.
Perduli kan si Asri tu. Dah Asri nyah kau dari ingatan ku.
“Wa!
Bosan nya,” ngomel Amira sendiri.
‘Baik
keluar jalan-jalan,’ bisik hati Mira. Lalu bergegas dia menyiapkan dirinya
untuk keluar.
Setelah
selesai bersiap kunci kereta terus di sambar lalu bergerak turun dari rumah
apartmen nya itu. Sesudah sampai ke kereta dipanaskan enjin dahulu sebelum
bergerak. Sambil itu otaknya ligat memikir kemana mahu dia pergi.
Pwtc!
Itu yang terlintas di dalam kepala otak yang tak berapa nak cerdik itu. Pesta
buku baru membuka tirai, dan hari ini hari ke empat pesta buku itu dijalankan.
Tapi dah janji dengan Dina nak pergi dengan dia jumaat depan. Ah! Tak pa nanti
pergi lagi. Boleh borong novel banyak-banyak, dah lama tak beli novel. Patut
rasa semacam je, rupanya tak membaca. Ceh gaya macam membaca buku sastra,
padahalnya novel je kut.
Pintu
kereta di tutup. Clash di tekan dan gear satu dimasukkan, break tangan
diturun lalu pedal minya ditekan dan kereta mula bergerak.
*****
Mak
oi ramai nya orang. Gasak lah kau Mira jadi ikan sardin lah kau nanti. Dengan
langkah kanan dan tidak dilupa didahulukan bismillah Amira mula bergerak masuk
ke gelanggang ikan sardin. Hahaha. Eh dah macam orang jahat pula gelak macam
itu.
Tidak
sampai sepuluh minit tangan Amira sudah mula penuh. Tangan kanannya memegang
dua beg kain berwarna kream yang berlogokan Fixi yang dalamnya terdapat sepuluh
buah novel yang di beli. Wang bertuka tangan lalu kaki pantas bergerak keluar
dari gerai FIxi yang sudah mula padat dengan manusia-manusia yang gilakan novel
sepertinya.
Perjalanan
nya diteruskan pula ke gerai Kaki Novel. Sedang asyik memilih buku tiba-tiba
bahunya di cuit. Automatik kepalanya menoleh ke kanan melihat siapa yang sesuka
hati mencuit bahunya.
“Hai,”
sapa gadis berbaju unggu cair.
Mataku
merenung wajah gadis itu untuk mengingat siapakah gadis yang menegur ku itu.
Pap!
Syikin!
“Syikin?”
soalku.
“Yep,
ingat pun,” senyum terukir di bibir gadis itu.
“Mesti
lah ingat,” mahu tak ingat sebab kau lah aku
break dengan Akim. Dan sebab kau lah aku kena sepak, terajang dengan dia
tahu!
“You
datang dengan siapa? Mana Akim?” soalnya.
Ceh
buat tak tahu pula minah ni, sekali aku bagi cop mohor dekat pipit tu kang tak
pasal-pasal dapat blusher free sebelah.
“I
sorang je. Akim? Lah buat apa lah you tanya boyfriend you tu
dekat I. Mana lah I tahu,” soal ku menyindir.
Muka
Syikin berubah, “Bila masa pula boyfriend I. You ni bergaduh dengan dia
ke sampai tak mengaku status,”
“Huh…
For your information I dah clash dengan dia almost one year
ok. I’ist because you,” bidas ku. Ini lah masa dia yang sesuai basuh minah
ni kalau tak bila lagi nak basuh bagi wangi macam downy.
“Eh
apa you cakap ni? I tak faham. Bila masa pula I dengan
Akim. I dah kahwin tak akan nak ada hubungan dengan dia lagi. Bukan ke you
all dah plan nak kahwin,”
“Kahwin?
Hem… dalam mimpi lah pretty girl oit,” lalu terus kaki ku melangkah
keluar dari gerai itu. Hish buat spoil mood betul lah minah ni.
“Wait,”
tangan kiri ku di tarik,
“What?”
soal aku angkuh.
“Hei,
I tak faham lah cuba you cerita dekat I, bagi jelas,”
“Dah-dah
lah tu berlakon,”
“Berlakon
apa? Ok dengar sini. I serius tak faham apa yang you cakap
tapi serius I memang tak ada apa-apa hubungan dengan Akim. I dah
berkahwin enam bulan dah pun. Dan buktinya…” lalu kad nikah di keluar dari bed
duitnya, “Ini, tengok…” lalu kad bertukar tangan.
Tergamam
seketika, rasa macam kena penampar buaya sekejap.
*****
Amira
yang berada didalam kereta mengibas-ngibas tangannya supaya terasa sedikit
angin dari hasilan kibasan tangannya. Terasa panas membahang walaupun air
cond sudah di hidupkan
“Panas,
panas, memang panas,” tangannya msih tidak berhenti mengibas supaya
menghasilkan angin.
Telefon
bimbin dibawa keluar dari beg tangannya. Lalu panggilan dibuat.
“Haish…
mana Dina ni tak angkat-angkat. Ini yang bikin hati lagi panas.” di dail sekali
lagi. Masih tidak berangkat.
“Nak
call ke tak nak, nak call ke tak nak…” Amira berfikir sejenak.
“Ah
call je lah,”
Tidak
sampai berapa saat setelah talian di sambungkan…
“Hello
dekat mana tu?” soal aku dalam keadaan kasar. Ni yang nak keluar segala hantu,
harimau bagai.
“Mari
datang kedai pak cik janggut. Saya tunggu dekat sana. Sekarang!”
*****
Dari
jauh sudah aku lihat kelibat Asri yang berbaju santai. Seluar jean dan baju
kuning cair. Hensome juga, kenapa aku tak pernah perasan mamat ni hensome.
Patut lah mama aku berkenan. Perangai pun boleh tahan bukan macam si Malaun
seekor tu.
“Ya
awak tengak saya macam nak terkam tu dah kenapa?” soal Asri, takut pula rasanya
bila minah ni main mata macam itu. Dah macam minah gersang nak terkam aku je.
Soalan
itu tidak berjawab.
“Ha,
kenapa awak nak jumpa saya? Ingatkan dah tak ingat saya, ye lah ada kerja urgen
lah katanya,” kantoi, macam mana pula mamat ni boleh tahu ni. Ah lantak lah itu
tak penting yang penting sekarang ni gunung berapi yang dah nak meletup ni
perlu di lepaskan.
“Ingat
lagi tak Ikram malaun seekor tu?” soal ku.
“Ha
ingat. Lelaki yang buat awak trauma nak bercinta, dan payah nak kahwin,” perh
sindir habis. Tak apa hari ini hari kau.
“Awak
tahu sebenarnya dia tipu saya. Dia cakap dia nak putus dengan saya sebab dia
nak balik dengan Syikin, tapi sebenarnya tak. Syikin dah pun berkahwin dan
lepas Syikin putus dengan dia memang Syikin dah tak balik semula dengan dia.
Sekali pun dia merayu memang Syikin tak akan berbalik pada malaun tu, sebab tak
sanggub nak menghadap baran dia tu,” panjang lebar aku cerita.
“Dah
tu?” soal Asri selamba.
“Dah
tu apa lagi, saya rasa panas lah bila dengar. Dia gunakan alasan Syikin menjadi
penghalang hubungan saya dengan dia,” panas pula hati bila mamat ni macam ancuh
ak ancuh.
“Kalau
Akim tak tipu awak, awak nak terus hubungan dengan dia?” soal Asri, kali ini
serius!
Pelik,
kenapa tiba-tibaAsri ni nak marah ni? First time tengok dia marah.
Glup!
“Awak
sanggup terima sepak, terajang dia? Sanggup tahan dengan baran dia?” soal Asri
bertalu-talu.
Kaku
seketika aku apabila mendengar butir-butir yang keluar dari mulut Asri.
“Kenapa
diam? Awak masih cintakan Ikram? Setelah apa yang dia buat?”
Diam….
“Betul
lah tu. Herm…” senyuman terukir setelah berapa minit bibir merah itu tidak
terukir dengan senyuman. Sambungnya, “Kenapa awak tak pernah nampak saya? Apa
kurangnya saya? Dan apa lebihnya dia sehinggakan dia mengangkat tangan dekat awak pun masih
lagi awak sayang pada dia?” sekali lagi kedengaran keluhan yang berat dari
bibir merah itu, senyuman masih lagi terukir.
“Kalau
tak ada apa-apa saya balik dulu,” lalu Asri melangkah meninggalkan aku
bersendirian yang masih lagi beku walaupun cuaca di luar amat lah panas.
*****
Sudah
dua minggu kejadian yang membuat aku menjadi seperti Elsa dalam cerita Frozen
yang boleh membekukan orang tetapi dalam kes aku, aku bukan sahaja boleh
membekukan orang malah boleh membekukan diri sendiri. Cuma tang nak buat istana
ais je yang tak boleh, ye lah kan ni versi Malaysia yang cuaca yang…
faham-faham sendiri lah.
Telefon
bimbit capai lalu melihat screen yang tiada sebarang tanda message yang
masuk. Baru sahaja aku meletakkan telefon di atas meja yang berhadapan aku.
Tiba-tiba
…
All I hear is rain drops falling on the
rooftop
oh
baby, tell me why’d you have to go
cause this pain I feel it will not go
away and today
I’m officially missing you…
Lagu
Officially missing you berkumandang dari telefon bimbit Samsung note 2 nya
menandakan ada message yang diterima. Dengan sepantas kilat tangan nya
menyambar telefon yang berbunyi itu.
Dilihat…
Choi! Maxis ni time-time ni juga lah nak hanta surat cinta. Telefon bimbitnya
itu dicampak ke tepi. Puan Salina yang tiba dengan memegang sepinggan karipap
yang sudah digoreng itu melihat anaknya yang seperti cacing kepanasan.
“Kamu
ni dah kenapa? Gelisah semacam sahaja mama tengok, dari tadi tak habis-habis
tengok telefon pastu campak ke tepi,” soal Puan Salina pada anak daranya itu.
Masa makan pun bawa telefon tidak pernah dibuat.
“Tak
ada apa-apa lah, tunggu messege dari Dina. Tadi dia kata nak hantar
gambar ape tah. Tapi tak sampai-sampai pun,”
“Ni
ha mama nak tanya Asri tak bawa kamu keluar ke hari ini?” soalan cepumas!
“Dia
sibuk sikit,” tipu aku. Mata menyemambung kembali menonton televisiyen.
“Mira
petang karang bawa mama pergi Ikea, teringin nak makan meat ball,” tu dia, test
MAK SALEH. Bukan mat saleh ok, MAK SALEH.
“Erm,
kita pergi sekarang lah, Mira pun tengah bosan ni,”
Setelah
mama bersetuju tidak tunggu apa lagi terus naik ke bilik dan bersiap. Dari
menunggu yang sah-sah tak akan tiba, baik keluar jalan-jalan ambil angin.
*****
Selesai
mengisi perut dan sekali gus melunaskan rasa mengidam mama, kami bergerak ke
surau untuk menunaikan solat asar. Disebabkan suarau terlalu sesak, setelah aku
selesai menunaik kan solat fardhu aku menunggu mama yang masih lagi
melaksanakan seruannya di luar. Sedang asyik melihat orang lalu lalang dan
keluar masuk dari surau tiba-tiba kelibat yang amat dikenali jelas kelihatan di
pandangan. Telefon bimbit di tangan yang tadi kemas didalam gegaman aku hampir
terlepas. Tanpa menunggu panjang telefon yang tadi hampir berkecai mengambil
gambar sepasang pasangan sejoli.
Dalam
perjalanan pulang tiada sepatah perkataan keluar dari mulut. Pedal minyak
ditekan dan kereta meluncur laju berjalan.
“Mira
kenapa bawa laju sangat ni, slow sikit buat mama gerun lah. Dah la
kereta banyak,” kata-kata Puan Salina
tidak di endahkan. Sekarang perasaan…. Marah? Cemburu? Yang aku sendiri tidak
pasti meluap-luap di dalam hati. Cuma tunggu masa sahaja nak meletup.
Sampai
sahaja di rumah kereta dibawa masuk ke garaj. Mama keluar dari perut kereta ku
dan menghembus lafaz lega. Aku masih lagi kaku didalam kereta. Telefon bimbit
diambil dari tas tangan lalu membuka gambar diambil. Bibir diketap
sekuat-kuatnya menahan perasan amarah. Lalu logo wechat di sentuh dan nama
Sherlock Holmes disentuh pada screen.
AmiraYoseob:
Jawapan saya bagi soalan awak tentang apa kurangnya awak berbanding Akim
sedangkan Akim pernah menaik tangan kepada saya adalah. Akim tidak mahukan saya,
dan dia berterus terang untuk tinggalkan saya supaya saya boleh mencari
pengganti yang baru. Walaupun dia menipu saya untuk melepaskan dirinya dari
mempunyai hubungan dengan saya. Tapi awak…
Dan
disentuh perkataan send dan dia menghantar pula gambar yang di ambil seketika
tadi. Kaki melangkah laju mencari susuk tubuh yang melahirkannya. Tangga
dinaiki dengan laju dan tombol pintu bilik mama di buka kasar. Dengan perasaan
marah aku memberi telefon yang terpancar gambar Asri yang sedang memegang beg
tangan perempuan yang berada disebelahnya.
“Ini
mama kata lelaki baik? Ini!” tengking aku.
Kaki
laju melangkah keluar dari bilik dan sekali gus keluar dari rumah mamanya.
Telefon bimbit yang berada di tangan Puan Salina segaja dibiarkan, supaya
mamanya boleh melihat jelas-jelas calon menantu mama yang mama agung-agungkan
itu sebenarnya bagaimana orangnya.
Air
mata yang setelah sekian lama tidak mencorak seperti sungai kini melakarkan
corak sungai yang amat cantik sekali.
*****
Tuk,
tuk, tuk… pintu bilik aku diketuk beberapa kali. Aku yang tadi lena tidur
bersama linangan air mata terjaga mendengar ketukan yang amat kuat.
“Mira
buka lah pintu, mama kau call. Dia risau tentang kau,” separuh merayu Dina
memujuk meminta pintu bilik yang dikunci itu di buka. Terbit rasa risau melihat
temannya menangis apabila sampai dirumah. Nak ditanya kenapa, sesudah sampai
sahaja terus berkurung didalam bilik. Dan baru ini mama temannya itu menalifon
nya menanya akan tentang anaknya. Dia
sendiri tidak pasti keadaan Amira bagai mana yang pasti semasa balik tadi dia
menangis teresak-resak.
Sudah
ku jangga pasti mama akan menalifon Dina. Panggilan yang ingin Dina sampaikan
itu aku biarkan. Baik tidur lagi bagus.
Sejam
kemudian…
“Amira
buka pintu,” Amira yang lena tidur terperanjat lalu bangun terduduk.
Huis!
Dasyat betul sampai dalam mimpi aku dengar suara dia. Sah mamat ni bagi aku
minum ubat guna-guna.
Tuk!
Tuk! Tuk! Kali ini ketukan pintu amat kuat.
Ni
dah apa hal pula si Dina ni ketuk pintu aku kuat-kuat, tak faham orang nak
bersendirian ke.
Baru
sahaja aku ingin bangun berdiri untuk membuka pintu…
Klak!
Pintu
bilik dibuka dari luar.
Orang
pertama yang dilihat adalah… Asri!
Aku
mimpi ke? Asri yang tadi mengadap aku kini berpusing ke belakang.
Sah
mimpi. Huh itu la dulu nak game kan orang sangat sekarang siapa yang
kena game?
“Mira,
Mira ok?” soal mama.
Dah
mana pula datang mama ni, dari ceruk mana pula mama masuk?
“Hais
dasyat betul mimpi ni,” tutur aku perlahan.
“Ini
bukan mimpi Amira, ni betul-betul,” sudah seperti ayat dalam cerita pendekar
bujang lapok.
“Dah
pakai tudung cepat mari kita kelaur bincang,”
Aku
yang masih blur menyarung tudung yang di beri oleh mama.
Setiba
di ruang tamu…
‘Eh
ada lagi mamat ni?’
“Duduk,
Mira,” tegur Puan Salina lalu bergerak ke dapur bersama Dina untuk menyediakan
air.
“Awak
sebenarnya yang awak nampak dekat Ikea tu, itu kawan saya. Dia dari Brunai
datang sini, esok dia nak balik jadi saya bawa dia jalan-jalan. Lagi pun dia dah
berkahwin, tak akan saya nak rampas bini orang pula,” terang Asri.
Aku
yang duduk di sofa seperti patung masih lagi berdiam diri.
“Yang
tentang soalan saya hari itu saya minta maaf, masa itu bila awak sebut tentang
Akim saya rasa marah sangat. Seolah-olah awak masih ada perasaan dekat dia
walau pun apa yang dia dah buat pada awak. Sedangkan saya layan awak dengan
baik dan tak penah naik tangan dengan awak malah sentuh pun tidak, tapi awak
masih tak terima perasaan saya. Dan masa tu saya sangat… sangat… cemburu dengan
Akim. Sampai saya rasa saya ni lelaki yang tak ada apa-apa sebab tak dapat nak
dibandingkan dengan Akim.” apa nak jadi –jadi lah, hari ni sebelum aku
melangkah keluar dari rumah ni aku akan pastikan kau akan terima aku menjadi
suami kau.
“Tak
bukan salah awak, salah saya. Saya sendiri pun tak tahu kenapa saya marah sangat.
Mungkin sebab dia tipu saya. Saya paling tak suka orang tipu saya dan mungkin
sebab itu saya jadi marah, tapi tak bermakna saya masih ada hati dengan dia,”
jelas ku jujur.
“Saya
nak tanya awak buat kali terakhir boleh saya jadi orang yang melindungi awak
sehingga ke syurga?” badul berwarna putih di keluar dari poket seluarnya lalu
di buka dan dihulur ke aku.
*****
Dulu
aku yang trauma akan cinta kaum adam kini sudah berjaya berhadapan dengan
situasi itu. Dan tidak dinafikan juga masih ramai lagi lelaki yang mempunyai
sikap baran dan kaki pukul yang membuatkan ramai perempuan trauma akan cinta.
Tetapi bukan semua lelaki, bak kata suami ku ‘segelintir’ sahaja. Terbukti
lelaki yang bergelar suami iaitu Asri tidak pernah menaikkan suara, memukul
malah menjentik pun tidak pernah terhadap diriku. Dari situ aku mula memengang
kata-kata suami ku ‘hanya segelintir sahaja’. Kata-kata itu aku pegang sampai
ke hari ini.
Setelah
kejadian di Ikea berlaku sebulan kemudian aku dinikahkan dengan berwalikan
abang aku Halim. Betul kata-kata suami ku,
‘setiap apa yang mak ayah kita buat untuk kita semuanya adalah yang terbaik,
lagi-lagi mak kita. Setiap perkara yang dibuat untuk anaknya adalah perkara
yang terbaik dalam dunia ini buat anak dia.’ kata-kata dari message yang
dihantar oleh suaminya sewaktu ketika dahulu masih di simpan. Kini aku telah
sah bergelar seorang isteri kepada Asri mokhta B. Hasan. Dan tidak lama lagi
bayi dalam kadungan ku yang sudah mencecah lapan bulan akan lahir melihat
dunia. Dan aku berdoa sekiranya aku dikurniakan anak perempuan, anak aku tidak
akan salah memilih bakal suaminya.
“Sayang
buat apa tu?” soal Asri yang datang dari mana aku sendiri tidak pasti, melabuh
pungguh di sebelah aku dan melekapkan mukanya ke perut boyot ku. Semenjak aku
mengandung Asri gemar bermain dengan perut ku. Katanya itu sabagai interaksi
seorang bapa kepada anak, supaya bila anak tu lahir dia akan kenal akan
ayahnya. Tah dari mana lah teori yang diambil aku sendiri tidak pasti.
“Ish
abang ni saya dengah baca buku ni, jangan lah kacau,” marah aku, lah bukan
marah betul-betul. Marah-marah manja.
“Siapa
kacau awak, saya tengah main dengan anak saya,”
“Hello
awak tengah main dengan anak awak itu bermaksud awak mengacau saya. Sebab anak
awak dan anak saya sekarang berada didalam perut saya jadi awak berinteraksi
menggunakan perut saya,”
“Ala
dah marah ke? Jangan marah-marah nanti baby muka tak hensome awak nak…”
Itu
lah akhir cerita aku, Hidup dengan lelaki pilihan mama dan bakal mempunyai anak
lelaki. Doa kan aku selamat bersalin dan mempunyai anak yang soleh soleha. Dan
satu lagi aku nak pesan pada wanita-wanita diluar sana jangan takut untuk
bercinta mahupun berkahwin walau banyak mana korang kecundang dalam percintaan.
Ingat masih ada lelaki yang baik diluar sana, jangan terus menghukum lelaki
sebegitu kesian kaum adam yang baik-baik. Nanti jadi ANTERTU (anak teruna tua)
pula. Ha! Jangan ingat perempuan je ada gelaran ANDARTU untuk yang terlajak
umur yang masih tidak berkahwin. Lelaki pun ada tahu. Sampai sini cerita aku.
Sampai kita ketemu lagi. Bye! ☺
-TAMAT-
12/05/2014
11.43AM
#Assalamualaikum semua terima kasih kerana sudi membaca cerpen yang tak seberapa ini, saya pasti masih banyak kekurangan dalam cerpen ini. Jadi saya berharap jika ada tersalah bahasa, terkurang sana sini harap tegur lah saya untuk memperbaiki. Dan juga saya berharap anda semua memberi sokongan pada saya untuk terus menulis. Insyaallah novel Jatuh cinta dan Anugerah akan saya update next bab nya.
-Sekian dari saya Sabrina-